Friday, December 25, 2009

Mulakan langkah...

Bismillah…

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan kita terlalu banyak nikmat dan yang terbesar ialah nikmat Iman dan Islam. Alhamdulillah, sehingga kini kita masih hidup untuk kita mengumpul bekalan yang beharga tatkala berhijrah ke stesen Barzah nanti.

Rasa seperti sudah lama tidak mengembara ke alam maya ini. Diri ini disibukkan dengan persedian untuk menghadapi Muqabalah Tahdid Mustawa (temuduga tentukan peringkat). Alhamdulillah, Muqabalah telah selesai dilalui. Namun sekarang dalam mood menunggu keputusan Muqabalah. Bagi mereka yang ingin menyambung pembelajaran di Universiti Al-Iman (Jamiatul Iman), mereka perlu menghadapi peperiksaan ini (blh kata macam exam la..). Yang cukup syarat, akan masuk tahun 1 manakala yang tidak, akan mengambil kursus bahasa dahulu (minimum setahun) sebelum masuk tahun 1. Kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri.

Dengan bermulanya tahun baru Hijrah, maka dewan-dewan kuliah mula dipenuhi dengan mujahid-mujahid yang berada dalam perjuangan menuntut ilmu. Kehadiran sangat diambil berat. Siapa yang lewat, dikira tidak hadir. Jika seseorang itu tidak hadir dalam bilangan tertentu, dia boleh di’haram’kan dari mengambil peperiksaan. Amat mencabar lagi apabila kehadiran diambil sejurus selepas solat subuh. Teringat masa di bangku sekolah dulu. Siapa yang masbu’ solat subuh akan didenda dahulu sebelum dibenarkan mengambil sarapan pagi.

Kini, cabaran yang bakal dihadapi lebih hebat. Dengan jarak rumah yang agak jauh dari Universiti, ditambah dengan cuaca sejuk yang lebih selesa untuk berselubung atas katil yang empuk. Moga diri ini diberi kekuatan dalam menyahut cabaran dan menempuh segala dugaan.

Tidak lama lagi, 10 muharam bakal muncul. Hari yang disunatkan untuk kita berpuasa. Bagi segelintir masyarakat kita, bubur Asyura menjadi menu tahunan. Tapi bukan bubur itu yang perlu difokuskan di sini. Topiknya sekarang puasa itu sendiri. Allah akan mengampunkan dosa tahun yang lalu bagi siapa yang berpuasa pada hari itu. Hari di mana Allah telah menyelamatkan Nabi Musa a.s. dan kaumnya daripada kekejaman Fira’un. Juga disunatkan berpuasa pada hari sebelum dan selepasnya untuk membezakan dengan amalan kaum Yahudi. Oleh itu, marilah kita tanamkan niat dan berpuasa pada hari itu sebagai tanda kita sayang pada Rasulullah s.a.w.

Rasanya kita di Malaysia (yang lahir selepas merdeka ) tidak pernah menderita diseksa dengan pemerintahan kuku besi sebagaimana yang dilakukan oleh Fira’un. Anak lelaki disembelih, rakyat jadi hamba abdi sampai mati.. Alhamdulillah Malaysia tidak sampai tahap itu. Syukurilah nikmat keamanan di negara kita.Kalau kita mahukan negara yang mengamalkan Islam sepenuhnya, kita sebagai rakyatnya sendiri perlu melaksanakan Islam terlebih dahulu. Taghyir Islami (perubahan bercirikan Islam).

Akhirnya semua perubahan dalam diri terletak pada pilihan dan kehendak kita sendiri. Pilihlah sama ada kita ingin kekal dalam kejahilan (bahasa kasarnya - kebodohan)ini ataupun kita kembali kepada fitrah insani yang ditetapkan Allah sejak dulu lagi. Ada sepotong kata hikmah Arab yang berbunyi :

لاَ يَتَأَخَّرْ مَنْ بَدَأ

“ Tidak terlewat mereka yang memulakan (langkah).”

1000 anak tangga di hadapan kita. Orang yang tidak memulakan langkah , tidak akan berjaya tiba di hujung anak tangga sampai bila-bila. Tetapi orang yang memulakan langkah ke anak tangga pertama, akan sampai juga ke hujung walaupun berabad lamanya. Maka, apa yang kita nantikan ?? mulakan langkah kita dengan yakin. Langkah bermula…

Wallahu ‘alam…

*Asif..* Afwan..*Samihi.. jika agak kasar bahasa digunakan.

*: maaf dalam bahasa Arab.

Monday, December 14, 2009

New Culture

Bismillah.. Dengan nama Allah…

Subhanallah… Maha suci Allah…

Satu suasana yang lain dari lain… di asrama yang asing bagi student Malaysia… Bangunan yang agak mewah di San’a… Snuker, pingpong, gymnasium dan tv menjadi cabaran… Dalam mengumpul ‘mutiara-mutiara’ yang tertanam di bumi hikmah…

Berjiran dengan pelbagai bangsa… Ada yang putih , ada yang gelap… Ada yang kasar, ada yang lemah lembut… Walaupun begitu, aqidah kami satu… qiblat kami sama… Jelaslah Islam bukan sahaja untuk orang Arab… Mahupun untuk orang Melayu di Malaysia… Tetapi Islam untuk alam semesta ini… Hanya TAQWA membezakan darjat… di sisi Allah yang esa…

Perkara ini, membuka mindaku seluas-luasnya… memahami budaya yang ternyata jauh berbeza… Ada yang dari Eropah,Turki, Sri Lanka, China, Uzbezkistan, Albania , Togo, Ghana, Bosnia, Bangladesh, Ukraine dan macam-macam lagi.. Kami tinggal sebumbung… Walaupun tidak sampai 2 minggu kami pindah masuk, kemesraan terjalin…

Di sini, kami lah senior student Malaysia… mengatur perjalanan hidup sendiri… Makan dan minum… Belanja harian dan bulanan… Meneroka pasar-pasar yang ada… Sesat di sana sini… Apa yang kurang, sama ditanggung… Membina sesuatu bukanlah mudah… Buah fikiran pening diperah… Tenaga jasad juga letih dikerah… Agar tersusun urusan kami… Kerana ianya salah satu ciri… Daripada ciri peribadi muslim.


Islam, tidak kira bangsa...

Alhamdulillah… tahun ini sahaja , ana berpeluang bergaul dengan manusia berbilang bangsa. Mungkin Allah nak tunjukkan betapa hebat kekuasaanNya, betapa agungnya Islam menyatukan penganutnya dan betapa bersungguhnya Rasulullah s.a.w dan para sahabat menyampaikan risalahNya… Oleh itu, ana bersyukur yang amat. Dan mudah-mudahan ianya akan menyuburkan benih kesedaran imani dan seterusnya membuahkan amal yang istiqamah.

Agak cemburu bila melihat mereka yang bukan dari bangsa Arab tetapi mampu bertutur bahasa Arab dengan lancar.Bahasa Al-Qur’an dan bahasa di syurga kelak. Dengan berkat kesungguhan dan inayah dari Allah, tentunya kami mampu jadi seperti mereka. Cuma untuk mengekalkan kesungguhan diri sepanjang masa itu sangat sukar untuk direalisasikan . Bukan calang-calang orang yang mampu mengekalkan kesungguhan itu. Ramai juga yang tersungkur sebelum sampai ke penghujung jalan.Oleh itu, Perbanyakkan doa mohon agar ditetapkan iman dan hati di dalam mentaatiNya. Wallahu ‘alam.

أَللّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ ,

يَا مُقَلِّبَ القُلُوْب ثَبِّتْ قُلُوْبِيْ عَلَى دِيْنِكَ وَطَاعَتِكَ

“ Ya Allah, bantulah kami dalam mengingatiMu, mensyukuriMu dan beribadah kepadaMu..Ya Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami atas agamaMu dan ketaatan terhadapMu… “


di surau asrama.

Saturday, December 5, 2009

Yamaniyyun..



Doakan kami sentiasa tetap teguh dalam mengejar cita-cita kami.

Supaya Islam kembali gemilang.. Ustaziatul 'Alam..

Insya Allah..

Wallahu 'alam..

Monday, November 30, 2009

Eid Adha di Yaman


Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahil Hamd. Kalimah takbir lambang kebesaran Allah ini sering berlaungan di seluruh dunia…

Puasa hari Arafah diberi perhatian…

Sedeqah kepada yang memerlukan dihulurkan…

Bunyi kambing-kambing kedengaran di kebanyakan rumah… Kambing-kambing itu menanti tujuan penciptaannya ditunaikan… iaitu untuk dijadikan korban…

Harga barang melonjak naik… kebanyakan kedai ditutup…

Jalan yang sesak mula lengang… tiada lagi kedengaran bunyi hon berbalasan…

Yang berkesempatan, pulang ke kampung halaman… Yang tidak, berkumpul sesama mereka..

Hubungan yang rapuh dieratkan… Yang salah dimaafkan… Yang tidak dikenali dita’aruf… Terjalin Ukhuwwah Islamiyah… Tenaga disatukan… Menumbangkan binatang korban… Hasil korban diagih-agihkan…

Teringatkan ibu pertiwi… dan keluarga sentiasa dekat di hati… dengan handset mereka dihubungi… Suara ummi dan abah tersekat-sekat didengari… Masalah sistem perhubungan kini kembali… Namun peluang yang ada segera dinikmati…Bertanya khabar kasih bersemi… Walaupun sebentar terubat rindu di hati…

Begitulah serba sedikit keadaan di Yaman menjelang Aidil Adha… Kami bersama student Jamiah Iman, berpeluang mengorbankan 5 ekor kambing. Kambing dibela di halaman rumah selama lebih kurang 3 hari. Hidup dengan kambing. Inilah sunnah para Anbiya terdahulu. Kebanyakan Anbiya a.s. merupakan pengembala kambing. Alhamdulillah kami berpeluang merasai sunnah ini.

Setiap malam, kami bergilir-gilir tidur dalam khemah untuk berjaga malam. Agar kambing tidak dicuri. Ditambah dengan cuaca yang menyengat kesejukannya. Supaya ibadah korban tidak tergendala.. Akhir kalam, Selamat Menjalani Ibadah Korban… Taqabballahu minna wa minkum. Wallahu ‘alam..

Sunday, November 22, 2009

Ketaatan kerana cinta..


Ketika Nabi Ibrahim a.s. membawa isteri dan anaknya, iaitu Hajar dan Ismail a.s. (yang masih menyusu) ke Makkah, Nabi Ibrahim a.s. meninggalkan mereka berdua di sebuah rumah (bukan macam rumah sekarang) di bawah pokok yang besar. Tiada seorang manusia pun di Makkah, tiada sumber air, Nabi Ibrahim a.s. meninggalkan sedikit kurma dan air untuk mereka berdua.

Kemudian Nabi Ibrahim a.s. pergi ke tempat lain (dikatakan ke Palestin), maka Hajar ingin mengikutnya.. Hajar berkata :

“ Wahai Ibrahim, ke mana kamu nak pergi dan tinggalkan kami di lembah ini yang tiada manusia dan tiada apa-apa ?? “

Hajar mengulangi pertanyaannya beberapa kali namun Nabi Ibrahim a.s. tidak pun menoleh kepadanya. Maka Hajar bertanya lagi :

“ Adakah Allah memerintahkan kamu perkara ini ?? “

“ Benar ” jawab Nabi Ibrahim a.s.

“ Kalau begitu, ini tidak merugikan kami ”

Maka Nabi Ibrahim a.s. meninggalkan isteri tersayang dan anaknya yang masih kecil di sebuah lembah yang tidak terdapat apa-apa kehidupan. Setelah terpancutnya telaga zamzam, maka bermulalah kehidupan di lembah itu. Kemudian datanglah orang-orang dari Yaman ke Makkah dan seterusnya membawa bahasa arab di bumi Makkah.. *

*asal-usul bahasa arab adalah dari Negara Yaman… Nabi Ismail a.s. merupakan nabi pertama yang bertutur dalam bahasa arab.

Ketika Nabi Ibrahim a.s. kembali semula ke Makkah, Nabi Ismail a.s. telah pun mencapai umur yang mampu berjalan dan menolong melakukan sesuatu pekerjaan. Maka Nabi Ibrahim a.s. berkata kepadanya :

“ Wahai anakku, sesungguhnya aku lihat di dalam mimpiku bahawa aku menyembelihmu, maka apakah pendapatmu ?? ”

# perhatian !! : mimpi para nabi adalah wahyu..

“ Wahai ayahku, lakukanlah apa yang diperintahkan (Allah) kepadamu, insya-Allah engkau akan mendapatiku termasuk orang yang sabar. “

Maka Nabi Ibrahim a.s. telah bersedia dengan pisau di tangannya dan Nabi Ismail a.s. meletakkan dahinya di atas tanah, Ketika itu, turunlah wahyu dari Allah yang menyatakan bahawa telah berjaya ayah dan anaknya itu dari ujian Allah yang sangat berat. Lalu Allah menggantikan Nabi Ismail a.s. dengan seekor sembelihan.. Kerana itulah Nabi Ibrahim digelar Khalilullah (kekasih Allah) lantaran kecintaanNya kepada Raja segala raja.

Sahabat ana sekalian, kisah ini memang dah banyak kali kita dengar dan baca dari sumber yang banyak. Tapi di sini, ana nak kita teliti secara mendalam kisah agung ini.

Apakah perasaan seorang isteri ditinggalkan suami, dengan anak yang masih kecil di pangkuan, ditinggalkan di tempat yang tiada hidupan ?? Ok la, bayangkan sepasang suami isteri dan seorang anak kecil bermusafir menaiki kereta, kemudian bila sampai di tempat yang tiada orang, tiada kedai dan makanan, si suami suruh isteri dan anak kecil itu keluar dari kereta, lepas itu si suami memandu kereta meninggalkan isteri dan anaknya.. Mesti si isteri akan takut, bimbang, bagaimana untuk hidup selepas ini..

Beberapa tahun kemudian, si ayah kembali ke tempat di mana isteri dan anaknya ditinggalkan. Dia mendapati anaknya sudah pun besar. Tiba-tiba, dia nak sembelih anak dia sendiri.. Si anak telah lama ditinggalkan ayahnya, terdapat kekosongan kasih sayang seorang ayah di hatinya, bila ayahnya kembali kepadanya, anaknya bakal disembelih.. Kalau manusia biasa diuji sebegini, nescaya si anak akan membantah sekeras-kerasnya, dan mungkin tidak menghormati apatah lagi menyayangi ayahnya..

Tapi subhanallah, ujian yang sangat berat ini Allah timpakan ke atas Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s. yang sangat taat akan perintahNya. Nabi Ismail a.s. diperintahkan untuk disembelih dalam keadaan Baginda tidak pernah melakukan dosa kepada Allah, malah Baginda memberikan semangat dan meniupkan keberanian kepada ayahnya untuk melaksanakan amanah Allah itu.

Sahabat ana sekalian, setiap tahun kita akan menyambut dua perayaan, Eid Fitri dan Eid Adha.. Sebagai seorang muslim, kita mesti tamayyuz (berbeza) daripada mereka yang tidak beragama Islam. Non-muslim menyambut perayaan mereka dengan tarian,nyanyian dan perkara yang melalaikan. Kita perlu menghayati dan menjiwai roh Eid Adha itu sendiri. Tatkala kita menyembelih binatang korban, kita bayangkan kisah Nabi Ismail a.s. , Kita bayangkan betapa beratnya ujian Allah kepada mereka, Kita laungkan kalimah takbir dengan penuh rasa ketundukan dan ketaqwaan, kita bersyukur kerana kita mengikuti sunnah yang mulia ini, kita berdoa agar sunnah ini sentiasa dihidupkan dari generasi ke generasi, kita memohon pertolongan Allah agar diberikan kekuatan dalam menempuhi ujian Allah dan berjaya sebagaimana Nabi Ibrahim a.s dan kita bercita-cita untuk duduk semeja dengan para nabi a.s. di syurga kelak.. Insya Allah. Wallahu ‘alam..

Rujukan :

- Al-Mustafad min Qasasil Qur’an (Dr. Abdul Karim Zaidan)

- Surah As-Saaffat ( ayat 100-108)






Thursday, November 19, 2009

Muhasabahku...

Bismillah.. dengan nama Allah, ana memulakan penulisan ana yang sudah agak lama tidak diupdate. Hmm.. Dalam bulan yang lepas, ana berkesempatan mengunjungi pesta buku antarabangsa Yaman yang diadakan selama lebih kurang 2 minggu. Tahun2 sebelum ni, ana pernah merasai suasana pesta buku di Malaysia.. Alhamdulillah, sambutan di Yaman ni memang meriah… Rambang mata pula bila nak pilih buku.. Ada pelbagai jenis buku yang datang dari seluruh pelusuk Negara Arab.. Akhirnya kita terpaksa menempuh dua cabaran..

1. Membelanjakan duit yang banyak untuk membeli buku..

2. Membaca buku dari kulit ke kulit..*

*merupakan cabaran yang sangat berat…

pesta buku di Yaman..

Halaqah Qur’an pada setiap pagi yang dijalankan sempena Program Tatbiq (praktikal) telah pun selesai.. Bila ana tasmi’ depan Amir (ketua) Halaqah, banyak lagi kesalahan-kesalahan yang dilakukan dalam bacaan Al-Qur’an. Tajwid.. makhraj huruf dan lain-lain lagi.. Walaupun kita dah lancar dalam bacaan, tapi kadang-kadang ada perkara yang kita tersalah. Jadi kita perlu belajar dan memperbaiki bacaan kita sampai kita mati.. Ilmu kita tidak akan cukup..



Cuaca semakin hari bertambah sejuk.. dikenal pasti suhu pada waktu pagi serendah 6 ⁰C. Memang payah untuk bangun berjemaah Subuh di Masjid. Sentuh air sahaja sekaligus tangan menjadi kebas.. Apatah lagi kalau mandi pagi-pagi.. Memang azab..

Sekarang ni kita sudah pun berada di dalam bulan Zulhijjah. Bulan di mana disyariatkan ibadah haji di dalamnya.. Yaman merupakan jiran sebelah Negara Arab Saudi.. Barangsiapa yang berkemampuan menunaikan haji, wajib baginya melangsaikannya. Niat ditanamkan sedalam-dalamnya untuk menunaikan haji seberadanya ana di Yaman ini. Rasa rindu untuk melihat ka’bah yang selama ini kita menghadapnya di dalam solat, menziarahi makam Nabi s.a.w., melihat dan menghayati perjuangan Rasulullah s.a.w dan para Sahabat radiallahu ‘anhum sehingga hari ini kita menikmati ‘buahnya’ . Alhamdulillah.. Doakan ana berkesempatan menunaikan haji semasa dalam perantauan ini.

Ana teringat satu kata hikmah yang ana tak pasti dari mana ana dengar. Kata hikmah itu lebih kurang begini :

“lihatlah siapa yang di bawah kamu dalam urusan dunia,

lihatlah siapa yang di atas kamu dalam urusan akhirat..”

Kadang-kadang mungkin kita ada rasa diri kita kurang dari banyak sudut.. mungkin muka kita tak secantik @ sekacak kawan kita, kita tidak sebijak orang lain,tidak mampu berbelanja sebagaimana kawan kita dan macam lagi perkara.. Semua ini termasuk dalam urusan dunia. Sepatutnya kita lihat dan bandingkan diri kita dengan mereka yang kurang sempurna daripada kita. Ada orang tidak mampu melihat, terpaksa mengemis di jalanan, cacat anggota badan dan macam-macam lagi ujian yang Allah timpakan atas mereka. Alhamdulillah kita ini ada penglihatan, boleh membaca, tiada kecacatan, sihat tubuh badan, ada peruntukkan ibubapa untuk belajar dll. Kita patut bersyukur sangat2..

Dalam urusan akhirat (ibadah) pula, terdapat orang yang rasa sudah memadai dengan amalan-amalan fardhu ataupun cukup sekadar membaca Al-Qur’an sehari semuka dll. Mungkin ada orang berkata :

“Aku baca Al-Qur’an sehari semuka cukup la tu.. Lagi bagus daripada

mamat tepi-tepi jalan yang tak sentuh Qur’an langsung…”

Memang benar kata orang itu, tapi kita sepatutnya membuat perbandingan diri kita dengan mereka yang lebih kuat beribadah daripada kita. Seorang muslim, semakin hari semakin bertambah kebaikan dirinya. Kalau kita rasa cukup sepertimana kata orang tadi, mungkin suatu hari nanti Mamat jalanan tu tidak menunaikan 3 waktu solat fardhu, maka orang tadi ada kebarangkalian untuk meninggalkan 2 atau 1 waktu solat fardhu. Ini pula katanya nanti:

“Aku tinggal satu waktu solat je.. lagi bagus dari mamat jalanan yang tinggal 3 waktu..”

Nampak tak kesan buruknya ?? Kalau kita lihat sirah bagaimana para sahabat berlumba-lumba dalam beramal. Masing-masing cuba meningkatkan ibadah mereka setiap hari. Lihat sahaja kisah Abu Bakar As-Siddiq dan Umar r.a. berlumba-lumba dalam bersedeqah. Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Umar r.a.

“ Apa yang kamu tinggalkan untuk anak dan isterimu ? “ tanya Rasulullah s.a.w kepada Umar r.a.

“ Aku tinggalkan sebilangan kecil harta untuk mereka.. “ jawab Umar r.a.

Rasulullah s.a.w. bertanya soalan yang sama kepada Abu Bakar As-Siddiq r.a. dan inilah jawapan Abu Bakar r.a.

“ Aku tinggalkan Allah dan Rasul-Nya untuk mereka “

Kita bayangkan betapa hebatnya mereka dalam meningkatkan amal ibadah mereka. Allah berfirman di dalam Al-Qur’an :

( فَاسْتَبِقُوا الخَيْرَات )

“ Maka berlumba-lumbalah kamu di dalam kebaikan” (Al-Baqarah : 148)

Oleh itu, marilah kita bersama meningkatkan amalan harian kita kepada Allah dengan menjaga amalan fardhu dan membiasakan diri dengan perkara sunat supaya kita semakin hampir dengan Allah, kita mengabdikan diri kita sepenuh hati kepada Allah, kita sayang ummi, abah dan adik beradik kerana Allah,kita hormati guru, ustaz dan orang yang lebih tua kerana Allah, kita belajar ilmu dunia dan akhirat agar kita menjadi orang yang lebih tawadhu’ dan mengamalkannya. Mudah-mudahan kita dimatikan dalam Husnul Khatimah (pengakhiran yang baik) dan seterusnya bertemu di syurga Allah bersama para Nabi, Sahabat dan orang-orang soleh. Insya-Allah. Amin.. Akhir kata, wallahu ‘alam.. ada kekurangan, boleh dikomen dan ditambah, ada kesalahan harap diperbetulkan. Jazakumullah..

Tuesday, November 10, 2009

Kisah Ikhlas...

Rasulullah s.a.w mengkhabarkan kisah 3 orang sahabat dari bani Israel bermusafir bersama. Dalam perjalanan tersebut, tiba-tiba awan menjadi gelap seolah-olah hujan lebat akan menyimbah bumi. Kemudian mereka membuat keputusan untuk berteduh di dalam sebuah gua.

Tiba-tiba terdapat sebiji batu yang sangat besar tergelincir dan menutup pintu gua. Kini mereka tiada pilihan melainkan meminta inayah daripada Allah s.w.t.

Apa kata kita guna amalan kita yang ikhlas untuk membebaskan diri daripada malapetaka ini. Cadang salah seorang daripada mereka. Yang lain bersetuju.

Lelaki pertama berkata,” Ya Tuhanku, Engkau tahu bahawa aku cukup tertarik dengan sepupuku. Pada suatu hari, aku melihat dia sendirian. Oleh itu, aku ingin melakukan perbuatan keji terhadapnya. Sepupuku berkata , Wahai sepupuku, takutlah akan Allah dan janganlah cemari kesucianku. Mendengar sepupuku berkata demikian, aku membatalkan keinginan jahatku itu. Ya Tuhanku, andai itu amalan yang benar-benar ikhlas dan dilakukan semata-mata mengharap keredhaanMu, maka jauhilah kami dari kesusahan dan neraka jahanam. “

Kemudian mereka menyaksikan batu yang menutupi gua tersebut beralih sedikit dan ada sedikit cahaya yang memancar masuk ke dalam gua.

Lelaki kedua pula berkata, “ Oh Tuhanku, Engkau tahu bahawa aku mempunyai ayah dan ibu yang sudah tua, hinggakan badan mereka bongkok akibat usia yang lanjut. Aku selalu menziarahi mereka . Pada suatu malam, aku bawakan kepada mereka makanan. Sebaik memasuki bilik, aku dapati mereka sedang tidur nyenyak. Kerana tidak mahu mengganggu mereka, aku menghabiskan sepanjang malam berdiri dekat dengan mereka dan makanan tadi masih di tanganku. Ya Tuhanku, andai amalanku itu dilakukan semata-mata mengharap redhaMu, maka keluarkanlah kami dari sini dan selamatkanlah kami.”

Sekali lagi mereka menyaksikan pintu gua berkuak sedikit.

Manakala lelaki ketiga pula berkata, “ Wahai Yang Maha Mengetahui, Kamu tahu bahawa ada seorang lelaki pernah bekerja denganku dulu. Apabila tamat perkerjaannya aku membayar gajinya, namun dia tidak berpuas hati dengan bayaran gaji yang aku berikan lalu berlalu pergi meninggalkan wang gajinya. Aku mengambil wang gajinya dan membeli seekor kambing. Aku memelihara kambing itu sehingga beranak-pinak membentuk sekawan kambing. Selepas ketika, lelaki tersebut datang menuntut wang gajinya yang terdahulu dan menunjukkan kepada sekawan kambing miliknya. Dia mengambil kambing-kambing tersebut dan berlalu pergi. Ya Tuhanku, andai itu amalan yang ikhlas di sisiMu, keluarkanlah kami dari kebingungan ini. “

Kemudian batu tersebut beralih sepenuhnya, dan mereka berjaya keluar dengan gembira.

-Tamat-

Bila ana baca tentang bab ikhlas ni, ana teringat satu kata hikmah yang selalu ana dengar dan guna sewaktu di bangku sekolah dulu,

مَا كَانَ لِلهِ دَامَ وَاتَّصَلَ وَمَا كَانَ لِغَيْرِ اللهِ اِنْقَطَعَ وَانْفَصَلَ

"Apa sahaja (yang dilakukan) kerana Allah, akan berkekalan dan bersambung (berterusan) dan Apa sahaya (yang dilakukan) bukan kerana Allah, akan terpotong dan terputus-putus.."

Memang benar, kalau sesuatu pekerjaan itu kita niatkan kerana Allah, insya Allah kita akan diberikan kekuatan untuk istiqamah dalam melakukannya. Tapi kalau kita melakukan sesuatu bukan kerana Allah, seperti kerana inginkan pujian, menarik perhatian seseorang, ataupun ingin balasan dari orang, Maka selalunya kita tidak berterusan dalam perkara itu. Wallahu ‘alam..

إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلهِ رَبِّ العَالَمِين

Kisah tadi dipetik dari majalah Solusi isu no. 11

Sunday, October 25, 2009

Bisu sebentar...

Cuba bayangkan…

Ada seorang lelaki dikurung di dalam sebuah bilik lutsinar yang kedap bunyi, dia mampu mendengar bunyi dari luar bilik itu namun orang di luar tidak dapat mendengar bunyi dari dalam bilik itu. Suatu ketika, lelaki itu mendapati sahabat-sahabatnya sedang asyik bersembang, bergurau senda dan bergelak ketawa di luar bilik tersebut. Dia ingin menyertai sahabat2nya itu namun sahabat2nya tidak dapat memahami hajat dan hasrat lelaki itu disebabkan dia terkurung di dalam bilik kedap bunyi… tamat..

Apakah perasaan anda jika lelaki itu adalah anda ??


Situasi seperti ini telah terjadi kepada ana sendiri apabila ana tidak mampu bersuara selama 2 hari kerana sakit tekak yang agak kritikal.


Kita semua tahu bahawa bercakap adalah salah satu cara berkomunikasi yang paling utama dan kita perlu menjalani kehidupan secara bermasyarakat.. Tiada manusia yang mampu hidup bersendirian tanpa bergantung kepada orang lain.. Sebagai contoh, kita perlu makan nasi, dan nasi itu adalah hasil tuaian para petani.. Jadi , kita memerlukan khidmat petani untuk teruskan hidup..

Dalam tempoh 2 hari itu, banyak perkara yang ana tak dapat lakukan lantaran ujian yang Allah berikan pada ana. Antaranya ialah :

1. Tasmi’ Al-Qur’an setiap pagi dan muraja’ah
2. Biasakan diri bertutur dalam bahasa arab
3. Menjawab dan member salam kerana orang Yaman suka beri salam
4. Membeli barang-barang di kedai runcit
5. Memberi tunjuk ajar kepada sahabat-sahabat yang meminta tolong.



Dan bermacam-macam lagi perkara yang tak dapat diselesaikan.. rasa seperti hidup sorang-sorang tapi sangat terseksa.. ana bagi contoh, kita tahu akan suatu perkara itu tapi tak mampu nak keluarkan, tak dapat nak beritahu orang lain.. akhirnya kita hanya dapat berdiam diri dan terpendam begitu sahaja..


gambar hiasan


Ana rasa ramai yang sudah kenal perangai dan sikap ana ni macam mana.. Ada yang kenal ana ni jenis yang suka bergurau, bercerita, berkongsi pengalaman dan kadang-kadang suka ejek orang sikit2 ( hehe ).. Namun dalam tempoh 2 hari itu, ana lebih banyak berfikir.. macam2 perkara difikirkan..

Kalau ada perkara yang penting sangat, ana akan paksa diri untuk berbisik sekadar yang termampu.. kadang2 hanset dibawa bersama untuk menaip sesuatu permintaan yang diperlukan..

Kita perlu ingat bahawa :
Tak semestinya yang pandai bercakap itu hebat..
Tak semestinya yang diam itu lemah dan kurang hebat..
Dan semua yang diam itu bagus kerana..
Ada yang diamnya tidak berfikir perkara yang baik sehinggakan..
Perkara mungkar didiamkan sahaja..
So, apa pendirian kita?? Apa tindakan kita ??

Kita kembali semula kepada hadis Rasulullah yang sebahagian kita biasa mendengarnya..


مَنْ كَانَ يُؤمِنُ بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْراً أَوْ لِيَصْمُتْ
“ Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, Maka berkatalah (perkara) yang baik ataupun diam “

Ada sebuah lagi hadis Rasulullah s.a.w apabila ditanya tentang amalan yang paling afdhal. Baginda s.a.w menjawab :


مَنْ سَلِمَ المُسْلِمُوْنَ مِنْ لِسَانِهِ وَ يَدِهِ
“ Siapa yang menjaga kesejahteraan lidah (kata-kata) dan tangannya (perbuatan) sesama muslimin “

Akhir kata, jagalah kata-kata kita dan berfikirlah dahulu sebelum berkata sesuatu.. Hargailah nikmat suara dan kemampuan kita boleh bercakap sebelum ianya ditarik Allah bila-bila masa yang dikehendakiNya.. Wallahu ‘alam..

Saturday, October 17, 2009

Pemerhatianku..


Bismillah… dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang… ana memulakan tulisan ana… Alhamdulillah kerana masih diberikan peluang untuk menulis.


Budaya kita dan budaya mereka… kalau kita ini orang KL tentulah budaya kita tidak seperti budaya orang Kelantan.. Bagi mereka (orang KL) yang first time pergi Kelantan, tentu mereka akan pelik dengan budaya, makanan, bahasa mereka dll.. Itu suatu pengalaman baru bagi orang itu..


Bila first time ana menjejakkan kaki di Bumi Iman ini, ana merasakan satu perbezaan budaya yang sangat2 berbeza… agak2 macam culture shock.. dan sekarang dalam mood membiasakan diri.. Kalau kita di Malaysia selalu makan nasi.. mereka di sini makan roti.. Kalau kita di Malaysia nak satu kereta 5 orang.. tapi mereka di sini paling minimum 7 orang.. Kalau naik motor pulak, mereka naik 3 orang..itu kalau orang badan besar.. kalau yang badan kecil , dalam 5 orang sekali naik satu motor.




Cuba tgk kereta kat belakang tu..





Kalau kita (khas untuk lelaki) di Malaysia biasa letak tangan di bahu kawan kita.. tapi bagi orang sini itu merupakan satu aib… Nampak macam suka sejenis (bagi mereka la)… oleh itu mereka berjalan saling berpegangan tangan sesama lelaki.. siap hayun2 tangan lagi…tapi bagi kita macam geli je.. Hmm..sebenarnya banyak lagi perbezaan budaya yang ana tak dapat nak kongsikan.. Banyak jugak la pantang larang yang ana kena jaga supaya dapat diterima oleh masyarakat yang ada..

Tapi apa yang ana nak tekankan di sini bukanlah budaya sesuatu kaum ataupun bangsa itu sendiri.. Bagi mereka yang tidak pernah keluar dari tempat asalnya… kebiasaannya fikirannya terlalu sempit..ana tak cakap secara muktamad.. kebiasaan je.. tak open minded orang kata la.. Situasi yang berlaku di sini, orang Yaman yang pernah datang Malaysia akan berfikiran lebih terbuka daripada mereka yang hanya terperap di ‘rumah’ sahaja.. So fokus ana di sini ialah keterbukaan minda seseorang itu.

Firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Jumu’ah
“ Dan apabila solat telah ditunaikan, maka bertebaranlah kamu di muka bumi ini, carilah kurnia Allah serta ingatlah Allah banyak-banyak agar kamu beruntung.. “

Pengembaraan ataupun hijrah ke tempat baru merupakan satu perkara yang sangat dituntut.. Kerana kita akan lebih berfikiran terbuka,tidak terlalu jumud (tertutup) dan boleh menerima perbezaan.Namun terdapat segelintir pelajar yang belajar di luar negara, menyalahgunakan kesempatan ini. Mereka hanyut dengan hiburan, lalai dan macam2 lagi.. tahu la banyak benda baru.. Mungkin faktor mereka berjauhan dengan keluarga dan ingin mencuba sesuatu yang baru. Ini suatu kerugian sebenarnya..


Cabaran belajar di luar negara ini sangat lah besar.. Tiada pemantauan dari ahli keluarga.. setiap bulan parent akan hantar duit untuk sara hidup.. malah ramai kaum kerabat dan sahabat-sahabat turut memberikan bantuan kewangan untuk kita belajar. Ada orang yang gunakan wang itu untuk berseronok-seronok sahaja.. apa sahaja barang yang terdetik di kepala, wang terus dibelanjakan tanpa berfikir panjang.. Sebenarnya tanggungjawab kita semakin besar bila berada di luar negara ni.. Kita membawa nama baik keluarga, bangsa, negara dan agama kita.. Oleh itu, jadilah orang yang lebih bertanggungjawab dan mampu menguruskan diri sendiri dengan baik..


Dalam firman Allah tadi, Allah mengarahkan kita mencari kurnia Allah di samping sentiasa ingat kepada Allah.. Jadi, apabila kita berada di tempat orang ini, kita perlu perbanyakkan zikrullah di samping mengambil segala kebaikan yang ada di situ..barangsiapa yang bertindak berdasarkan ayat tadi, insya Allah akan beruntung..

Yaman ni antara negara Arab yang miskin dan tidak banyak jahiliyyah yang bertapak di sini.. tapi ada je orang main game Counter Strike atau Grand Thief Auto (GTA) di Cyber Café.. sbb tu la agak susah nak update blog ini.. So, bila ana kenali keadaan di sini, rasa kesian dengan rakyat sini.. Boleh kata selepas solat fardhu, sudah jadi kebiasaan ada orang yang akan bangun dan menceritakan masalah masing-masing demi mengharapkan simpati dan sumbangan dari orang ramai.. Ada yang bangun sambil dukung anak yang sakit, ada juga yang patah tangan dan macam-macam lagi.. Namun mereka ni tabah.. Ana rasa di Yaman ni seolah2 sudah berada di Palestin.. Cuma takde bunyi tembakan dan kereta kebal je.. yang lain macam sama.. pendapat ana la.. tak tahu la orang lain macam mana..


Akhir kata, marilah kita sama2 cuba berkenalan dengan seramai manusia yang mungkin di samping mengenali latar belakang budaya, bahasa dan macam2 lagi.. Ambil dan timba lah segala kebaikan yang ada dan jauhilah segala keburukan mereka.. Jom teroka tempat baru.. Mengembaralah.. Wallahu ‘alam

Saturday, October 10, 2009

Kembara Yaman


Pertama kalinya ana minta maaf sebab lama tak update blog ni kerana di Yaman ni ana belum ada kesempatan untuk online… Mungkin ana akan kongsikan beberapa pengalaman ana berhijrah dan seterusnya bermukim di Yaman.

Pada 28hb September yang lalu, ana bertolak ke KLIA bersama keluarga pada pukul 9.30 mlm. Setibanya di KLIA, ada beberapa orang kawan ana yang telah sampai.. Kami diberi taklimat ringkas untuk memperbetulkan niat kami dan mengenai apa yang perlu kami lakukan setibanya di Yaman nanti. Jam 0115, kami berpisah dengan keluarga kami..

Yamaniyyun...

Setelah hampir 8 jam berada di dalam penerbangan, ana ditransitkan di Doha selama 3 jam.. di situ sangat sesak.. Kemudian, ana meneruskan penerbangan kedua dari Doha ke San’a.. ibu negara Yaman.. Bila sampai di San’a, ada sedikit masalah dengan pihak Airport, kami ditahan selama sejam lebih.. pasport kami diambil..


setelah sampai di San'a

Selepas itu, kami bertolak dari Airport ke rumah sewa.. Semasa dlm perjalanan, kami semua terkejut.. macam culture shock.. Suasana orang2 Yaman memandu.. dengan keadaan yang terik tapi anginnya sangat sejuk.. setibanya di rumah, kami makan2.. dan berehat… Ana masih tidak biasa dengan cuaca dan masa di Yaman.. Hidung mula selesema kuat… 2 biji Panadol menjadi penawar..



Beberapa hari kemudian, kami dibawa melawat Jamiatul Iman.. Universiti Al-Iman yang berdekatan dengan rumah kami. Universiti wakaf yang diketuai oleh Ash-Sheikh Abdul Majid Aziz Az-Zindani ini begitu luas.. Semua makanan, asrama dan yuran pengajian adalah percuma..



di Jamiatul Iman


Kat sini, Ana juga sempat merasai keadaan rumah terbuka Hari Raya bagi mereka yang berada di perantauan.. dapat la nak rasa nasi impit, sate, mee kari dan mee sup.. dapat la jugak dengar lagu raya Malaysia...Antara nasi yang terfamous di San’a ni ialah Nasi Mandi.. memang nama dia camtu.. sedap la.. nasi dengan daging kambing..




jamuan raya di Yaman..

Setakat ni pembelajaran ana di sini belum bermula.. Cuma dalam proses membiasakan diri dengan budaya,bahasa,makanan dan cuaca di sini.. Apa yang penting bagi ana ialah kekuatan dalaman dan semangat yang tinggi untuk sabar dan tabah belajar di negara orang.. di samping berjauhan dengan keluarga tersayang.. Wallahu ‘alam..


Uhibbukum fillah… insya Allah, panjang umur, ada kesempatan, kita jumpa lagi… Ilal liqa’..

Monday, October 5, 2009

Pengumuman...

Assalamualaikum wbt semua.. ana ada di Yaman sekarang dan ana dalam proses nak update blog.. tapi kat sini lambat internetnya.. nak upload satu gambar ambil masa lebih kurang sejam... tak tahu la kenapa..tapi insya Allah ana akan kongsikan gambar dan pengalaman ana.. wallahu 'alam... tunggu ek.. harap bersabar.. Assalamualaikum wbt

Monday, September 28, 2009

Eid Mubarak 2009

suasana pagi Syawal

Bila ana tgk gambar ni... ana sedar yang adik-adik ana dah besar... dan ana pun rasa macam dah tua... Hm... Suatu hari masa ana pergi ziarah rumah seorang Ikhwah di Kajang.. Ana cakap yang umur ana paling tua di kalangan student Intisar.. pastu pakcik tu cakap:

" Ye, tapi kita tak tahu sape yang mati dulu... "

Pergh!!! Rasa macam ada peluru menghala tepat ke kepala ana... Free2 kena tembak...Ok2 pakcik, ana muda lagi..hehe.. Hm.. Raya akan datang blum tentu ana dapat bergambar bersama family seperti ni...Apapun, Perjuangan mesti diteruskan...Ibadah perlu ditingkatkan... Ilmu perlu ditambah dan diamalkan... Tanggungjawab semakin besar... Ajal semakin menghampiri... Untuk bertemu Rabbul 'Izzatti...

Seorang Daie, bila dicampakkan ke laut, menjadi pulau.. dicampakkan ke darat, menjadi gunung... Oleh itu jadilah anda seorang mukmin.. kerana Mukmin ibarat Hujan, di mana dia turun, di situ dia memberi manfaat.. Itulah tema blog ana ni.. Wallahu 'alam..


Thursday, September 24, 2009

Jaiputra.. dalam kenangan..

Januari 09... Kami (INTISAR) diarahkan berpindah ke Kolej Jaiputra, PCB, Kelantan... Tanggal 3 Mac 09, Ana mula berpindah ke Jaiputra.. Mula2 duduk sebelah bilik Kemboja... Pastu pindah ke Hostel Pantai... Pastu pindah ke blok Ilham... dan kini, insya Allah, akan pindah ke Yaman pula... 17hb September 09, aku meninggalkan Jaiputra...

Pahit manis, asam garam, suka duka kehidupan telah ana rasa di sana... berhadapan dengan loghat Klate yang agak sukar difahami dan dituturkan... Bergaul dengan masyarakat pelajar yang datang dari pelusuk negara... Kemboja... Aceh... Thailand... Singapura dan juga Malaysia..

ubadah, ust hadi, ana


Namun semua itu, merupakan satu pengalaman berharga bagiku kerana selepas ini, ana akan berdepan dengan manusia dari pelusuk dunia pula... Oh, sblm ana terlupa.. ana ada dapat sms dari seorang siswa Jaiputra sewaktu hari raya baru2 ni.. Sms dia begini :

" Rambut krintng muke slamba
Main bola pnuh ngan teknik
klau nak tahu siapakah dia
itulah dia " Ubadah Cantik "
Budak stam blajar di klantn
Kpandaian IT tiada tandingn
Ingn mgantarku blk rya tdak dtunaikn
itulah Anas tdk prikmanusian..
jgn mrah hey..
Budak kjang blajr di luar ngeri
blajr khat dgn ustaz Adi
kata nak bagi baju x bgi-bgi
itulah Ikrimah yg mungkr janji
Gurau senda skali-skala
jgan mrah jgn duka
hari ni hari raya
mnta maaf ampun dipinta
Dari rmah pergi ke kajang
dr kjang prgi ke klantan
prjalnan ke sana jauhye pnjang
moga slmat smpai ke Yaman... "
Ni lah sms yang ana terima dari kawan ana... Ana tulis sebagaimana yang dia hantar...Memang berbakat btul.. Trima kasih sheikh..

bergambar sblm pergi






Akhir kata, majulah Jaiputra untuk masa yang akan datang... Ingatlah kata2 Umar r.a. :

" Kita adalah yang dimuliakan Allah kerana Islam "



Wallahu 'alam..

Sunday, September 20, 2009

Pengumuman Penting

Bismillahi Rahmani Rahiim..

Insya Allah, dengan izinNya ana akan melanjutkan pelajaran ana di Yaman.. Ana akan bertolak 28hb September ini.. Oleh itu, ana ingin memohon maaf kepada semua yang mengenali diri ini...






bendera Yaman


Kalau ana ada berhutang dengan sesiapa, dan ana belum melangsaikannya, sila maklumkan pada ana dengan segera.. Ana akan cuba langsaikan.. Dan siapa yang ada berhutang dengan ana, (nak ana halalkan?? erm.. tgk keadaan la..hehe) sila langsaikannya apabila anda mampu untuk berbuat sedemikian. Kalau jumlahnya kurang daripada RM10, ana halalkan insya Allah. Boleh la bank in kat akaun Maybank ana (pergh!! bayar hutang pun pakai bank)


1628-4300-6504

Akhir kata, doakan ana sentiasa bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu.. Mudah²an setelah ana tamat belajar nanti, ana mampu memberi sumbangan semaksima yang mungkin pada umat Islam..Wallahu 'alam.. Ilal Liqa'.. Uhibbukum Fillah...








Saturday, September 19, 2009

Selamat Hari Raya Eid Fitri


Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahil Hamd...


Marilah kita semua memperbanyakkan takbir di atas kemenangan kita menjalani Madrasah Ramadhan Al-Mubarak yang lepas..


Ana nak kongsi satu pengalaman ana waktu kecil dulu. Dulu, ana suka dengar apa je yang orang cakap dan sebarkannya kat kawan2, walaupun benda tu tak masuk akal.. So, jangan ikut perangai ana ni.. tapi tu dulu.. sekarang ni dah ok dah insya Allah.


"Anas, nak tau tak ? Kalau orang meninggal dunia Hari Raya pertama kan, dia masuk syurga.."

" oh, btul ke ?, ana nak mati 1 Syawal jugak la.. eh, tapi ana nak raya jugak.. "


-tamat-


Dan sekarang ni ana terfikir balik perbualan tu.. Kenapa pulak mati 1 Syawal masuk syurga ?? Kini, ana dapat agak kenapa.. Pendapat ana sendiri, bila kita masuk dalam bulan Ramadhan dan kita beramal bersungguh-sungguh, memohon diampunkan dosa, bertaubat.. bila tiba Hari Raya, kita telah kembali kepada fitrah.. kita telah suci bersih daripada segala dosa.. Sebab tu la orang tu kata siapa mati 1 Syawal masuk syurga.. logik2..


Bagi ana, ana tak suka dengar lagu2 raya yang sering diperdengarkan di kaca tv ataupun radio2.. Ana tak suka kerana mereka menyambut hari raya beria-ia, sedangkan mereka tidak bermujahadah di dalam bulan Ramadhan.. Sepatutnya mereka tak layak nak beraya kerana mereka tidak memahami apakah itu Eid Fitri.. Kembali kepada fitrah.. Wallahu 'alam..


Akhir kata, ana nak mohon maaf di atas segala kesalahan ana, sama ada secara sengaja atau tidak, sama ada secara sedar atau tidak sedar, di sepanjang perkenalan ana dengan kalian. Semoga kita meneruskan amalan2 yang kita lakukan di bulan Ramadhan ke dalam bulan2 seterusnya. Kun Rabbanian Wa Laa Takun Ramadhanian. Taqabbalallahu Minna Wa Minkum..

PSR '09

Alhamdulillah, dapat juga update blog akhirnya.. Maaf kerana di Kelantan, ana susah nak update.. Pada 17 Ogos hingga 10 September lepas telah berlangsungnya Program Semarak Ramadhan (PSR '09) di Kolej Jaiputra, PCB, Kelantan..

Dan ana sendiri dilantik menjadi Ketua Unit Media untuk program itu.. Bagi ana PSR ini sangat menarik dan bagus kerana banyak aktiviti yang dijalankan.. Antara aktiviti utama PSR ini ialah Ihsan Ramadhan (bersamamu versi Jaiputra). Kami menyampaikan sumbangan berbentuk keperluan harian kepada fakir miskin di sekitar Kolej kami.


sumbangan ihsan dihantar ke rumah orang miskin

Terdapat juga aktiviti untuk para pelajar Kolej seperti pertandingan2, 3T ( tazkirah tengah tarawih), iftar dan qiam perdana dan banyak lagi.. Ana sendiri telah menyertai banyak pertandingan di samping menyiapkan 2 buah video untuk PSR. Antara pertandingan yang ana sertai ialah PDJ ( Pelapis Daie Jaiputra) , Kuiz, Khat, Kosa Kata, Regu dan Hafazan. Bersempena dengan PSR kali ini, tertubuhnya Kumpulan Nasyid Jaiputra.. Bagi siswa, kami telah membuat dua persembahan pada hari penutup. Pentomen dan Nasyid..


semasa pertandingan PDJ

Memang penat sangat apabila kita terpaksa menyiapkan video sampaikan hampir setiap malam ana tidur lewat.. kadang2 termimpi-mimpi video tu ataupun idea datang tak henti-henti.. Tapi ana rasa puas bila orang kagum tengok video tu.. ( ana rasa orang kagum kot.. ) Akhirnya bila PSR kali ini tamat, ana rasa lega.. gembira dan bangga pun ada.. Sebab ana berjaya membolot 7 trofi kali ini. First time dalam hidup ana.. tapi masa amik hadiah tu, ada rasa takut jugak kerana mungkin ada orang yang benci tgk ana menang... mungkin ada orang dengki.. So,time amik hadiah tu ana istighfar bebanyak..



Sedar tak sedar, itu lah program terakhir ana ikut di Kolej Jaiputra.. Entah bila lagi ana dapat merasai program sebegitu rupa. Wallahu 'alam.
bergambar dengan selepas majlis penutup


barisan AJK PSR '09

Wednesday, September 2, 2009

Keluarga ana berkurang ahli...

28 Ogos yang lepas, ana dapat satu sms dari Ummi. Time tu dalam pukul 7.20 pm dan ana berada di asrama Kolej Jaiputra.

" Justin tgh sakit kuat. Doakannya. Kesian tgk keadaan dia "

" Ummi tak bawa jumpa doktor ke ? "

" Tak.. Doakan yg terbaik "

So, ana bila dapat sms tu, ana pun doakan untuk Justin dalam solat dan doa ana dengan doa yang khusus.

Keesokkan harinya, ana dapat sms dalam pukul 10 pagi.

" Justin dah mati. Kol 9.24 pg td. Anak2 semua nangis. "

Bila ana baca sms tu, ana pun rasa satu kehilangan yang sangat2. Bila ana terkenang balik, ana pun menitiskan air mata.


Untuk pengetahuan anda, Justin, kucing kesayangan keluarga ana. Memang kami sekeluarga sangat sayangkan dia. Bagi ana, Justin sangat unik.

Suatu ketika dahulu, setiap pagi, ana dan abah akan solat subuh berjemaah di surau. Yang peliknya, Justin mengekori ana ke surau dan duduk di saf yang pertama.. Hampir setiap pagi begitu, sehinggakan kalau ada kereta di tengah jalan, Justin akan memanggil ana untuk mendukungnya pulang.

Bila namanya dipanggil, ekornya digerak2kan.. Kelaurga kami memperuntukkan RM10 sebulan untuk membeli bekalan makanannya. Kalau ia nak buang air, ia akan ke tandas di rumah. Terpaksalah kami semua beratur tunggu ia.

Ana pun tak tahu kenapa ia sakit.. Rupa2nya dengan maklumat daripada jiran dan Ummi. Justin telah bertarung dengan seekor ular tedung berhampiran rumah ana. Malam itu, Justin sakit kuat.. Menggelupur seketika, kadang2 muntah.. Dan akhirnya esok pagi, Justin mati..

Ana ada di Kelantan semasa Justin sakit dan mati.. Tapi apa yang dapat bayangkan. Kalau lah Justin tak bertarung dengan ular tedung itu, pasti nyawa keluarga ana dalam bahaya.. Ana bersyukur kerana Allah mentakdirkan Justin yang mempertahankan keluarga kami. Tapi kami kehilangan kawan bermain. Justin adalah penyeri keluarga kami.

Apa yang ana harapkan, Allah dapat membalas segala wang, tenaga kami sekeluarga dalam berbuat baik kepada Justin. Kalau kita berbuat baik dengan makhluq Allah, Ia akan berbuat baik pada kita. Oleh itu, berbuat baik @ ihsan lah kita kepada semua makhluqNya sama ada yang hidup seperti haiwan ataupun yang tidak bergerak seperti tumbuhan.. Wallahu 'alam..

Thursday, August 20, 2009

Tazkirah Kematian

Ana nak kongsi satu kisah yang ana baca dari sebuah majalah tempatan. Ana rasa elok untuk ana kongsikan.. mudah²an kita ambil apa yang baik.

Sulaiman bin Mahran, seorang ulama' tabi'in, meriwayatkan: Ada seseorang sedang duduk bersama Nabi Sulaiman a.s. Tiba² ada tetamu masuk, lalu pandangannya terpaku kepada teman Nabi Sulaiman a.s ketika itu. Ketika tetamunya itu keluar, dia bertanya, " Wahai Nabi Allah, siapakah orang yang datang menemuimu sebentar tadi? " Beliau menjawab, " Dia adalah malaikat maut." Dia berkata, " Wahai Nabi Allah, daku lihat dia memerhatikanku, jangan-jangan dia hendak mencabut nyawaku." " Maka, apa rancanganmu ? "

Dia menjawab, " Wahai Nabi Allah, daku mohon agar tuan sudi memerintahkan angin untuk membawaku ke pulau seberang lautan yang paling jauh." Lalu Allah mewahyukan kepada Nabi Sulaiman untuk melakukannya, lalu baginda memerintahkan angin dan angin pun membawa orang itu ke tempat yang dia kehendaki. Belum lama dia tiba di tempat yang dihajati, malaikat maut pun sampai dan langsung mencabut nyawanya.

Kemudian, malaikat maut kembali menemui Sulaiman. Nabi Sulaiman bertanya, "Aku perhatikan tadi kamu ada di sini, memerhatikan temanku itu. " Malaikat menjawab, " Ya, aku berasa hairan terhadapnya. Mengapa dia masih bersamamu di sini? Sedangkan aku diperintahkan mencabut nyawanya di negeri yang jauh dari sini Ketika aku akan keluar dari tempatmu ini, lalu diperintahkan kepadaku, ' Cabutlah nyawanya, kerana ia sudah berada di tempat di mana aku diperintahkan untuk mencabut nyawanya, lalu aku cabut nyawanya. "

Benarlah firman Allah: " Katakanlah sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu." ( surah Al-Jumu'ah 62: 8 )

Wednesday, August 19, 2009

Sejarah Nama

Assalamualaikum sume.. lama xupdate ni.. Kali ni ana nak tulis pasal Anas r.a. Ana rasa penting untuk kita tahu sejarah nama kita sendiri.. Nama kita sebenarnya beri kesan kepada peribadi kita.. So, eloklah kalau kita tahu dan kaji asal usul nama kita.

Nama sebenar : Anas bin Malik bin Nadar Al-Khawarij Al-Ansari
Dari Bani Ansar..
Anak lelaki Ummu Sulaym..
Ayahnya tidak memeluk Islam..
Meriwayatkan lebih kurang 1286 hadis


Sejarah pertemuan dengan Rasulullah s.a.w...

Ketika Hijrah Baginda s.a.w ke Madinah, semua penduduk Madinah menyambut baginda s.a.w dengan penuh meriah. Semua orang berlumba-lumba memberi hadiah kepada Rasulullah s.a.w. Akan tetapi Ummu Sulaym tidak mempunyai harta untuk dihadiahkan. Oleh itu, Ummu Sulaym menghadiahkan anaknya, Anas, untuk berkhidmat kepada Rasulullah s.a.w. Umur Anas pada waktu itu seawal 10 tahun. Anas sentiasa bersama Rasulullah selepas itu.
Suatu hari, Rasulullah s.a.w menyuruh Anas pergi ke pasar. Dalam perjalanannya ke sana, Anas terserempak dengan anak² yang sedang bermain. Anas pun bermain bersama mereka. Tanpa sedar, ada seorang lelaki berdiri di belakang Anas dan memegang bahunya.
" Wahai Unais, apakah kau telah laksanakan perintahku ?? "
Anas bingung dan berfikir sejenak. " Ya, aku akan pergi sekarang. "
Menurut Anas, Rasulullah s.a.w tidak pernah marah ataupun berkata " kenapa kau tak buat itu dan ini.. "
Doa Rasulullah s.a.w untuk Anas r.a
((Ya Allah, limpahkan padanya rezekiMu, dan kurniakannya anak yang banyak dan berkatilah hidupnya. ))
Lalu Allah memakbulkan doa baginda s.a.w itu. Anas r.a merupakan antara sahabat yang paling lama hidup. Ada riwayat mengatakan usianya lebih daripada 100 tahun. Anak² nya juga sangat ramai ( hampir capai 100 orang). Ketika Baginda s.a.w wafat, Anas berumur 20 tahun. ( umur ana sekarang ).
" Saya belum pernah melihat orang yang menyerupai solatnya Rasulullah kecuali Ibnu Ummu Sulaym ( Anas r.a) " - Abu Hurairah -
Nasihat Rasulullah pada Anas r.a
" Wahai Unais, jika engkau sanggup dari pagi sampai petang tanpa ada rasa dengki dan iri hati terhadap seseorang, maka lakukanlah. Wahai anakku, itulah sebahagian dari sunnahku. Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku bererti dia mencintaiku, Barangsiapa mencintaiku, dia bersamaku di syurga nanti. "
Harapan Anas r.a
Aku berharap ketika di hari Mahsyar nanti, aku akan datang kepada Rasulullah dan berkata :
" Wahai Rasulullah, akulah pembantu kecilmu, Unais "
-Tamat-
Jadi bila ana dapat tahu tentang kisah Anas bin Malik r.a , ana rasa tertarik dan rasa betapa jauhnya ana dengan beliau. Ana berdoa agar ana dapat berusaha mencontohi Anas r.a. Amin..

Wednesday, July 22, 2009

Tazkirah

عن أنس عن النبي صلى الله عليه وسلم قال ثلاث من كن فيه وجد بهن حلاوة الإيمان من كان الله ورسوله أحب إليه مما سواهما وأن يحب المرء لا يحبه إلا لله وأن يكره أن يعود في الكفر بعد أن أنقذه الله منه كما يكره أن يقذف في النار
-رواه المسلم-

Daripada Anas r.a. Daripada Nabi s.a.w bersabda : Barangsiapa yang memperoleh tiga perkara ini nescaya dia akan merasai kemanisan Iman. 1. Siapa yang mencintai Allah dan Rasulnya lebih daripada yang lain. 2. Siapa yang mencintai seseorang hanya kerana Allah. 3. Siapa yang membenci untuk kembali kepada kekufuran ( kejahilan ) selepas Allah telah menyelamatkannya daripada kekufuran itu sebagaimana dia benci untuk dicampakkan ke dalam api neraka.
- riwayat Muslim-

Wednesday, June 3, 2009

Tazkirah..

Ada satu hari, ana sempat bersama dengan seorang Ustaz yang sedang menjalankan perniagaan di US tapi ana tak jumpa dia kat US. Jumpa di Kelantan.. Ana tertarik dengan apa yang dia beritahu.

Cerita tentang sejarah Iblis laknatullah..

Iblis. dikenali dengan nama Azazil.. telah dibela oleh para Malaikat sejak kecil lagi. Dia sangat kuat beribadah kepada Allah. Suatu hari, telah sampai satu berita mengenai hasrat Allah ingin melantik seorang Khalifah. Mendengar berita itu, Iblis terus melipat kali gandakan amalannya dengan harapan dia akan dipilih Allah sebagai Khalifah nanti.

Namun sebagaimana yang kita maklum, Allah telah melantik Nabi Adam a.s yang diciptakan dari tanah sebagai KhalifahNya. Hal ini membuatkan Iblis rasa tidak puas hati dan dengki yang amat sangat. Sehinggakan apabila Allah mengarahkan semua malaikat sujud kepada Adam a.s, Iblis enggan sujud padanya. Iblis merasakan dirinya lebih mulia dan lebih layak menjadi khalifah.

Allah s.w.t murka terhadap Iblis dan Iblis meminta tempoh hayat yang panjang sehingga hari Qiamat.. Lalu Allah membenarkannya. Iblis berikrar akan menghasut, melalaikan dan menyelewengkan manusia daripada taat kepada Allah s.w.t.

gambar hiasan..

Iblis ingin buktikan pada Allah bahawa manusia ini sangat lemah, lalai dan sering melakukan dosa terhadap Allah. Iblis berkata :

" Inikah khalifah yang Kau lantik ?? Banyak buat kerosakan di muka bumi.. Selalu lalai.. Mudah tertipu dengan godaan.. Hmmph !! Aku jauh lebih layak daripada mereka(manusia) "

Dan Iblis akan meneruskan kerja-kerja melalaikan manusia sehingga hari Qiamat nanti.. Jadi sahabat sekalian, sudah jelas bahawa Iblis laknatullah merupakan musuh kita yang nyata.. Dan Iblis sangat berpengalaman dalam menyesatkan manusia kerana umurnya yang sangat panjang. Dan kita perlu ingat bahawa kita ( manusia ) merupakan Khalifah Allah di muka bumi ini.. Satu taklif yang sangat berat.. Kita berdepan dengan godaan Iblis dan juga hawa nafsu kita sendiri.. Hanya Iman yang mampu menewaskan kedua-duanya..

Oleh itu, berhati-hatilah dengan tipu daya dan godaan Iblis.. Berlindunglah dengan Allah daripada Iblis.. أعوذ بالله من الشيطان الرجيم Wallau 'alam..

Thursday, May 28, 2009

Hmm...

Assalamualaikum wbt semua.. Ana sebenarnya tak tahu apa nak dicoretkan di sini tapi ana nak beritahu yang ana sekarang sihat alhamdulillah.. Hmm.. Sekarang ni masa ana lebih ditumpukan terhadap pelajaran ana kerana Imtihan STAM hanya tinggal beberapa bulan lagi.. Wallahu 'alam.
Ana turut gembira bila dengar berita yang sahabat² ana akan melanjutkan pelajaran di luar negara tak lama lagi. Cemburu sangat..

Hmm.. Lain btul perasaan bila kita berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain, kemudian mula berkenalan dan bekerja bersama.. Perasaan yang timbul pula bercampur-baur.. Sedih.. Menyesal.. X puas hati.. Suka.. Bangga.. Cemburu.. dan macam-macam lagi. Ketika ini, hanya IMAN yang dapat menyelamatkan.. Kembali kepada Allah.. tentu ada hikmahnya.. Wallahu 'alam..

Ya Allah , berikanlah yang terbaik buat diriku.. Amin..

Wednesday, April 29, 2009

Summer Camp Student Thailand

Alhamdulillah.. segala puji bagi Allah yang telah memberikan ana kesempatan untuk menjadi salah seorang fasilitator ataupun murabbi sepanjang program bersama student Thailand.

Baru² ini telah pun berlangsung satu program dinamakan Mukhayyam Lughawi selama 3 minggu di Kolej Jaiputra anjuran WAMY Thailand dan Kolej Jaiputra. Program ini melibatkan seramai 96 orang peserta yang berumur antara 12 hingga 21 tahun.



Bagi ana, cabaran yang paling besar dalam mengendalikan program ini ialah masalah komunikasi antara kami ( fasilitator ) dan peserta program. Kami cakap lain , mereka faham lain. Kami gunakan apa sahaja bahasa yang kami mampu untuk menyampaikan mesej kami. Akhirnya terpaksalah kami menggunakan bahasa isyarat. Barulah mereka faham..

Fokus program ini adalah melatih peserta bertutur dalam bahasa Arab, Inggeris dan Melayu disamping Tarbiyah Islamiyyah menjadi hadaf jangka masa panjang. Solat berjama'ah ditekankan, bacaan Qur'an, puasa sunat dan lain² budaya Islam.

Kami sempat membeli-belah bersama para peserta di KB Mall, Bermandi-manda di Jeram Linang, Melawat Razali Batik dan macam-macam lagi.

bergambar di Jeram Linang

Dalam kesibukan menjaga kebajikan peserta, ana diminta untuk berkongsi pengetahuan ana dalam menulis blog. Unit Media dan Komunikasi, MPP Kolej Jaiputra meminta ana supaya memberi sedikit tunjuk ajar dalam meng' create' blog. Agak susah lah pada mulanya namun ana cuba jugak untuk menyahut cabaran itu.


Bagi ana, memang payah kita nak bekerja bersama dengan teknologi ni sebab kadang² ia suka sangat buat masalah.. sehinggakan sesuatu program itu blh terbatal. Di sini ana selitkan gambar² siswa dan siswi kolej Jaiputra sepanjang slot perkongsian ana tu..









Pejam celik pejam celik, 3 minggu pun sudah berlalu. Kini tibalah masa untuk kami berpisah dengan para peserta mukhayyam tu. Rasa macam sekejap sangat. Mula² rasa macam lama sangat nak habis. Malam terakhir tu, kami bergambar, bermesra, ada yang ajar kami untuk tidur sekali.

Setelah selesai majlis penutup, kami mencari semua peserta dan bersalaman sesama mereka. Walaupun kami hanya bertemu sebentar tapi rasa seolah-olah dah lama kenal. Kami berpelukan. Rasa macam nak terkeluar air mata tapi nasib baik ana dapat bertahan. Adik² peserta mengajak kami supaya menziarahi mereka di Thailand. Kami pun teringin jugak. Mudah²an kami berkesempatan pergi ke sana. Insya Allah, kita jumpa lagi.

bersama peserta mukhayyam

Allah berfirman " Dan di antara tanda²nya, Dia menciptakan langit dan bumi, dan menjadikan lidah² dan warna kulit kamu berbeza. "

Uhibbukum Fillah.. Wallahu 'alam..