Assalamualaikum wbt kepada semua yang datang ke blog ana. Ana nak mengundurkan diri selama beberapa minggu kerana Imtihan Nihai ( final exam ) dah dekat. Jadi ana mohon maaf kalau ada sesiapa yang ana ada buat salah, harap dimaafkan segala kesalahan itu.
Wallahu 'alam.. mudah²an ana akan kembali menulis semula dengan bahan² yang lebih baik dan memberikan faedah daripada yang sebelum ini. Insya Allah. Doakan kami di Intisar Kajang dipermudahkan untuk menjawab imtihan dan diberikan masa depan yang cerah.
Ilal Liqa' . Assalamualaikum wbt..
Thursday, November 27, 2008
Minta diri...
Dicoretkan oleh unais at 8:02 AM 0 comments
Sunday, November 23, 2008
Futsal Intisar ..
Assalamualaikum wbt semua.. baru² ni kami (pelajar Intisar, Kajang) mengisi masa lapang kami dengan main futsal di kawasan yang berhampiran dengan kediaman kami. Kami mula main pada jam 10.30 mlm dan jam 0100. Sebenarnya bagi kami, main futsal ini adalah salah satu program berkala dan ianya untuk merapatkan ukhuwah di samping menjaga kesihatan badan.
Dalam perkara ini, amatlah penting untuk kita pastikan yang kitalah ( daie ) yang mendominasi suasana. Sebab kalau lah mereka yang tidak menutup aurat lebih ramai daripada yang menutup aurat, maka tidak nampak biah solehah itu. Dan jika kita lebih ramai, maka mereka yang tidak menutup aurat akan terkesan dengan biah itu. wallahu a'lam..
Dicoretkan oleh unais at 7:01 AM 0 comments
Tuesday, November 18, 2008
Program Cuti Sekolah..
Alhamdulillah hujung minggu lepas, ana telah pun mengikuti program yang diberi nama Boyz 2 Men anjuran Kelab Remaja Isma daerah Hulu Langat. Program ini dijalankan di Kem Herba, Sg Congkak. Tak silap ana peserta putera dalam 44 orang. Ana ditugaskan sebagai fasilitator.
Kemudian pada waktu malam, kami menikmati dinner kami iaitu BBQ dan TomYam. Setelah selesai makan, ada trecking la pulak.. memang agak mencabar sbb perut masing² tengah penuh. Sejam selepas trecking, ada xtvt night walk. Ana ditugaskan untuk menjaga salah satu checkpoint. Mula² ana cuba untuk latih keberanian adik² ni.. tapi ada satu masalah yang menyebabkan adik² xdapat menjalani night walk dengan penuh penghayatan. Masalah itu ialah ada seorang penduduk di situ pasang lagu dangdut kuat² malam tu. Jadi adik² yg lalu kat kawasan tu, tak feeling la.. jadi feeling lain pulak.
" nama saya Hambali.. " jwb adik tu
" tau ke sape Hambali tu " ana tanya dia balik
" tahu.. dia imam kan? " jwb Hambali
" Ada abg tak ? "
" ada.. abg kembar saya tu nama dia Shafie.. dan sorang lagi nama dia
Ghazali.. " terang Hambali..
" Maliki dan Hanafi ada tak ?? " tanya ana
" Oh, tade bang.. "
Dicoretkan oleh unais at 7:29 AM 0 comments
Wednesday, November 12, 2008
Lawatan ke Planetarium..
Hari sabtu yang lepas , ana dan seorang lagi kawan.. adakan lawatan sendiri² ke Planetarium yang terletak di Kuala Lumpur. Ana bertolak seawal jam 1000 dan tiba di stesen ktm Kuala Lumpur sejam kemudian. Tiket masuk ke Planetarium bagi dewasa ialah RM3 seorang termasuk slot tayangan.
Sejak Angkasawan Negara kita, Sheikh Muzaffar terlibat dengan kajian di ruang angkasa sana, pelbagai bahan baru terdapat di Planetarium Negara. Antaranya set katil, tandas, makmal, dan banyak video yang menarik tentang angkasa. Subhanallah..
ni contoh katil bagi para angkasawan di
sana.. tidur dalam keadaan tegak..
ana pun sempat tidur gak..
Subhanallah.. sebenarnya bumi kita dalam bahaya dan kita lah ( manusia ) punca kefasadan ini..
Dicoretkan oleh unais at 10:38 PM 0 comments
Tuesday, November 11, 2008
Berangkatnya seorang mujahid..
Semalam kami dari kolej Intisar, Kajang bersama beberapa orang lagi sahabat pergi ke KLIA untuk mengiringi keberangkatan seorang sahabat yang tak sampai 5 bulan kami berkenalan. Sahabat itu ialah Ibrahim bin Hussein @ Baim. Baim pulang semula ke Ardul Kinanah untuk meneruskan pembelajarannya setelah bercuti musim panas di Mesir.
Kami bertolak dari Kajang pada jam 2230 dengan menaiki van kepunyaan eming. Kami tiba di KLIA sejam kemudian. Kami tunggu hampir sejam barulah Baim, Pak Andak dan Mak Andak sampai. Baim selesaikan urusannya barulah kami bermesra² sekejap.
Flight Baim pukul 2 pagi.. Lebih kurang pukul 1.30 pg , Kami bersalaman dengan Baim dan sempat bergambar bersama. Kami tanya " Baim, bila anta nak balik Malaysia lagi ? , ataupun anta tunggu kitorang kat sana.. " Agak sayu bila kami semua tengok Baim berpelukan dengan ibunda tercinta.
Setelah selesai operasi pengiringan pergi, Pak Andak ajak kami semua makan² kat medan selera Bandar Salak Tinggi. Kami ber ' kopi radix ' dan ber ' char kuew tiaw'
Dicoretkan oleh unais at 5:28 AM 1 comments
Saturday, November 8, 2008
Bekalan dalam Qiamullail..
Tajuk ini sepatutnya terlalu biasa dalam kamus hidup seorang dai'e kerana dengannya kita mencari bekalan.
Ada sebuah hadith yang meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bertahajud 10 rakaat dan solat sunat witr 1 rakaat diikuti dengan 2 rakaat solat sunat sebelum subuh. Jadi, sebenarnya terpulanglah kepada kita untuk bertahajud berapa rakaat pun. Ada golongan yang suka memanjangkan bacaan dalam solatnya, ada yang suka panjangkan sujudnya, ada yang suka panjangkan wirid selepas solat dan bermacam² lagi. Tapi yang penting ialah khusyu' dalam munajat kepada Allah
Dan Qiamullail juga salah satu pembeza antara mukmin dengan munafiq.
" Sesungguhnya orang munafiq sukar untuk menunaikan solat subuh dan
asar. Jika mereka mengetahui pahala yang menanti, nescaya mereka
sanggup daang walau dalam keadaan merangkak "
2. Sejadah dan tempat sujud - Kita perlu tetapkan satu tempat di rumah kita sepertimana yang Rasulullah buat. Tempat itu khas untuk kita bersolat dan bermunajat. Dan kita kena mind set, bila kita ada dalam zon itu, maknanya kita perlu fokus dan lupakan semua perkara yang tiada kaitan.
Dicoretkan oleh unais at 5:24 AM 0 comments
Monday, November 3, 2008
Sibuk sikit..
Assalamualaikum wbt.. ana nak maklumkan semua yang ana sekarang ni agak sibuk sikit dengan pembuatan video khas untuk majlis perpisahan ( wida' ) dengan pelajar STAM Intisar Kajang. Mereka yang akan meninggalkan Intisar ialah Hilmi Mustafa , Amer Hudhaifah , Atikah Kusaini , Khadijah Salim dan Husna Mustafa..
Ana baru belajar buat video menggunakan perisian Ulead VideoStudio 11.. Video khas untuk pemergian mereka.. Tinggallah kami yang ambil diploma di Intisar.. Doakan kami cerah masa depan..
Dicoretkan oleh unais at 6:04 PM 0 comments