Sunday, April 21, 2013

My Foundation... Asasiku...


Setahun di peringkat asasi (foundation) pun berlalu. Banyak belajar sesuatu. Pengalaman adalah guru yang terbaik dalam memberi kesan dalam hidup.

Memang tidak dinafikan lagi, tahap akademikku masih lagi rendah. masih jauh lagi untuk menggenggam segulung ijazah. Melihatkan sahabat2 lain yang sudah pun mendahuluiku sama ada dari sudut status akademik mahupun status kemasyarakatan. Bahkan adikku sendiri pun sudah melepasi tahapku itu.

Jadi, Aku mula membaca kisah-kisah kegagalan orang-orang hebat. Aku dapati kegagalan mereka jauh lebih derita daripada keadaanku. Akan tetapi mereka mampu bangkit. Maka, menjadi kewajipanku yang bergelar muslim ini lebih-lebih lagi usaha untuk bangkit.

Lalu, Aku mencari-cari di mana positifnya keadaanku ini. Apakah hikmah-hikmah, yang Allah hendakkan terhadapku.


Subhanallah.

aku sedar akan ada beberapa hikmah, dan aku yakin, masih banyak lagi hikmah-hikmah yang belum aku sedar. Kalau tidak di dunia, mungkin di akhirat nanti baru aku faham.  

Kata-kata yang biasa kita dengar,

Kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan. 

Maka, rancanglah sehebat yang boleh, rancanglah secara terperinci yang mampu, kemudian laksanakan ia dengan penuh bersungguh.

Setelah itu, Apapun yang berlaku, redhailah. Itulah rezeki kita.

Satu contoh yang mudah, Kita meminati seseorang perempuan dan merancang untuk memperisterikannya. Perempuan itu turut setuju dengan kita. Satu per satu rancangan kita berjalan lancar. Sangat bahagia. Tak sabar rasanya. Namun tidak semena-mena, takdir Allah menetapkan, perempuan tersebut dimiliki orang lain.

Apakah hidup kita sudah berakhir ? Mulut mudah melafazkan tidak, tapi hati lebih mengetahui. Hatta ada yang sampai membunuh diri sendiri dan orang lain kerna itu. Dahsyat tak dahsyat.

Tidak mendapat biasiswa, ditolak permohonan kerjaya, tidak dapat menyambung pengajian di luar negara dan macam-macam lagi.. Itulah contoh-contoh yang boleh untuk kita renungkan.  

Fakta tentang rezeki :

[ Kalau kita kejar sesuatu yang bukan rezeki kita kejarlah sehebat manapun,tidak mungkin kita perolehinya.
Dan jika kita nak larikan diri dari rezeki kita, larilah sejauh manapun, ia pasti akan jadi milik kita.]

Dengan kehendak Allah, banyak perkara yang kita tidak sangka berlaku, Mungkin inilah salah satu ujian Allah untuk meningkatkan darjat kita, dari jahil kepada tahu, dari tahu kepada amal. Nak buktikan, apakah kita benar dengan apa kita yakin.

Lalu aku sedar dan hargai sesuatu.

Tidak semua ilmu boleh kita perolehi dari pembacaan buku, silibus pembelajaran di universiti dll.

Banyak juga ilmu yang diperolehi hasil pengalaman hidup kita. Ilmu berinteraksi dengan orang, ilmu tradisional, ilmu ni ilmu tu.. senang citer, pelbagai ilmu la. Hehe.


Benarlah, ilmu yang Allah beri pada kita selaku manusia hanyalah ibarat setitis air daripada 7 lautanNya. Jadi, janganlah takabur hanya kerana merasakan sudah mahir satu-satu ilmu.

Mungkin Allah nak aku beralih sebentar daripada terkejar-kejar menghabiskan silibus degree, kepada mempelajari serba sedikit realiti masyarakat kini. Agar aku lebih kenal apakah cara rawatan yang sesuai bagi penyakit ummah pada era ini. Mungkin benar sangkaanku ini dan mungkin tidak.

Apa-apapun, aku mohon dikurniakan inayah dan diberikan kekuatan untuk menempuh hari-hari sebelum aku dijemput kembali. Wallahu 'alam..  

Nantikan perkongsian ana dalam post2 akan datang. :-)

 




 

0 comments: