Friday, December 25, 2009

Mulakan langkah...

Bismillah…

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan kita terlalu banyak nikmat dan yang terbesar ialah nikmat Iman dan Islam. Alhamdulillah, sehingga kini kita masih hidup untuk kita mengumpul bekalan yang beharga tatkala berhijrah ke stesen Barzah nanti.

Rasa seperti sudah lama tidak mengembara ke alam maya ini. Diri ini disibukkan dengan persedian untuk menghadapi Muqabalah Tahdid Mustawa (temuduga tentukan peringkat). Alhamdulillah, Muqabalah telah selesai dilalui. Namun sekarang dalam mood menunggu keputusan Muqabalah. Bagi mereka yang ingin menyambung pembelajaran di Universiti Al-Iman (Jamiatul Iman), mereka perlu menghadapi peperiksaan ini (blh kata macam exam la..). Yang cukup syarat, akan masuk tahun 1 manakala yang tidak, akan mengambil kursus bahasa dahulu (minimum setahun) sebelum masuk tahun 1. Kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri.

Dengan bermulanya tahun baru Hijrah, maka dewan-dewan kuliah mula dipenuhi dengan mujahid-mujahid yang berada dalam perjuangan menuntut ilmu. Kehadiran sangat diambil berat. Siapa yang lewat, dikira tidak hadir. Jika seseorang itu tidak hadir dalam bilangan tertentu, dia boleh di’haram’kan dari mengambil peperiksaan. Amat mencabar lagi apabila kehadiran diambil sejurus selepas solat subuh. Teringat masa di bangku sekolah dulu. Siapa yang masbu’ solat subuh akan didenda dahulu sebelum dibenarkan mengambil sarapan pagi.

Kini, cabaran yang bakal dihadapi lebih hebat. Dengan jarak rumah yang agak jauh dari Universiti, ditambah dengan cuaca sejuk yang lebih selesa untuk berselubung atas katil yang empuk. Moga diri ini diberi kekuatan dalam menyahut cabaran dan menempuh segala dugaan.

Tidak lama lagi, 10 muharam bakal muncul. Hari yang disunatkan untuk kita berpuasa. Bagi segelintir masyarakat kita, bubur Asyura menjadi menu tahunan. Tapi bukan bubur itu yang perlu difokuskan di sini. Topiknya sekarang puasa itu sendiri. Allah akan mengampunkan dosa tahun yang lalu bagi siapa yang berpuasa pada hari itu. Hari di mana Allah telah menyelamatkan Nabi Musa a.s. dan kaumnya daripada kekejaman Fira’un. Juga disunatkan berpuasa pada hari sebelum dan selepasnya untuk membezakan dengan amalan kaum Yahudi. Oleh itu, marilah kita tanamkan niat dan berpuasa pada hari itu sebagai tanda kita sayang pada Rasulullah s.a.w.

Rasanya kita di Malaysia (yang lahir selepas merdeka ) tidak pernah menderita diseksa dengan pemerintahan kuku besi sebagaimana yang dilakukan oleh Fira’un. Anak lelaki disembelih, rakyat jadi hamba abdi sampai mati.. Alhamdulillah Malaysia tidak sampai tahap itu. Syukurilah nikmat keamanan di negara kita.Kalau kita mahukan negara yang mengamalkan Islam sepenuhnya, kita sebagai rakyatnya sendiri perlu melaksanakan Islam terlebih dahulu. Taghyir Islami (perubahan bercirikan Islam).

Akhirnya semua perubahan dalam diri terletak pada pilihan dan kehendak kita sendiri. Pilihlah sama ada kita ingin kekal dalam kejahilan (bahasa kasarnya - kebodohan)ini ataupun kita kembali kepada fitrah insani yang ditetapkan Allah sejak dulu lagi. Ada sepotong kata hikmah Arab yang berbunyi :

لاَ يَتَأَخَّرْ مَنْ بَدَأ

“ Tidak terlewat mereka yang memulakan (langkah).”

1000 anak tangga di hadapan kita. Orang yang tidak memulakan langkah , tidak akan berjaya tiba di hujung anak tangga sampai bila-bila. Tetapi orang yang memulakan langkah ke anak tangga pertama, akan sampai juga ke hujung walaupun berabad lamanya. Maka, apa yang kita nantikan ?? mulakan langkah kita dengan yakin. Langkah bermula…

Wallahu ‘alam…

*Asif..* Afwan..*Samihi.. jika agak kasar bahasa digunakan.

*: maaf dalam bahasa Arab.

Monday, December 14, 2009

New Culture

Bismillah.. Dengan nama Allah…

Subhanallah… Maha suci Allah…

Satu suasana yang lain dari lain… di asrama yang asing bagi student Malaysia… Bangunan yang agak mewah di San’a… Snuker, pingpong, gymnasium dan tv menjadi cabaran… Dalam mengumpul ‘mutiara-mutiara’ yang tertanam di bumi hikmah…

Berjiran dengan pelbagai bangsa… Ada yang putih , ada yang gelap… Ada yang kasar, ada yang lemah lembut… Walaupun begitu, aqidah kami satu… qiblat kami sama… Jelaslah Islam bukan sahaja untuk orang Arab… Mahupun untuk orang Melayu di Malaysia… Tetapi Islam untuk alam semesta ini… Hanya TAQWA membezakan darjat… di sisi Allah yang esa…

Perkara ini, membuka mindaku seluas-luasnya… memahami budaya yang ternyata jauh berbeza… Ada yang dari Eropah,Turki, Sri Lanka, China, Uzbezkistan, Albania , Togo, Ghana, Bosnia, Bangladesh, Ukraine dan macam-macam lagi.. Kami tinggal sebumbung… Walaupun tidak sampai 2 minggu kami pindah masuk, kemesraan terjalin…

Di sini, kami lah senior student Malaysia… mengatur perjalanan hidup sendiri… Makan dan minum… Belanja harian dan bulanan… Meneroka pasar-pasar yang ada… Sesat di sana sini… Apa yang kurang, sama ditanggung… Membina sesuatu bukanlah mudah… Buah fikiran pening diperah… Tenaga jasad juga letih dikerah… Agar tersusun urusan kami… Kerana ianya salah satu ciri… Daripada ciri peribadi muslim.


Islam, tidak kira bangsa...

Alhamdulillah… tahun ini sahaja , ana berpeluang bergaul dengan manusia berbilang bangsa. Mungkin Allah nak tunjukkan betapa hebat kekuasaanNya, betapa agungnya Islam menyatukan penganutnya dan betapa bersungguhnya Rasulullah s.a.w dan para sahabat menyampaikan risalahNya… Oleh itu, ana bersyukur yang amat. Dan mudah-mudahan ianya akan menyuburkan benih kesedaran imani dan seterusnya membuahkan amal yang istiqamah.

Agak cemburu bila melihat mereka yang bukan dari bangsa Arab tetapi mampu bertutur bahasa Arab dengan lancar.Bahasa Al-Qur’an dan bahasa di syurga kelak. Dengan berkat kesungguhan dan inayah dari Allah, tentunya kami mampu jadi seperti mereka. Cuma untuk mengekalkan kesungguhan diri sepanjang masa itu sangat sukar untuk direalisasikan . Bukan calang-calang orang yang mampu mengekalkan kesungguhan itu. Ramai juga yang tersungkur sebelum sampai ke penghujung jalan.Oleh itu, Perbanyakkan doa mohon agar ditetapkan iman dan hati di dalam mentaatiNya. Wallahu ‘alam.

أَللّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ ,

يَا مُقَلِّبَ القُلُوْب ثَبِّتْ قُلُوْبِيْ عَلَى دِيْنِكَ وَطَاعَتِكَ

“ Ya Allah, bantulah kami dalam mengingatiMu, mensyukuriMu dan beribadah kepadaMu..Ya Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami atas agamaMu dan ketaatan terhadapMu… “


di surau asrama.

Saturday, December 5, 2009

Yamaniyyun..



Doakan kami sentiasa tetap teguh dalam mengejar cita-cita kami.

Supaya Islam kembali gemilang.. Ustaziatul 'Alam..

Insya Allah..

Wallahu 'alam..