Monday, December 14, 2009

New Culture

Bismillah.. Dengan nama Allah…

Subhanallah… Maha suci Allah…

Satu suasana yang lain dari lain… di asrama yang asing bagi student Malaysia… Bangunan yang agak mewah di San’a… Snuker, pingpong, gymnasium dan tv menjadi cabaran… Dalam mengumpul ‘mutiara-mutiara’ yang tertanam di bumi hikmah…

Berjiran dengan pelbagai bangsa… Ada yang putih , ada yang gelap… Ada yang kasar, ada yang lemah lembut… Walaupun begitu, aqidah kami satu… qiblat kami sama… Jelaslah Islam bukan sahaja untuk orang Arab… Mahupun untuk orang Melayu di Malaysia… Tetapi Islam untuk alam semesta ini… Hanya TAQWA membezakan darjat… di sisi Allah yang esa…

Perkara ini, membuka mindaku seluas-luasnya… memahami budaya yang ternyata jauh berbeza… Ada yang dari Eropah,Turki, Sri Lanka, China, Uzbezkistan, Albania , Togo, Ghana, Bosnia, Bangladesh, Ukraine dan macam-macam lagi.. Kami tinggal sebumbung… Walaupun tidak sampai 2 minggu kami pindah masuk, kemesraan terjalin…

Di sini, kami lah senior student Malaysia… mengatur perjalanan hidup sendiri… Makan dan minum… Belanja harian dan bulanan… Meneroka pasar-pasar yang ada… Sesat di sana sini… Apa yang kurang, sama ditanggung… Membina sesuatu bukanlah mudah… Buah fikiran pening diperah… Tenaga jasad juga letih dikerah… Agar tersusun urusan kami… Kerana ianya salah satu ciri… Daripada ciri peribadi muslim.


Islam, tidak kira bangsa...

Alhamdulillah… tahun ini sahaja , ana berpeluang bergaul dengan manusia berbilang bangsa. Mungkin Allah nak tunjukkan betapa hebat kekuasaanNya, betapa agungnya Islam menyatukan penganutnya dan betapa bersungguhnya Rasulullah s.a.w dan para sahabat menyampaikan risalahNya… Oleh itu, ana bersyukur yang amat. Dan mudah-mudahan ianya akan menyuburkan benih kesedaran imani dan seterusnya membuahkan amal yang istiqamah.

Agak cemburu bila melihat mereka yang bukan dari bangsa Arab tetapi mampu bertutur bahasa Arab dengan lancar.Bahasa Al-Qur’an dan bahasa di syurga kelak. Dengan berkat kesungguhan dan inayah dari Allah, tentunya kami mampu jadi seperti mereka. Cuma untuk mengekalkan kesungguhan diri sepanjang masa itu sangat sukar untuk direalisasikan . Bukan calang-calang orang yang mampu mengekalkan kesungguhan itu. Ramai juga yang tersungkur sebelum sampai ke penghujung jalan.Oleh itu, Perbanyakkan doa mohon agar ditetapkan iman dan hati di dalam mentaatiNya. Wallahu ‘alam.

أَللّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ ,

يَا مُقَلِّبَ القُلُوْب ثَبِّتْ قُلُوْبِيْ عَلَى دِيْنِكَ وَطَاعَتِكَ

“ Ya Allah, bantulah kami dalam mengingatiMu, mensyukuriMu dan beribadah kepadaMu..Ya Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami atas agamaMu dan ketaatan terhadapMu… “


di surau asrama.

1 comments:

mz said...

oh.. kehidupan di Yaman.. keep it up.. i like it.