Sunday, January 9, 2011

Siapa hebat, siapa tak hebat...

Situasi 1

" Salam Mat, mlm ni ada pengisian kat luar. Jomla kita pergi.. "

" Wslm, siapa yang bagi pengisian ?? "

" Ustaz Kamal bagi !! "

" Wow !! ustaz Kamal !!.. mesti pegi ni.. dia tu ustaz-ustaz kita, sheikh kabir.. "

* * *

Situasi 2

" Salam Mat, mlm ni ada pengisian kat sekolah. Jomla... join. "

" Wslm, siapa yang bagi ?? "

" Hmm... Pakcik Hamdan.. "

" Ouw... hm.. dia ke ?? setahu ana, dia bukan ustaz-ustaz kita, Takpela, ana tanak gi.. "

* * *

Sahabat,

Situasi begini yang kadang-kadang berlaku. Bahkan mungkin kerap kali terjadi. Tak kira bangsa dan bahasa. Satu sikap memilih dan menghukum. Siapa hebat, siapa tak hebat.

Kalau hebat, aku dengar.. kalau tak hebat, aku buat-buat dengar.. ataupun tak pergi langsung, jimat masa.. Bila orang yang dirasakan hebat menyampaikan, ramai pendengar hadir, hatta pendengar yang tak pernah kenal si penceramah pun hadir kerana dipromote habis-habisan. Bila penceramah sebaliknya, pendengar yang hadir boleh dibilang jari, kawan2 kata " jangan buang masa, jom lari.." (ini bukan situasi penceramah yang terkenal di media,radio dan tv.)

Biasanya kita kalau bercakap di hadapan, pesan kita, " Lihat apa yang dikata, bukan siapa yang berkata ", tapi kita tak sedar yang perbuatan kita dah menafikan pesan kita tadi. Sedar tak kita ??

Hebat dijadikan syarat untuk mengikuti dan mendengar pengisian. Hebat dari segi apa ?? Dari segi dakwah ?? Ramai mad'unya ?? Banyak istilah arab yang digunakan ?? Full time dakwah ?? Lulusan Azhar ??

gambar hiasan

Itu semua hanya ukuran pada kaca mata kita sahaja. Kita terlalu awal menghukum orang. Padahal neraca ukuran dan penilaian kita itu tidak tepat. Neraca yang paling tepat, hanya Allah sahaja yang dapat menilainya. Itulah TAQWA. Firman Allah, surah al-Hujurat :

" Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu, adalah mereka yang paling berTAQWA."

Orang yang paling mulia, tentulah dia yang paling hebat. So, Kita tidak boleh kata seseorang itu tidak hebat, sebab kita tidak tahu tahap ketaqwaannya. Dan belum tentu amal yang dikatakan hebat itu diterima Allah atau tidak.

Kita lebih respect orang yang beri pengisian bertajuk "Dakwah Fardiyah" berbanding pengisian bertajuk "Kaunseling dan Pembimbing rakan sebaya". Padahal ianya berbeza istilah mungkin kerana latar belakang pendidikan dan pengkhususan orang tersebut. Dan, antara 2 tajuk ini saling kait-mengait. Persoalannya, kenapa seorang lagi dipandang rendah ??

Siapa kata orang yang ramai mad'u lebih mantap dakwahnya daripada yang kurang mad'u. Siapa kata lulusan Timur Tengah lebih hebat daripada lulusan Negara Barat. Siapa yang berkata sedemikian, Siapakah dia ?? Adakah dia tahu tahap TAQWA seseorang ?? Seolah-olah dia meletakkan dirinya setaraf dengan Allah, kerna mengatakan dia hebat dan dia tidak.. Na'uzubillah..

gambar hiasan

Dalam hal ni, kita selaku pendengar perlu ubah sikap. Ubah perangai suka menghukum orang dan menentukan level. Gara-gara sikap inilah, umat berselisih malah bergaduh besar dalam masalah Ali r.a. dan Muawiyyah r.a. Siapa benar siapa salah. Itu yang disibukkan.

Padahal siapa kita, siapa Ali r.a. dan Muawiyyah r.a. ?? Mereka berdua Sahabat Rasulullah s.a.w, hidup di zaman turunnya wahyu, sedangkan kita hanya umat biasa di zaman fitnah besar. Dan kita pula yang sibuk2 nak hukum Sahabat Rasulullah s.a.w. Tak malu ke kita ??

Suka kah kita, orang lain menghukum kita pada masa akan datang. Ketika kita sudah jadi penceramah nanti, ada suara-suara mengatakan "dia ni tak hebat.. tak pelah, kita bagi chance, kita dengar.." Pasti sedih, marah dan terasa hati. Formulanya senang sahaja. Tak nak orang buat kat kita, jangan buat kat orang lain...

Akhir kata, minta maaf di atas kekasaran bahasa. Moga kita ambil faedah yang banyak. Jadilah pendengar yang baik, tidak mudah menghukum.. Neraca kehebatan adalah TAQWA. Ramai mad'u bukan satu-satunya penentu kehebatan, boleh jadi ianya istidraj. Ana menulis dan menasihat, selaku orang yang pernah dijangkiti penyakit ini. Harapan besar untuk menyedarkan orang lain. Wallahu'alam.

p/s : memilih penceramah dibolehkan jika ianya berlainan fikrah, demi menjaga fikrah agar tidak bercampur-aduk. Ini pendapat ana.

4 comments:

Ibnu Roslan said...

Syukran Akhi Anas... satu pencerahan yg bagi ana sangat-sangat menarik dan tepat ke dahi para pendokong gerakan Islam atau Du'at pada masa kini.. Moga sama-sama mendapat rahmat dan berkat dari Allah..Syukran atas perkongsian yg sangat2 menarik..Allah Yusahhil.. :)

Chencheung said...

syukran abg anas, bertambah umur semakin mematangkan.

Ramadhan Aldin said...

Jazallah...neraca taqwa nilai semua tp mcm mana pula kita nak nilai amal kita, adakah kita berdakwah atau tak? hebat atau cukupkah apa yang kita buat? sikit pencerahan akhi unais

unais said...

afwan antum semua.. untuk Ramadhan, nanti ana akan jawab dalam post baru. Harap dapat tunggu ye.. agak sibuk skrg..