Wednesday, April 29, 2009

Summer Camp Student Thailand

Alhamdulillah.. segala puji bagi Allah yang telah memberikan ana kesempatan untuk menjadi salah seorang fasilitator ataupun murabbi sepanjang program bersama student Thailand.

Baru² ini telah pun berlangsung satu program dinamakan Mukhayyam Lughawi selama 3 minggu di Kolej Jaiputra anjuran WAMY Thailand dan Kolej Jaiputra. Program ini melibatkan seramai 96 orang peserta yang berumur antara 12 hingga 21 tahun.



Bagi ana, cabaran yang paling besar dalam mengendalikan program ini ialah masalah komunikasi antara kami ( fasilitator ) dan peserta program. Kami cakap lain , mereka faham lain. Kami gunakan apa sahaja bahasa yang kami mampu untuk menyampaikan mesej kami. Akhirnya terpaksalah kami menggunakan bahasa isyarat. Barulah mereka faham..

Fokus program ini adalah melatih peserta bertutur dalam bahasa Arab, Inggeris dan Melayu disamping Tarbiyah Islamiyyah menjadi hadaf jangka masa panjang. Solat berjama'ah ditekankan, bacaan Qur'an, puasa sunat dan lain² budaya Islam.

Kami sempat membeli-belah bersama para peserta di KB Mall, Bermandi-manda di Jeram Linang, Melawat Razali Batik dan macam-macam lagi.

bergambar di Jeram Linang

Dalam kesibukan menjaga kebajikan peserta, ana diminta untuk berkongsi pengetahuan ana dalam menulis blog. Unit Media dan Komunikasi, MPP Kolej Jaiputra meminta ana supaya memberi sedikit tunjuk ajar dalam meng' create' blog. Agak susah lah pada mulanya namun ana cuba jugak untuk menyahut cabaran itu.


Bagi ana, memang payah kita nak bekerja bersama dengan teknologi ni sebab kadang² ia suka sangat buat masalah.. sehinggakan sesuatu program itu blh terbatal. Di sini ana selitkan gambar² siswa dan siswi kolej Jaiputra sepanjang slot perkongsian ana tu..









Pejam celik pejam celik, 3 minggu pun sudah berlalu. Kini tibalah masa untuk kami berpisah dengan para peserta mukhayyam tu. Rasa macam sekejap sangat. Mula² rasa macam lama sangat nak habis. Malam terakhir tu, kami bergambar, bermesra, ada yang ajar kami untuk tidur sekali.

Setelah selesai majlis penutup, kami mencari semua peserta dan bersalaman sesama mereka. Walaupun kami hanya bertemu sebentar tapi rasa seolah-olah dah lama kenal. Kami berpelukan. Rasa macam nak terkeluar air mata tapi nasib baik ana dapat bertahan. Adik² peserta mengajak kami supaya menziarahi mereka di Thailand. Kami pun teringin jugak. Mudah²an kami berkesempatan pergi ke sana. Insya Allah, kita jumpa lagi.

bersama peserta mukhayyam

Allah berfirman " Dan di antara tanda²nya, Dia menciptakan langit dan bumi, dan menjadikan lidah² dan warna kulit kamu berbeza. "

Uhibbukum Fillah.. Wallahu 'alam..

Sunday, April 5, 2009

Asif.. Lama xupdate

Alhamdulillah, masuk hari ni, dah genap sebulan ana berada di Kelantan. Satu pengalaman baru bagi ana. Berada di medan yang baru.. bersama mereka yang baru ku kenali.. dan menempuh satu cabaran yang baru..

Kolej Jaiputra.. nama asalnya Jaipetra.. Rupa2nya terdapat beberapa orang guru ana masa di Hira' dulu, adalah lepasan kolej ini. Cth, Muallimah Nordina, Muallimah Ummu Khadijah, Muallimah Aniza Arbain dan Muallimah Norwardah Opir.

Kolej ini terletak berhampiran Pantai Cahaya Bulan ( PCB ) . Kalau di Hira' dulu dekat jugak dengan pantai.. Pantai Remis. Tapi malangnya kedua-dua pantai ini tidak selamat untuk kita bermandi-manda. Tetapi ini suatu peluang untuk ana menikmati keindahan alam milik Allah ini.
Hatta mereka yang putus cinta ataupun ada masalah dengan couple masing2 pun, pergi ke tepi pantai untuk menenangkan diri.. Kenapa ye ?? Apa kaitannya kita tengok pantai dengan ketenangan diri ??

Bagi ana, pantai itu merupakan salah satu daripada makhluq Allah yang tidak pernah ingkar padaNya. Bila kita renung ombak pantai yang beralun-alun itu, kita bandingkan dengan diri kita. Kita yang kerdil ini selalu melanggar suruhan Allah. Padahal besar manakah kita nak dibandingkan dengan pantai ?? Renung2kan.

Di sini, ana cuba berpeluang mempelajari bahasa Kmyer iaitu bahasa rasmi Kemboja. Ana juga sedang belajar bahasa Thailand. Kebetulan pelajar2 dari Thailand sedang berkursus di Jaiputra selama 3 minggu. Walaupun begitu, ana hanya belajar pada pertuturan bukan pada penulisan.

Wallahu 'alam. Ana mohon maaf kerana tak dapat update blog slalu kerana jarang2 skali dapat berjumpa dengan komputer yang boleh online. Doakan ana thabat atas jalan.

Firman Allah swt :
"Dan sejahteralah bagi mereka yang mengikuti jalan hidayah"

Thursday, February 19, 2009

Busy sikit..

Assalamualaikum wbt, ana nak minta maaf kat anda semua kerana sekarang ni ana dalam mood perpindahan. Ana nak maklumkan yang ana akan berpindah kolej ke Kelantan. Insya Allah ke Kolej JAIPUTRA, Pantai Cahaya Bulan awal bulan Mac ini. Oleh kerana itu ana tak sempat nak update blog ana ni. Ana tak dapat bayangkan bagaimana suasana di sana nanti.


Apa-apapun ana nak minta maaf atas segala kesalahan ana terhadap anda semua terutama mereka yang mengenali ana sewaktu di Kajang. Lebih khusus lagi di Taman Damai Mewah. Banyak perkara yang ana telah pelajari dan tempuhi sepanjang berada di Kajang. Terima kasih ana ucapkan kepada mereka yang banyak membantu ana di sana.

Akhir sekali, doakan Allah mempermudahkan urusan ana di Kelantan nanti dan dapat mengikuti program Tarbiyah dan Dakwah di sana dengan baik dan thabat. Mudah²an medan dakwah yang baru untuk ana itu akan menjadikan diri ana lebih baik daripada yang sebelum ini. Kalau ada kelapangan, ziarah² ana di sana. Wallahu 'alam.

Wahai penduduk Kelantan sekalian!! Tunggulah kedatanganKu.!!

Ambo nok blaja kecek Klate.. Kalu ado saloh tolong betulkey..
Kalu boleh, ambo nok biso kecek klate..


Gomo Klate gomo..

( note : loghat Kelantan ditunjuk ajar oleh Eming )

Tuesday, February 3, 2009

Karamah di Gaza..


Ada beberapa orang ikhwah kita di Malaysia telah sempat mengadakan ziarah di Gaza. Mereka membawa pulang berita² dan peristiwa² tentang perihal masyarakat di sana. Ana rasa kita semua telah tahu apa itu Karamah??

Karamah ini adalah satu keajaiban yang Allah berikan kepada mereka yang terpilih di kalangan orang yang soleh. Terdapat beberapa karamah yang berlaku tatkala Gaza diganyang tentera Zionis Laktullah.

1. Ada seorang Komander Hamas mengarahkan supaya tenteranya tidak melepaskan roket. Namun terdapat roket telah dilepaskan di mana roket itu yang tidak diketahui dari mana ia dilancarkan sedangkan bilangan roket milik tentera Hamas masih belum digunakan.

2. Seorang tentera Yahudi buta matanya apabila terdapat seorang lelaki berbaju putih melemparkan pasir ke arahnya.

Majoriti penduduk di Gaza sentiasa menyebut kalimah " الحمد لله " . Ana beri satu gambaran tentang pertuturan mereka.

" setakat ni semua anak perempuan ana syahid termasuk isteri ana.. Alhamdulillah "

" Ana punya tulang belakang dan tulang punggung terpisah.. Alhamdulillah "
Daripada percakapan mereka, kita dapat kesan bahawa mereka ini bukan calang² orang. Mereka telah dididik dengan kesusahan dan ditarbiyah dengan Islam yang syumul. Tahap kehamilan dan kelahiran di sana juga sangat tinggi. Dengan ini, lebih ramai lagi mujahid yang akan lahir. Allah maha berkuasa ke atas segala sesuatu.

Ana mengajak kita semua bersama-sama memboikot produk² Israel dan sekutunya. Sumbangkan apa sahaja yang kita mampu sama ada dari segi harta, masa dan tenaga. Kita mestilah berusaha bersungguh-sungguh. Bukan ala kadar je. Tapi " على قدر " iaitu atas kemampuan kita. Akhir sekali, ingatlah bahawa " والعاقبة للمتقين " Kemenangan itu milik orang bertaqwa. Wallahu 'alam..

Pemakluman Penting..

Assalamualaikum wbt, ana nak minta pertolongan daripada semua sahabat² ana yang ingin menghubungi ana di telefon bimbit, sila nyatakan nama ketika menghantar sms. Ini kerana ana ditimpa musibah. Ana disamun oleh 2 orang lelaki India di Kajang. Ana sekarang dalam proses mendapatkan semula butiran peribadi seperti kad pengenalan dan lesen memandu. Wallahu 'alam..

Tuesday, January 20, 2009

Tak sangka..

Di sini ana nak kongsikan satu pengalaman ana yang ana rasakan agak hairan dan sangat tak sangka.. Ianya bermula ketika mana ana sedang menunggu bas setelah iftar dan solat maghrib. Bas malam itu lambat datang jadi ana manfaatkan masa dengan zikir ma'thurat. Ketika itu, hanset ana berada di tangan ana.

Setelah selesai je baca ma'thurat, ada dua buah motosikal yang masing² ada dua penunggang. Salah satu motosikal sudah berada di tepi jalan besar manakala sebuah lagi berhenti di depan ana. Berlakulah satu dialog antara ana dan mereka.

" adik, ada kredit tak ?? " kata salah seorang daripada mereka.
" ada.. nape ? " jawab ana
" ni, aku nak tepon kawan aku jap.. " katanya
" nombornye apa ?? " ana bertanya

" Woi, apa nombornye ?? " orang itu bertanya kpd kwnnya yg ada di motosikal lagi satu

Ana pun tunggu lelaki tu untuk memberitahu nombor yang hendak dihubunginya. Beberapa saat kemudian, seorang lelaki menghampiri ana dan meminta hanset ana.

" kejap ye, nak minta no kat kawan depan tu.. "

Ana pun serahkan hanset tu kat lelaki tu. Motosikal tu pun bergerak ke jalan besar dan kedua-dua motosikal tu meninggalkan ana dengan laju. Lelaki tu sempat ucapkan terima kasih kat ana. Waktu tu ana hanya berdiam diri dan tergamam. Beberapa saat kemudian, bas pun tiba.

gambar hiasan.

Malam tu, ana hanya berfikir dan terus berfikir.. bermacam-macam perasaan muncul. Pelik..Tak sangka..Bengang..Marah.. Rupa²nya ada jugak orang yang mengambil kesempatan di atas pertolongan orang lain..'Bagus' btul diorang.. malam tu ana perbanyakkan istighfar. Cuba menenangkan fikiran dan emosi. Redha dengan ujian Allah..

Saudara sekalian, kalau sesuatu barang kita diambil oleh orang lain tanpa keizinan dan redha kita, semestinya kita akan marah.. Kita tidak akan percaya pada orang tu lagi. Namun, ana cuba membandingkan keadaan ana dengan keadaan saudara seIslam kita di Palestin sana. Kalau kita punya hanset dicuri pun, kita bukan main marah lagi..

Tapi mereka di Palestin telah dirampas rumah² dan tanah² mereka, Ahli keluarga mereka dibunuh, disembelih, dibom dan bermacam-macam kekejaman Yahudi Laknatullah terhadap mereka. Apakah perasaan mereka ?? Tentunya mereka lebih benci dan marah yang teramat dahsyat terhadap Yahudi itu.



Kalau barang kawan baik kita dicuri pun, kita turut marah dan cuba untuk membelanya walaupun ianya bukan barang kita, Begitulah yang sepatutnya perasaan kita terhadap rakyat Palestin.

Akhir sekali, Allah ajarkan dalam Al-Qur'an. Jika kita ditimpa musibah, ucapkanlah
" Inna Lillah Wa Inna Ilaihi Raji'un "

Tiada sesuatu pun yang kekal di dunia ini melainkan Allah.. Wallahu 'alam..

p/s : waspada dengan cara mencuri hanset yang ana beritahu ini. Semoga ia tidak menimpa kalian.



Saturday, January 10, 2009

Kembara Intisar Kajang..




Alhamdulillah akhir tahun lepas, lebih kurang dalam 6 hari, kami ( Intisar ) telah mengadakan Jaulah ke Terengganu dan Kelantan. Bagi ana, jaulah ini banyak memberi kesan kepada ana.

Kalau dalam sirah para Sahabat, Saidina Umar Al-Khatab menyuruh para sahabat yang lain bermusafir bersama supaya saling kenal-mengenal antara satu sama lain.

Kami telah berjumpa dengan ramai Qudama' dalam Dakwah. Ini adalah penting untuk mendapatkan nasihat2 dan pengalaman dari generasi awal supaya kita ( pemuda ) tidak mengulangi kesilapan mereka dan berusaha menjadi lebih baik.



bersama dengan Ust Zawawi Ali

Kami telah menziarahi seramai 7 orang tokoh dakwah. Ada yang terlibat dalam politik, ada yang terlibat dalam keusahawanan dan bermacam2 bidang lagi. Kami juga ada melawat tempat2 yang menarik di Terengganu seperti Taman Tamadun Islam dan Masjid Kristal. Kami sempat bersolat subuh di masjid di Pulau Melaka. Dapat jugak bersalaman dengan Tok Guru Nik Aziz.







Dalam jaulah ini, kami mempunyai slot bersama dengan KreAm ( Kelab Remaja Aman ) bertempat di Sekolah Menengah Islam Aman di Kota Bahru. Kami mengisi slot itu dengan pengisian, nasyid dan games.




ana sampaikan sedikit tazkirah..


Akhir kalam, tiada orang yang sempurna dalam dunia ini kecuali Rasulullah s.a.w dan kebanyakkan dari kita selalunya melihat seseorang itu dari sudut keburukan dan kelemahan. Lalu kita kata yang si fulan ni suka lakukan perkara sekian2.. dan akhirnya orang lain juga akan memandang si fulan sebegitu rupa. Bagi ana, ia adalah satu perkara yang salah. Kita sepatutnya memandang kebaikan seseorang itu supaya kita boleh ambil manfaat darinya.


Mungkinlah ada segelintir yang akan kata " saya tengok kesalahan dia supaya saya tak buat salah macam mana yang dia buat " Namun secara halus, bila kita lihat si fulan, kita akan teringat kesalahannya. Wallahu 'alam.. Bagi ana, semua ini tidaklah muktamad kerana kadang2 dalam keadaan tertentu, lebih banyak maslahat untuk kita nilai seseorang itu dengan kelemahannya.