Thursday, July 29, 2010

22 Tahun bernafas...

22 Tahun bernafas…
Putera dan cucu sulung (sebelah ibu),
Abang kepada 6 adik beradik.

22 Tahun bernafas…
3 buah negara telah ku jejak,
Amerika, Malaysia dan Yaman,

United States of America (USA)…
Di bumi itu aku dilahirkan,
Yang terkenal dengan kekufurannya,
Antara berjuta-juta ibu mengandung,
Dengan jumlah muslim yang kecil,
Namun di situ rohku ditakdirkan,
Alhamdulillah.. aku muslim sejak lahir.


22 Tahun bernafas…
Malaysia…
Di bumi itu aku membesar,
Mengenal Tuhan, Mengenal Rasul,
Ummi dan Abah, guru pertama.

Institut Pendidikan Hira’…
13 tahun ku dididik, ditarbiyah,
Agar seimbang dunia akhirat,Di sana juga,
Mutiara Dakwah ku temui,Karat Jahiliyah sentiasa dikikis,
Zatiyah diri dibina meninggi,
Agar bertahan di medan berduri.


22 Tahun bernafas…
INTISAR dan JAIPUTRA…
Persinggahan sementara tapi bermakna,
Utara, Timur, Selatan dan Kemboja,
Kenalan baru yang agak rapat.
Tiada penguasaan ilmu, raguan sahabat,
Sabar, Redha, ada yang tersirat.

22 Tahun bernafas…
Yaman…
Target ke Ardul Kinanah,
Dikurniakan ke Ardul Hikmah.
Bukan lagi student Al-Azhar,
Tapi bergelar Mahasiswa Al-Iman.
Kaitkan Sains dan Al-Qur’an,
Sahih Muslim, Tafsir Ibnu Kathir, Tazkiyah, Usul Dakwah,
Semua benih ilmu ditanam kemas,
Agar tumbuh merimbun memayungi umat.

22 Tahun bernafas…
Kini aku di sini…
Berjauhan dengan family,
7 tahun yang terhad perlu diisi,
Penguasaan ilmu dan Amal Dakwi,
Agar umurku diberkati Illahi,
Dengan ucapan SELAMAT HARI JADI…
SANAH HELWA wa EID MILADI..


4 comments:

-sha- said...

22 tahun itu..
Terusknlah menghargai ia dan setiap yg disekelilingnya..

Ibnu Roslan said...

dan dalam 22 tahun itulah..
aku mengenal insan..
yg bergelar anas yaakub..
yang sedikit sebanyak mencoret warna warni dalam hidupku..
walau hanya seketika bersama...
di bumi waqaf penuh barakah..
dan dalam saat yg seketika itulah..
kau mengajar aku pelbagai ilmu..
aku yg dahulunya tak pernah kenal erti seni lakonan..
kau mengajar serba sedikit..
hingga kini...
kalau tidak sehebat anda...

Bittaufiq~~
Semoga Bahagia dunia dan akhirat..
Salam dari bumi Urdun..
Jami'ah Yarmouk..
Syukran atas esagalnya ya Akh..

unais said...

terima kasih sha n ibnu roslan.. ammar, smbungan puisi versi ammar pulak.. hehe

Nuh Zuleffendi said...

Huhu...
23 thn...
Aku berpindah fasa...
Dulu bersendiri kini bersama...