Wednesday, April 29, 2009

Summer Camp Student Thailand

Alhamdulillah.. segala puji bagi Allah yang telah memberikan ana kesempatan untuk menjadi salah seorang fasilitator ataupun murabbi sepanjang program bersama student Thailand.

Baru² ini telah pun berlangsung satu program dinamakan Mukhayyam Lughawi selama 3 minggu di Kolej Jaiputra anjuran WAMY Thailand dan Kolej Jaiputra. Program ini melibatkan seramai 96 orang peserta yang berumur antara 12 hingga 21 tahun.



Bagi ana, cabaran yang paling besar dalam mengendalikan program ini ialah masalah komunikasi antara kami ( fasilitator ) dan peserta program. Kami cakap lain , mereka faham lain. Kami gunakan apa sahaja bahasa yang kami mampu untuk menyampaikan mesej kami. Akhirnya terpaksalah kami menggunakan bahasa isyarat. Barulah mereka faham..

Fokus program ini adalah melatih peserta bertutur dalam bahasa Arab, Inggeris dan Melayu disamping Tarbiyah Islamiyyah menjadi hadaf jangka masa panjang. Solat berjama'ah ditekankan, bacaan Qur'an, puasa sunat dan lain² budaya Islam.

Kami sempat membeli-belah bersama para peserta di KB Mall, Bermandi-manda di Jeram Linang, Melawat Razali Batik dan macam-macam lagi.

bergambar di Jeram Linang

Dalam kesibukan menjaga kebajikan peserta, ana diminta untuk berkongsi pengetahuan ana dalam menulis blog. Unit Media dan Komunikasi, MPP Kolej Jaiputra meminta ana supaya memberi sedikit tunjuk ajar dalam meng' create' blog. Agak susah lah pada mulanya namun ana cuba jugak untuk menyahut cabaran itu.


Bagi ana, memang payah kita nak bekerja bersama dengan teknologi ni sebab kadang² ia suka sangat buat masalah.. sehinggakan sesuatu program itu blh terbatal. Di sini ana selitkan gambar² siswa dan siswi kolej Jaiputra sepanjang slot perkongsian ana tu..









Pejam celik pejam celik, 3 minggu pun sudah berlalu. Kini tibalah masa untuk kami berpisah dengan para peserta mukhayyam tu. Rasa macam sekejap sangat. Mula² rasa macam lama sangat nak habis. Malam terakhir tu, kami bergambar, bermesra, ada yang ajar kami untuk tidur sekali.

Setelah selesai majlis penutup, kami mencari semua peserta dan bersalaman sesama mereka. Walaupun kami hanya bertemu sebentar tapi rasa seolah-olah dah lama kenal. Kami berpelukan. Rasa macam nak terkeluar air mata tapi nasib baik ana dapat bertahan. Adik² peserta mengajak kami supaya menziarahi mereka di Thailand. Kami pun teringin jugak. Mudah²an kami berkesempatan pergi ke sana. Insya Allah, kita jumpa lagi.

bersama peserta mukhayyam

Allah berfirman " Dan di antara tanda²nya, Dia menciptakan langit dan bumi, dan menjadikan lidah² dan warna kulit kamu berbeza. "

Uhibbukum Fillah.. Wallahu 'alam..

0 comments: