Wednesday, September 2, 2009

Keluarga ana berkurang ahli...

28 Ogos yang lepas, ana dapat satu sms dari Ummi. Time tu dalam pukul 7.20 pm dan ana berada di asrama Kolej Jaiputra.

" Justin tgh sakit kuat. Doakannya. Kesian tgk keadaan dia "

" Ummi tak bawa jumpa doktor ke ? "

" Tak.. Doakan yg terbaik "

So, ana bila dapat sms tu, ana pun doakan untuk Justin dalam solat dan doa ana dengan doa yang khusus.

Keesokkan harinya, ana dapat sms dalam pukul 10 pagi.

" Justin dah mati. Kol 9.24 pg td. Anak2 semua nangis. "

Bila ana baca sms tu, ana pun rasa satu kehilangan yang sangat2. Bila ana terkenang balik, ana pun menitiskan air mata.


Untuk pengetahuan anda, Justin, kucing kesayangan keluarga ana. Memang kami sekeluarga sangat sayangkan dia. Bagi ana, Justin sangat unik.

Suatu ketika dahulu, setiap pagi, ana dan abah akan solat subuh berjemaah di surau. Yang peliknya, Justin mengekori ana ke surau dan duduk di saf yang pertama.. Hampir setiap pagi begitu, sehinggakan kalau ada kereta di tengah jalan, Justin akan memanggil ana untuk mendukungnya pulang.

Bila namanya dipanggil, ekornya digerak2kan.. Kelaurga kami memperuntukkan RM10 sebulan untuk membeli bekalan makanannya. Kalau ia nak buang air, ia akan ke tandas di rumah. Terpaksalah kami semua beratur tunggu ia.

Ana pun tak tahu kenapa ia sakit.. Rupa2nya dengan maklumat daripada jiran dan Ummi. Justin telah bertarung dengan seekor ular tedung berhampiran rumah ana. Malam itu, Justin sakit kuat.. Menggelupur seketika, kadang2 muntah.. Dan akhirnya esok pagi, Justin mati..

Ana ada di Kelantan semasa Justin sakit dan mati.. Tapi apa yang dapat bayangkan. Kalau lah Justin tak bertarung dengan ular tedung itu, pasti nyawa keluarga ana dalam bahaya.. Ana bersyukur kerana Allah mentakdirkan Justin yang mempertahankan keluarga kami. Tapi kami kehilangan kawan bermain. Justin adalah penyeri keluarga kami.

Apa yang ana harapkan, Allah dapat membalas segala wang, tenaga kami sekeluarga dalam berbuat baik kepada Justin. Kalau kita berbuat baik dengan makhluq Allah, Ia akan berbuat baik pada kita. Oleh itu, berbuat baik @ ihsan lah kita kepada semua makhluqNya sama ada yang hidup seperti haiwan ataupun yang tidak bergerak seperti tumbuhan.. Wallahu 'alam..

1 comments:

Anonymous said...

hurm teringat ahli beit ana di kaherah..orang panggil dia chep..dia pon ada kucing nama justin n dia sangat sayang justin..tapi suatu hari, masa tu ana kat mesir lagi, justin yang masa tu kat msia la dengan family dia ni hilang, tak tau pegi mana, sampai sekarang x jumpa2.. klau ikut pengalaman ana bela kucing, biasanya klau kucing tu tau dia nak mati dia akan lari daripada rumah taknak mati kat rumah kecuali klau accident.. wallahua'lam