Friday, August 2, 2013

Sirah Rasulullah s.a.w berulang ?

Bismillah. Dengan nama Allah, aku menulis.
Alhamdulillah. Pada cuti semester yang lepas (Jun 2013), berpeluang menyertai kembara dakwah di kawasan pedalaman Sabah. Itu merupakan pertama kali ana jejakkan kaki ke Bumi di bawah bayu.
Apa yang menarik bagi ana, situasi yang berlaku di sana ada banyak persamaan dengan Sirah Nabi s.a.w. Insya Allah, ana kongsikan di sini.

Pertama,
Saudara baru kita di sana, walaupun ilmu dan pengetahuan mereka tentang Islam sangat sedikit, mereka tetap sampaikan Islam itu kepada orang lain. Bermula dengan ahli keluarga, jiran tetangga dan kawan-kawan. Mereka menceritakan kebenaran Islam dan keindahannya dengan penuh semangat. Malah mereka buktikan dengan kesungguhan mereka mempelajari, melaksanakan ibadah dan membangunkan kehidupan mereka. Kampung mereka bertambah bersih, mengecat rumah-rumah dan lain-lain lagi.


Pemandangan Kampung Padang : rumah dicat 

Begitulah yang berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w. di mana para Sahabat r.a. yang baru memeluk Islam, tanpa bertangguh-tangguh, menyebarkan Islam kepada orang lain. Walaupun hanya mengetahui satu ayat, Para Sahabat r.a. sampaikan kepada masyarakat Arab.

Maka, ana rasa sangat segan dan malu kerana kita ini yang sudah lama memeluk Islam, mempelajari Islam sejak sekolah rendah dan menghafal beberapa surah Al-Quran dan beberapa potong Hadis Rasulullah s.a.w,  Berapa sangat Islam yang kita dah ceritakan kepada orang lain. Sedangkan Islam itu rahmat bagi seluruh alam tapi seolah-olah kita hadkan rahmat itu hanya untuk diri kita sahaja. Astaghfirullah.

Kedua,
                Sepanjang kami di sana, perjalanan kami ke beberapa tempat dibantu oleh mereka yang belum Islam terutamanya sebagai pemandu kereta pacuan empat roda. Dalam kereta, kami yang Islam ni banyak tidur terutama ana (huhu.. sebab pening2). Tapi abang-abang tu (yang belum Islam) memandu kereta berjam-jam lamanya dan berjaga demi kelancaran program kami. Mereka lebih banyak berkorban dan lebih letih berbanding kami. Subhanallah.

Abg Julius (t-shirt merah), pemandu kami yang ketika itu belum Islam.
Alhamdulillah yang latest, beliau dan isteri telah memeluk Islam. 
                Begitu jugalah yang berlaku pada peristiwa Hijrah Rasulullah s.a.w di mana seorang pemandu arah diupah Baginda s.a.w. demi kelancaran Hijrah ke Madinah tersebut. Allahu Akbar.

                Maka, kita selaku orang Islam. Sepatutnya kita yang lebih banyak membantu usaha-usaha menyebarkan Islam kerana itu agama kita sendiri. Itu tanggungjawab dan amanah kita sebagai khalifah. Tapi malangnya, realiti hari ini membuktikan bahawa orang Islam sendiri juga yang menyusah-nyusahkan Islam dari dilaksanakan malah ada yang menghalangnya. Innalillah.

Ketiga,
                Di sana, Ana dapat berkenalan dengan seorang pakcik yang baru memeluk Islam. Diceritakan bahawa pakcik itu sebelum ini antara orang yang paling kuat menentang Islam. Kalau nampak orang Islam je, dia rasa nak pukul. Tapi kini, kalau ada orang menghina Islam, pakcik itu sanggup pukul orang tersebut. Subhanallah.

                Demikian juga Para Sahabat r.a. sebagai contoh Umar al-Khattab r.a., beliau antara orang yang paling memusuhi Islam dan bersungguh-sungguh ingin membunuh Rasulullah s.a.w. Akan tetapi, selepas cahaya Islam menyinari hatinya, Umar r.a. adalah orang yang paling berani mencabar mereka yang ingin menghalang Islam. Allahu Akbar.


Mungkin ada banyak lagi persamaan yang ana tak sedar tapi apa yang penting ialah kita mengambil pengajaran dari semangat dan usaha kuat saudara-saudara baru SeIslam kita dalam mempelajari, melaksanakan dan menyebarkan Islam. Ana yakin, alasan-alasan kita untuk mengelakkan diri dari berdakwah selama ini tak boleh diterima. Mereka di sana telah membuktikannya. Maka, apa lagi..dengan kemampuan kita,  Jom sebar Islam !!!

               
               



Tuesday, May 14, 2013

Senyuman bernilai RM200.


Pernah satu hari tu, ana dengar ceramah seorang ustaz berkenaan adab sesama manusia. Rasa tertarik dengan penyampaian yang diberi.

Pembaca sekalian,
Berdasarkan hadis Nabi Sallallahu 'Alai Wasallam : Senyuman kamu kepada wajah saudaramu itu sedeqah.

Ustaz itu cuba untuk menggambarkan nilai sebuah senyuman. Dia beri satu situasi yang ana rasakan sangat best.

* * *

Satu hari, seorang suami bersiap-siap untuk pergi ke tempat kerja. Kebiasaannya, Sebelum keluar dari rumah, si isteri akan menguntumkan senyuman yang manis, mengiringi suami ke muka pintu dan mencium tangannya.

Tapi pada hari itu, si isteri bermuram muka. Tiada senyuman. Seperti ada yang tak kena.

Ketika dalam pemanduan kereta, si suami ligat berfikir akan kelakuan isterinya tadi. 

 "Ada masalah apa ya bini aku ni ? 
Tak sihat ke ? tapi makan berselera je. Hmm.. "

Kerana tidak fokus dengan pemanduan, salah satu tayar kereta terjatuh ke dalam lubang dan pancit serta merta. Innalillah. Musibah di pagi hari.

Selalunya si suami mampu mengelak lubang itu dengan mudah kerana sudah biasa gunakan jalan yang sama. Tapi kalau dah lalai, benda yang biasa dan mudah pun, tak dapat dielak.


Akhirnya si suami terpaksa membelanjakan RM200 untuk menggantikan tayar yang baru dan tiba lewat di tempat kerja.

* * *

Bila kita fikir balik, jika si isteri tadi melirikkan senyuman yang manis seperti kebiasaannya, hampir pasti si suami dapat memberikan tumpuan sepenuhnya pada pemanduan itu. Kesannya, lubang tersebut dapat dielak dan tayar kereta tidak pancit.  

Jadi, betapa besarnya nilai senyuman isterinya tadi. Hanya dengan seukir senyuman yang mudah, dapat menyelamatkan RM200 (harga sebuah tayar). Malah menjimatkan masa dan tenaga. Hebat kan ?

Nak bagi mudah faham, begini >>

 Senyuman si isteri =  RM2xx (harga tayar, masa dan tenaga)
Pilih salah satu. 

(erk, ana tak kata senyuman isteri macam tayar kereta..
 huhu jauh sekali)

Itulah logiknya sabda Baginda Sallahu 'alaihi Wasallam bahawa senyuman itu sedeqah. Logik kan ? (harap-harap semua faham. huhu) Oleh itu, jangan kedekut untuk sedekahkan senyuman pada orang ramai. Jiwa kita tenang melihatnya. Yang berat terasa ringan. Usaha yang kecil tapi kesan yang sangat besar.
Jadi, Apa lagi ?

Jom Senyum..
Tadaa...  


Wednesday, May 8, 2013

NEGATIF oh NEGATIF...


Ramai orang risau ditimpa penyakit,
Tapi ABAIKAN penjagaan kesihatan.

Ramai student tak nak gagal dalam exam,
Tapi TAK MAHU target 4 flat.

Ramai orang tak suka dibenci,
Tapi JARANG sekali menyayangi.

Ramai orang takut masuk neraka,
Tapi MALAS buat amalan ahli syurga.


                     ABAIKAN
                                              TAK MAHU
                     JARANG
                                              MALAS

Ini realiti kita

Pemikiran NEGATIF dah mendahului yang POSITIF. Hidup dalam ketakutan, kerisauan, putus asa, tekanan dan pelbagai lagi sifat yang negatif.

Kesannya

Kita susah untuk meningkat dan tidak berani mencuba. Malah kita sangat mudah terjatuh dalam perkara negatif itu.

Maka, 

Letakkan diri kita di tempat yang sangat positif, insya Allah yang negatif itu dapat dielakkan.
Semakin tinggi kita mendaki, semakin selamat kita dari bencana banjir.

Ingat,
Islam itu yang tertinggi. Tiada yang lebih tinggi daripadanya. Jom, tingkatkan prestasi diri !!

Sunday, April 28, 2013

Biar simple, asalkan Faham.


Baru-baru ni ada kursus pemantapan keluarga bahagia yang diadakan pada 19 dan 20hb April 2013 di KUIN.

Ana tertarik dengan satu pengisian berkenaan Akidah. So ingat nak kongsi kat sini. Boleh kot noh ? Kalau xboleh pun, ana nak kongsi jgk. Blog ana kan.. haha.

Ok2 serius skit, Ehem..  citernye camni. Jeng jeng jeng..

Kalau kita tengok dalam sirah, Rasulullah sallahu 'alahi wasallam bukanlah jenis seorang yang banyak bercakap (berceramah sana-sini). Biasanya Baginda sallahu 'alahi wasallam akan sampaikan sesuatu dengan ringkas dan padat (jami' mani').


Apa yang penting dan utama ialah mesej itu difahami para sahabat r.a. dengan kefahaman secerah mentari lalu mereka yakini, beramal dan menyebarkannya.

Very simple but effective. 

Tidak perlu pun masa berjam-jam untuk ceramah sehingga berbuih-buih mulut (bukan sawan tau. huhu). Merah-merah telinga mendengar (ye kot noh). Kadang-kadang sampai ter'over' dengan lawak-lawak yang mungkin tidak perlu.

Ayat-ayat Quran yang disampaikan takde la banyak sangat. Hadis lagi la kurang. Kata-kata Salafussoleh, jarang-jarang sekali. Yang banyaknya lawak jenaka.. Hahaha Huhuhu Hihihi Hohoho.. < Rileks la bro. Control skit gelak tu.

Kesannya, ramai yang suka dengar ceramah yang melucukan ini tapi tidak faham mesej utama yang nak disampaikan. Betul jugak ek. Suka dengar ceramah sebab lawak, bukan sebab nak tuntut ilmu. Hm..

 Majlis ilmu Rasulullah sallahu 'alahi wasallam pula tidak semestinya di masjid sahaja. Adakalanya di dalam kamar tidur, di atas unta, di jamuan makan dan lain-lain tempat lagi.

Dan tidak semestinya dengan berceramah. Adakalanya Rasulullah sallahu 'alahi wasallam lakukan sesuatu perbuatan dan adakalanya Rasulullah sallahu 'alahi wasallam hanya tersenyum dan mengangguk sahaja.* Inilah Islam. Luas lagi menyeluruh (syumul).

Satu lagi perkara yang penting bagi ana ialah memberikan kefahaman pada orang dengan cara yang paling mudah difahami. Permudahkanlah... jangan kau susahkan...

Menjadi trend sebahagian guru atau ustaz yang sengaja menggunakan cara yang susah supaya dirinya tampak hebat.

" uish.. kemaih (kemas dlm dialek utara) noh ustaz tu. Benda payah ni tp dia boleh faham.. Paiy!! "

Moga-moga kita dijauhkan dari penyakit-penyakit hati dan diberikan kemampuan untuk memberikan kefahaman pada orang lain semudah yang mungkin.

Apa yang penting ? Kefa..haman !! (tiru wonderpet. huhu).

Wallahu 'alam.

*Boleh rujuk ulum hadis.

Sunday, April 21, 2013

My Foundation... Asasiku...


Setahun di peringkat asasi (foundation) pun berlalu. Banyak belajar sesuatu. Pengalaman adalah guru yang terbaik dalam memberi kesan dalam hidup.

Memang tidak dinafikan lagi, tahap akademikku masih lagi rendah. masih jauh lagi untuk menggenggam segulung ijazah. Melihatkan sahabat2 lain yang sudah pun mendahuluiku sama ada dari sudut status akademik mahupun status kemasyarakatan. Bahkan adikku sendiri pun sudah melepasi tahapku itu.

Jadi, Aku mula membaca kisah-kisah kegagalan orang-orang hebat. Aku dapati kegagalan mereka jauh lebih derita daripada keadaanku. Akan tetapi mereka mampu bangkit. Maka, menjadi kewajipanku yang bergelar muslim ini lebih-lebih lagi usaha untuk bangkit.

Lalu, Aku mencari-cari di mana positifnya keadaanku ini. Apakah hikmah-hikmah, yang Allah hendakkan terhadapku.


Subhanallah.

aku sedar akan ada beberapa hikmah, dan aku yakin, masih banyak lagi hikmah-hikmah yang belum aku sedar. Kalau tidak di dunia, mungkin di akhirat nanti baru aku faham.  

Kata-kata yang biasa kita dengar,

Kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan. 

Maka, rancanglah sehebat yang boleh, rancanglah secara terperinci yang mampu, kemudian laksanakan ia dengan penuh bersungguh.

Setelah itu, Apapun yang berlaku, redhailah. Itulah rezeki kita.

Satu contoh yang mudah, Kita meminati seseorang perempuan dan merancang untuk memperisterikannya. Perempuan itu turut setuju dengan kita. Satu per satu rancangan kita berjalan lancar. Sangat bahagia. Tak sabar rasanya. Namun tidak semena-mena, takdir Allah menetapkan, perempuan tersebut dimiliki orang lain.

Apakah hidup kita sudah berakhir ? Mulut mudah melafazkan tidak, tapi hati lebih mengetahui. Hatta ada yang sampai membunuh diri sendiri dan orang lain kerna itu. Dahsyat tak dahsyat.

Tidak mendapat biasiswa, ditolak permohonan kerjaya, tidak dapat menyambung pengajian di luar negara dan macam-macam lagi.. Itulah contoh-contoh yang boleh untuk kita renungkan.  

Fakta tentang rezeki :

[ Kalau kita kejar sesuatu yang bukan rezeki kita kejarlah sehebat manapun,tidak mungkin kita perolehinya.
Dan jika kita nak larikan diri dari rezeki kita, larilah sejauh manapun, ia pasti akan jadi milik kita.]

Dengan kehendak Allah, banyak perkara yang kita tidak sangka berlaku, Mungkin inilah salah satu ujian Allah untuk meningkatkan darjat kita, dari jahil kepada tahu, dari tahu kepada amal. Nak buktikan, apakah kita benar dengan apa kita yakin.

Lalu aku sedar dan hargai sesuatu.

Tidak semua ilmu boleh kita perolehi dari pembacaan buku, silibus pembelajaran di universiti dll.

Banyak juga ilmu yang diperolehi hasil pengalaman hidup kita. Ilmu berinteraksi dengan orang, ilmu tradisional, ilmu ni ilmu tu.. senang citer, pelbagai ilmu la. Hehe.


Benarlah, ilmu yang Allah beri pada kita selaku manusia hanyalah ibarat setitis air daripada 7 lautanNya. Jadi, janganlah takabur hanya kerana merasakan sudah mahir satu-satu ilmu.

Mungkin Allah nak aku beralih sebentar daripada terkejar-kejar menghabiskan silibus degree, kepada mempelajari serba sedikit realiti masyarakat kini. Agar aku lebih kenal apakah cara rawatan yang sesuai bagi penyakit ummah pada era ini. Mungkin benar sangkaanku ini dan mungkin tidak.

Apa-apapun, aku mohon dikurniakan inayah dan diberikan kekuatan untuk menempuh hari-hari sebelum aku dijemput kembali. Wallahu 'alam..  

Nantikan perkongsian ana dalam post2 akan datang. :-)

 




 

Saturday, June 23, 2012

Ada apa dengan Forum " Travelog cintaku " ?

Gambar hiasan
Apakah yang dimaksudkan dengan cinta ?

Pabila soalan pertama ini diajukan kepada Ust. Ahmad Nasir bin Awang (hafidzohullah), Ustaz berkata :

" Cinta itu adalah sesuatu yang maknawi. Ia tidak dapat dilihat, didengari ataupun disentuh. Akan tetapi ianya dapat dirasa.

 Kalau tidak kerana cinta,
    seorang ibu tidak akan menyusukan anaknya.
    seorang guru tidak akan mendidik anak muridnya.
    seorang suami tidak akan memberi nafkah kepada isteri dan anaknya.

betapa pentingnya Cinta..

Cinta adalah fitrah yang suci dan murni..  akan tetapi, jika ianya disalahguna, ia kan berubah menjadi racun yang membunuh iman, jiwa dan sikap kita. "

Kemudian Ustaz membacakan hadis yang menceritakan tentang 3 resepi dalam memperolehi Kemanisan Iman.
1. Mencinta Allah dan rasulNya lebih daripada yang lain.
2. Mencinta seseorang itu hanya kerana Allah.
3. Benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana bencinya kita untuk dimasukkan ke dalam neraka. "

Kemudian Ustaz ada menerangkan jika seseorang suami itu memegang dan mengusap tangan isterinya, dia akan mendapat pahala.

Bila dengar point ini, ana terfikir....

    Bagi mereka yang belum berkahwin, tiada tangan isteri yang mampu diusap. Sedangkan inilah perkara yang membuatkan anak dara dan teruna tersenyum sorang-sorang bila membayangkan. Boleh dikatakan, inilah fantasi mereka.

    Akan tetapi, kita mungkin terlupa bahawa di sana ada BANYAK lagi tangan-tangan yang halal untuk kita sentuh dan usap, iaitu tangan Ibu Ayah kita.. tangan Atuk Nenek.. tangan Pakcik Makcik dan tangan adik-beradik kita..

    Tangan-tangan itu jarang sekali kita usap dan belai. Padahal di situ, ada pahala yang lebih besar dijanjikan Allah. Bila tangan-tangan itu perlu dipimpin, kita endahkan. Kita lebih mengharapkan tangan yang belum pasti, berbanding berpuluh-puluh tangan yang sedia ada.

    Ada satu lagi tangan yang jarang diusap dan dipegang terutama di Malaysia. Itulah tangan para ulama' dan guru. Kita hanya mencium tangan mereka di akhir kuliah. Itu pun jarang-jarang berlaku.

    Sedangkan di negara Arab, seorang 'alim akan mengenggam mesra tangan anak muridnya tatkala mendengar persoalan, permasalahan mahupun hanya sekadar bertanyakan khabar. Dan seorang sahabat akan memimpin tangan sahabatnya dalam mengajaknya melakukan kebaikan.

    Akhir kata, Mudah-mudahan kita tidak terhanyut dengan fantasi yang belum menjadi realiti. Masih banyak lagi amanah yang belum tertunai. Utamakan yang utama. Wallahu 'alam.

Tuesday, January 31, 2012

Kembali bergelar pelajar.

  

 
     DARUL AMAN... Tempat baru bagiku.. Berkelana demi meneruskan jihad mata pena. KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH (KUIN) berpusat di Alor Setar, sedang aku jadikan 'lubuk' untuk mengutip seberapa banyak ilmu yang mampu.

    Allah musta'an.. Pernah sebelum ini, ana menulis tentang berbaik sangka kepada Allah. Yakin dengan segala Qada' dan QadarNya. Walaupun pada pandangan kita ianya merugikan, Yakinlah, ada hikmah yang tersirat.

    Kini, Allah menguji ana. Apa yang ana tulis dikembalikan kepada ana. Sejauhmana pula ana mengamalkan tulisan ana tadi. Allahu Akbar.. Berat sungguh. Ana terpaksa mengulang kembali pengajian ana di tahap Asasi (setaraf STAM @ STPM). Walaupun telah meninggalkan bangku sekolah menengah pada tahun 2007. Sudah 5 tahun berlalu, namun kelulusan tertinggi ana hanyalah SPM dan sijil itu hanya valid untuk tempoh 5 tahun sahaja.

    Allah.. Allah.. Perasaan ana gundah-gulana. Resah dan risau. Melihat sahabat-sahabat yang lain telah graduate @ hampir kepadanya. Di mana pula aku ? Allah.. Allah.. Melihat adik-adik di bawah sedang meningkat tahap pelajaran mereka. Aku pula masih di tampuk lama. Sampai bila Ummi Abah nak menanggung perbelanjaanku ? Allah.. Allah..

    Melihat beberapa orang Ikhwah yang telah kembali ke Yaman untuk meneruskan pengajian mereka, tambah rasa cemburu (Ghibthoh). Keadaan di sana masih belum stabil, namun mereka tekad menempuhnya. Moga Allah menjaga keselamatan Antum. Sebelum ini kami bersama, kini semuanya terpecah. Masing-masing menyusuri laluan Takdir yang Allah aturkan. Insya Allah, kita akan bertemu lagi.

    Allah.. Allah..  Paling menusuk hati ini, ketika seorang Pensyarah di sini menjawab permintaan dan rayuan ana untuk membuat pemindahan kredit (dari Yaman). Beliau menolaknya dan berkata :

                    " Kamu sendiri yang pilih jalan itu, kamu kena lah terima risiko-risikonya. "        

    Bagai kilat menyambar jantungku. Benar katanya. Cuma terlalu pedih untuk menerimanya. Aku menangis semahu-mahunya. Mohon ampun pada Yang Maha Mengatur, agar dijauhkan dari perasaan menyalahkan takdirNya, tidak redha dan putus asa. Aku banyak membisu. Berfikir.. Muhasabah.. Istighfar..

    Alhamdulillah.. Perasaan itu dapat dijauhi. Ana memandang diri sendiri dan membandingkannya dengan Allah. Jurang yang teramat jauh antara hamba dan Pencipta. Tidak pantas untuk kita berasa tidak puas hati denganNya. Keimanan terhadap Allah dan Hari Akhirat dijernihkan.

    Ana berfikir dan membuat satu prinsip baru. Dipandang hina di dunia bukanlah masalah besar. Yang penting, apa kedudukan ana di Akhirat nanti. Berjayakah ana memperoleh Ijazah Penghuni Muda Syurga Firdaus dengan kepujian ? Terselamatkah ana dari terpaksa mengikuti kelas pemulihan di Neraka Allah ? Allahu Akbar..

    Insya Allah, sekalung Ijazah di dunia ini, akan ku cuba dapatkan sedaya yang mungkin. Tapi yang lebih utama adalah tadi. Ijazah suratan amal di tangan kanan (Ashabul Yamin) dan Kad Matrik ahli Syurga. Itulah yang paling wajar ana bermati-matian menggarapnya. Wallahu 'alam.

    Mohon diberikan kekuatan untuk mentaati Allah dalam apa jua keadaan. Diberi perlindungan dari syaitan yang sentiasa menyesatkan. Akhir kata, Tiada had umur dalam menuntut ilmu. Ilmu menjadikan kita lebih takut kepada Allah. Moga dikurniakan Hikmah sebenar ILMU itu. Amin.