Saturday, October 17, 2009

Pemerhatianku..


Bismillah… dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang… ana memulakan tulisan ana… Alhamdulillah kerana masih diberikan peluang untuk menulis.


Budaya kita dan budaya mereka… kalau kita ini orang KL tentulah budaya kita tidak seperti budaya orang Kelantan.. Bagi mereka (orang KL) yang first time pergi Kelantan, tentu mereka akan pelik dengan budaya, makanan, bahasa mereka dll.. Itu suatu pengalaman baru bagi orang itu..


Bila first time ana menjejakkan kaki di Bumi Iman ini, ana merasakan satu perbezaan budaya yang sangat2 berbeza… agak2 macam culture shock.. dan sekarang dalam mood membiasakan diri.. Kalau kita di Malaysia selalu makan nasi.. mereka di sini makan roti.. Kalau kita di Malaysia nak satu kereta 5 orang.. tapi mereka di sini paling minimum 7 orang.. Kalau naik motor pulak, mereka naik 3 orang..itu kalau orang badan besar.. kalau yang badan kecil , dalam 5 orang sekali naik satu motor.




Cuba tgk kereta kat belakang tu..





Kalau kita (khas untuk lelaki) di Malaysia biasa letak tangan di bahu kawan kita.. tapi bagi orang sini itu merupakan satu aib… Nampak macam suka sejenis (bagi mereka la)… oleh itu mereka berjalan saling berpegangan tangan sesama lelaki.. siap hayun2 tangan lagi…tapi bagi kita macam geli je.. Hmm..sebenarnya banyak lagi perbezaan budaya yang ana tak dapat nak kongsikan.. Banyak jugak la pantang larang yang ana kena jaga supaya dapat diterima oleh masyarakat yang ada..

Tapi apa yang ana nak tekankan di sini bukanlah budaya sesuatu kaum ataupun bangsa itu sendiri.. Bagi mereka yang tidak pernah keluar dari tempat asalnya… kebiasaannya fikirannya terlalu sempit..ana tak cakap secara muktamad.. kebiasaan je.. tak open minded orang kata la.. Situasi yang berlaku di sini, orang Yaman yang pernah datang Malaysia akan berfikiran lebih terbuka daripada mereka yang hanya terperap di ‘rumah’ sahaja.. So fokus ana di sini ialah keterbukaan minda seseorang itu.

Firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Jumu’ah
“ Dan apabila solat telah ditunaikan, maka bertebaranlah kamu di muka bumi ini, carilah kurnia Allah serta ingatlah Allah banyak-banyak agar kamu beruntung.. “

Pengembaraan ataupun hijrah ke tempat baru merupakan satu perkara yang sangat dituntut.. Kerana kita akan lebih berfikiran terbuka,tidak terlalu jumud (tertutup) dan boleh menerima perbezaan.Namun terdapat segelintir pelajar yang belajar di luar negara, menyalahgunakan kesempatan ini. Mereka hanyut dengan hiburan, lalai dan macam2 lagi.. tahu la banyak benda baru.. Mungkin faktor mereka berjauhan dengan keluarga dan ingin mencuba sesuatu yang baru. Ini suatu kerugian sebenarnya..


Cabaran belajar di luar negara ini sangat lah besar.. Tiada pemantauan dari ahli keluarga.. setiap bulan parent akan hantar duit untuk sara hidup.. malah ramai kaum kerabat dan sahabat-sahabat turut memberikan bantuan kewangan untuk kita belajar. Ada orang yang gunakan wang itu untuk berseronok-seronok sahaja.. apa sahaja barang yang terdetik di kepala, wang terus dibelanjakan tanpa berfikir panjang.. Sebenarnya tanggungjawab kita semakin besar bila berada di luar negara ni.. Kita membawa nama baik keluarga, bangsa, negara dan agama kita.. Oleh itu, jadilah orang yang lebih bertanggungjawab dan mampu menguruskan diri sendiri dengan baik..


Dalam firman Allah tadi, Allah mengarahkan kita mencari kurnia Allah di samping sentiasa ingat kepada Allah.. Jadi, apabila kita berada di tempat orang ini, kita perlu perbanyakkan zikrullah di samping mengambil segala kebaikan yang ada di situ..barangsiapa yang bertindak berdasarkan ayat tadi, insya Allah akan beruntung..

Yaman ni antara negara Arab yang miskin dan tidak banyak jahiliyyah yang bertapak di sini.. tapi ada je orang main game Counter Strike atau Grand Thief Auto (GTA) di Cyber Café.. sbb tu la agak susah nak update blog ini.. So, bila ana kenali keadaan di sini, rasa kesian dengan rakyat sini.. Boleh kata selepas solat fardhu, sudah jadi kebiasaan ada orang yang akan bangun dan menceritakan masalah masing-masing demi mengharapkan simpati dan sumbangan dari orang ramai.. Ada yang bangun sambil dukung anak yang sakit, ada juga yang patah tangan dan macam-macam lagi.. Namun mereka ni tabah.. Ana rasa di Yaman ni seolah2 sudah berada di Palestin.. Cuma takde bunyi tembakan dan kereta kebal je.. yang lain macam sama.. pendapat ana la.. tak tahu la orang lain macam mana..


Akhir kata, marilah kita sama2 cuba berkenalan dengan seramai manusia yang mungkin di samping mengenali latar belakang budaya, bahasa dan macam2 lagi.. Ambil dan timba lah segala kebaikan yang ada dan jauhilah segala keburukan mereka.. Jom teroka tempat baru.. Mengembaralah.. Wallahu ‘alam

1 comments:

KBM KL said...

Salam..

Nice sharing!

teruskan berkongsi..


~kM~