Sunday, February 28, 2010

Mari Tadabbur

Bismillahir Rahmanir Rahim..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah, setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi. Selawat dan Salam ke atas Muhammad s.a.w., Nabi akhir zaman, penghulu segala Nabi, dan Nabi kita semua.

Kali ini, ana mengajak kita semua untuk mentadabbur beberapa ayat Al-Quran supaya menjadi petunjuk dan pedoman kita dalam mengharungi ujian di dunia ini.

Allah s.w.t berfirman :

“ Pada hari itu, orang-orang yang berdosa ingin sekiranya dia dapat menebus (dirinya) dari azab dengan anak-anaknya, dan Isterinya dan saudaranya, dan keluarga yang melindunginya (di dunia), dan orang-orang di bumi seluruhnya, kemudian mengharapkan (tebusan) itu dapat menyelamatkannya.

Sama sekali tidak !! sesungguhnya neraka itu api yang bergejolak, yang mengupaskan kulit kepala, yang memanggil orang yang membelakangi dan yang berpaling (dari agama), dan orang yang mengumpulkan harta benda kemudian menyimpannya (tidak keluarkan zakat),

Sesungguhnya manusia diciptakan dengan sifat suka mengeluh, Apabila ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah, dan apabila mendapat kebaikan (harta) dia menjadi bakhil.”

Surah al-Ma’arij : 11 -21

Sahabat sekalian,

Ayat ni memberi gambaran kepada kita tentang perihal mereka yang akan diazab di akhirat kelak. Allah mengunakan kalimah ‘mujrim‘ yang bermaksud orang yang melakukan dosa. Ia bersifat umum. Muslim dan Kafir boleh tergolong dalam golongan ini.

Bagi mereka yang sudah bergelar ibu dan ayah, tentu anak-anak merupakan kebanggaan mereka berdua. Anak-anak disayangi, dicukupkan segala keperluan, diharapkan anak-anak dapat menjaga mereka berdua di hari tua. Anak-anaklah permata keluarga dan bukti cinta ibu kepada bapa dan begitu juga sebaliknya.


gambar hiasan..

Bagi seorang suami, isteri adalah teman hidup yang sangat disayangi. Saling sayang-menyayangi, susah senang rumah tangga diatasi bersama, Suami berpenat lelah memberi nafkah kepada isteri, manakala isteri pula mentaati dan menjaga makan minum suami. Untuk suami, isterilah syurganya..

Masa kecil, adik-beradik adalah sahabat kita yang paling rapat.Bermain bersama, makan, belajar. Kadang-kadang gaduh, kena marah sekali. Tapi itulah yang manis. Apabila sudah dewasa, kita minta tolong dari adik-beradik dari sudut kerja, kita ziarah, kadang-kadang pinjam duit. Seronoknya ada adik-beradik..

Keluarga ataupun kaum kerabat, merupakan salasilah asal kita. Dari moyang ke atuk, kemudian ke ayah, seterusnya kita, turun lagi sampai ke anak, cucu dan generasi seterusnya. Bagi orang Arab, mereka ada kabilah. Kabilah ini yang melindungi ahlinya jika berlaku masalah kecil ataupun besar. Pernah berlaku peperangan antara kabilah yang berpunca dari pertelingkahan 2 orang budak kecil. Ini menunjukkan betapa hebatnya keluarga akan melindungi kita.


gambar keluarga..

Sahabat yang dirahmati Allah,

Pada hari pembalasan, orang yang akan diazab sanggup dan sampai hati untuk mengorbankan anak-anak, isteri, saudara, kaum kerabat hatta seluruh manusia di dunia ini demi menyelamatkan dirinya dari diseksa Allah. Padahal dia sangat menyayangi mereka semua ketika di dunia dahulu. Lihat, betapa manusia pentingkan diri sendiri di sana. Ini kerana mereka berdepan dengan azab yang hebat dan ketakutan yang sangat dahsyat.

Walaupun dia bertindak sedemikian, Allah tidak memperkenankan hajatnya. Tebusannya ditolak bulat-bulat. Kita akan diberi balasan berdasarkan amalan kita sendiri. Tidak ada orang boleh menanggung dosa orang lain. Neraka Allah sangat mengerikan. Tidak terlintas di fikiran manusia. Ia adalah tempat kembalinya mereka yang tidak mengambil syariat Allah. Dalam urusan hidup, dia mengutamakan kehendak dirinya lebih daripada kehendak Allah.

Dia suka mengumpulkan harta, kumpul banyak2. Namun bila tiba waktu untuk bayar zakat, dia menahan hartanya. Macam-macam alasan diberikan. Sekali-sekala diminta tangguh. Ini kerana dia melihat dari sudut material semata-mata. Dari sudut yang lain dia abaikan. Dari sudut pahala, dari sudut pembersihan jiwa dan macam-macam sudut lagi.

Apa yang ana nak fokuskan di sini, tentang mereka yang sanggup gadaikan orang-orang yang disayangi untuk kepentingan diri sendiri demi dibebaskan dari azab api neraka. Ana ulang perkataan, orang-orang bukannya barang-barang. Kalau barang yang disayangi pun kita agak susah nak korbankan masa di dunia ni apatah lagi orang yang kita sayang. Tapi semua ini akan berlaku di akhirat kelak. Janji Allah itu benar.

Marilah kita sama-sama muhasabah kembali. Adakah kita termasuk dalam golongan orang yang berdosa.. orang yang berpaling dari agama, dan orang yang tidak mengeluarkan zakat.. Insya Allah, kita doa agar kita tidak tergolong dalam golongan ini. Mudah-mudahan kita dipermudahkan urusan di akhirat nanti. Wallahu ‘alam.. sama-sama kita perbanyakkan tadabbur ayat2 Allah.. Wassalam..

Sunday, February 21, 2010

Exam..exam..

Bismillahir Rahmanir Rahim…

Alhamdulillah.. kerana masih hidup… masih mampu menulis… Rasanya sekarang ni kebanyakkan pelajar tak kira pelajar sekolah ataupun IPT sedang menghadapi peperiksaan. Untuk menguji tahap kefahaman seseorang terhadap pelajaran.

Saat dan ketika ini, buku2 mula menjadi teman rapat… Doa akan kejayaan tidak putus2 dipanjatkan… Nota2 dan peta minda diperkemaskan… Latih tubi juga diperbanyakkan… Inilah kebiasaan yang berlaku tatkala minggu peperiksaan menjelang.

Teringat zaman ambil SPM dulu. Peperiksaan besar yang akan menentukan halatuju masa depan seseorang. Rasa takut dan cemas sentiasa ada. Segala masalah2 peribadi perlu dilupakan sebentar agar tumpuan tidak terganggu. Jadual peperiksaan ditulis besar2 di papan putih. Meja dan kerusi khas diletakkan di dalam asrama. Indahnya waktu itu..

Kini untuk ana, imtihan syahri terpaksa ditempuhi. Agak cuak kerana tidak dapat agak bagaimana bentuk soalan yang akan keluar. Ditambah pula dengan kelebihan bangsa Arab yang kuat ingatannya. Tentu pensyarah2 akan keluarkan soalan yang perlukan ingatan yang kuat.Nak ‘goreng2’ time jawab nanti pun kena banyak tahu perkataan2 Arab. Rabbuna yusahhil..semoga dipermudahkan urusan.

Hmm.. menurut pemerhatian ana, segelintir ilmu syariah seperti fiqh, aqidah dan macam2 lagi, kita semua pernah belajar dari zaman sekolah lagi. Tapi di sini, ilmu2 ini dipelajari dalam bahasa asal ia diturunkan. Bahasa Arab. Jadi bahasa ini perlu dikuasai, dan budaya bangsa ini juga perlu difahami. Ada segelintir perkataan dalam Al-Quran ataupun hadis jika diterjemahkan secara biasa, tidak menepati maksud asal yang ingin disampaikan. Kadang2 satu perkataan memberi berpuluh-puluh maksud. Inilah kehebatan dan keunikan bahasa Arab. Bahasa ahli syurga..

Ada segelintir pelajar yang agak ‘ALLERGIC’ bila tengok nombor, angka dan abjad dalam kelas. Bila tiba waktu pembelajaran Matematik je, dia terus takut dan tak suka untuk terus belajar. Ada juga yang tak boleh duduk senang dalam kelas Bahasa Arab. Takut tengok huruf2 arab. Ditambah pula dengan guru yang suka tanya soalan. Lagi cuak la dia. Bagi mereka yang selalu hadapi situasi begini, perlulah kita sedar bahawa keseimbangan itu penting. Kita tak boleh tumpukan sesuatu subjek dan abaikan yang kita tak suka. Kita perlu berani untuk berterus terang dengan guru akan kelemahan kita. Insya Allah ada jalan penyelesaiannya.

Ana meletakkan prinsip dalam diri ana, walaupun ada beberapa subjek @ matapelajaran yang kita tak minat ataupun kita lemah, pastikan kita tidak gagal dalam subjek itu. Paling kurang 1 markah je lagi nak gagal. Kalau gagal, target untuk masa akan datang kita wajib lulus. Subjek yang kita suka, kita skor habis-habisan. Itu prinsip yang ana pegang. Wallahu ‘alam.harap perkongsian ini bermanfaat.. Ilal liqa’..



Tuesday, February 2, 2010

Minatku...

Bismillah...

Baru-baru ni ada satu sms dari Malaysia sampai padaku.. Sms dari seorang junior sewaktu di bangku sekolah dulu.. Bangga juga la dapat jadi senior dia sebab ayahnya seorang Ustaz yang selalu muncul di kaca tv, menyampaikan ilmu agama di mana sahaja.

Sms yang bertanyakan khabar dan terdapat satu permintaan.. Permintaan untuk menulis skrip cerita… untuk dimanfaatkan di tanah air. Ketika itu ana agak tersentak, teringatkan zaman ana bergiat aktif dengan seni lakonan dan menulis skrip.. Sekarang ni dah lama tak kerah otak ni untuk mereka cerita ataupun menulis skrip.

Kerana terlalu minat dengan seni ini, ana pernah menghantar skrip rekaan ana sendiri di dalam satu peraduan yang dianjurkan oleh IKIM.fm . Peraduan menulis skrip drama TV dan Radio. Tapi itu 5 tahun yang lalu.. Namun ana tidak tahu apa keputusan peraduan itu. Ana rasa ana kalah.. lagipun syarat2 menyertai peraduan itu tidak dapat ana penuhi.. Umur ana masa tu 17 thn sedangkan syarat penyertaan ialah 23 tahun ke atas. Sekarang kalau ana join pun, tak cukup umur lagi. Ada juga syarat2 lain yang ana tak lepas..

Sebelum ni, Ana pernah bercita-cita nak jadi pelakon.. Hmm… tu dulu la.. Tapi title pelakon (majoritinya) tidak menjaga batas-batas agama. Sentuh orang yang bukan mahram, Dedah aurat.. Katanya kami berlakon je.. bukan btul2.. Kami berlakon dedah aurat, zina dll dengan harapan penonton ambil pengajaran dan menjauhi perkara itu.

Tapi sebenarnya pelakon itu sendiri telah buka aurat, berpelukan, buat adegan zina dll.. Pastu kata “ jangan tiru kami..” Hmm.. memangla berlakon, tapi masa berlakon tu, malaikat tak catat amalan ke?? Boleh ke nak jawab dengan Allah “ kami berlakon je..” Adakah hujah itu kuat?? Fikir baik-baik dan rujuk ulama’. Dalam bidang ini juga, ulama’ berperanan.

tgh prepare soundtrack untuk lakonan...


Hmm.. Rasa banyak benda yang mampu ana buat untuk seni ini berbanding perkara lain. Ana pernah sanggup tak tidur malam demi menyiapkan rakaman suara untuk lakonan pada Hari Penyampaian Hadiah Tahunan Sekolah ( Hari Ihtifal ). Hari yang dihadiri oleh semua Ibubapa, Guru-guru dan juga tetamu kehormat. Tapi kalau untuk study, tak pernah ana buat begini. Kebiasaannya ana berpuas hati dengan hasilnya, respon dari penonton juga agak memuaskan.

Tapi perkara yang paling buat ana rasa seronok sehingga kini ialah terdapat beberapa orang junior ana yang meneruskan seni ini. Masing-masing melatih adik-adik baru untuk menceburi bidang seni. Silaturrahim juga terjalin. Kadang-kadang ada buat jamuan makan, qiamullail dan macam2 lagi. Dan junior yang hantar sms itu juga termasuk dalam kalangan mereka ini. Namun semua ini tidak akan tercapai tanpa bantuan dari sahabat seperjuangan ana yang lain dan izin dari Allah s.w.t. Alhamdulillah..

Jazakallah akh yang menghantar sms. Mudah-mudahan generasi yang masih tinggal di Hira’ dapat mendalami seni ini dengan meminta pandangan mereka yang pakar dan mempunyai pengiktirafan . Agar kita dapat menyebarkan Islam dengan cara yang lebih kreatif. Kalau ana dulu, tiada siapa yang memberi tunjuk ajar secara langsung. Harap antum lebih hebat lagi. Insya Allah.

Akhir kalam, Mungkin jika ada kesempatan, ana akan selitkan contoh-contoh skrip hasil tulisan ana dalam post-post akan datang. Wallahu ‘alam


satu babak lakonan. Hm.. tu bukan perempuan.. tapi lelaki..