Tuesday, May 14, 2013

Senyuman bernilai RM200.


Pernah satu hari tu, ana dengar ceramah seorang ustaz berkenaan adab sesama manusia. Rasa tertarik dengan penyampaian yang diberi.

Pembaca sekalian,
Berdasarkan hadis Nabi Sallallahu 'Alai Wasallam : Senyuman kamu kepada wajah saudaramu itu sedeqah.

Ustaz itu cuba untuk menggambarkan nilai sebuah senyuman. Dia beri satu situasi yang ana rasakan sangat best.

* * *

Satu hari, seorang suami bersiap-siap untuk pergi ke tempat kerja. Kebiasaannya, Sebelum keluar dari rumah, si isteri akan menguntumkan senyuman yang manis, mengiringi suami ke muka pintu dan mencium tangannya.

Tapi pada hari itu, si isteri bermuram muka. Tiada senyuman. Seperti ada yang tak kena.

Ketika dalam pemanduan kereta, si suami ligat berfikir akan kelakuan isterinya tadi. 

 "Ada masalah apa ya bini aku ni ? 
Tak sihat ke ? tapi makan berselera je. Hmm.. "

Kerana tidak fokus dengan pemanduan, salah satu tayar kereta terjatuh ke dalam lubang dan pancit serta merta. Innalillah. Musibah di pagi hari.

Selalunya si suami mampu mengelak lubang itu dengan mudah kerana sudah biasa gunakan jalan yang sama. Tapi kalau dah lalai, benda yang biasa dan mudah pun, tak dapat dielak.


Akhirnya si suami terpaksa membelanjakan RM200 untuk menggantikan tayar yang baru dan tiba lewat di tempat kerja.

* * *

Bila kita fikir balik, jika si isteri tadi melirikkan senyuman yang manis seperti kebiasaannya, hampir pasti si suami dapat memberikan tumpuan sepenuhnya pada pemanduan itu. Kesannya, lubang tersebut dapat dielak dan tayar kereta tidak pancit.  

Jadi, betapa besarnya nilai senyuman isterinya tadi. Hanya dengan seukir senyuman yang mudah, dapat menyelamatkan RM200 (harga sebuah tayar). Malah menjimatkan masa dan tenaga. Hebat kan ?

Nak bagi mudah faham, begini >>

 Senyuman si isteri =  RM2xx (harga tayar, masa dan tenaga)
Pilih salah satu. 

(erk, ana tak kata senyuman isteri macam tayar kereta..
 huhu jauh sekali)

Itulah logiknya sabda Baginda Sallahu 'alaihi Wasallam bahawa senyuman itu sedeqah. Logik kan ? (harap-harap semua faham. huhu) Oleh itu, jangan kedekut untuk sedekahkan senyuman pada orang ramai. Jiwa kita tenang melihatnya. Yang berat terasa ringan. Usaha yang kecil tapi kesan yang sangat besar.
Jadi, Apa lagi ?

Jom Senyum..
Tadaa...  


0 comments: