Tuesday, March 30, 2010

Zikir..Zzzz...

Zikirullah.. zikirullah.. Zikir.. zikir.. Zzz.. Zzz..Zzzzzzz…..

Situasi ini selalu berlaku kan?? Mula2 berzikir kepada Allah.. lama kelamaan suara zikir semakin sayup2 kedengaran.. dan akhirnya kesunyian.. sudah terbang ke tempat lain.. sehingga kadang2 datang satu bunyi baru.. Bunyi apa ?? bunyi Dengkur..

Biasanya berlaku time baca ma’thurat lepas subuh.. Hmm.. teringat zaman sekolah dulu. Macam-macam stail dan gaya pelajar baca ma’thurat. Bila imam mulakan bacaan ma’thurat je,ada yang termenung tapi kebanyakkan orang jadi ngantuk lalu tertidur. Akhirnya tersedar time baca doa Rabitah. Hehe..

Sehinggakan terpaksa baca dalam keadaan berdiri untuk elakkan dari tidur. Itu pun masih tidur lagi. Sandar kat tembok musolla., kat badan kawan, kat tiang dll. Ada stail yang suruh orang tolong urut belakang. Hm.. Pernah tak kita fikir kenapa ngantuk ye bila kita zikir ke, ma’thurat ke dengar ceramah ataupun kuliah ke, dalam kelas ke..


di tiang n tembok ni la orang slalu sandar..


Mungkinlah ada segelintir kita yang tidur lewat malam ataupun tak lena tidur. Tapi kadang2 yang cukup dan terlebih tidur pun ngantuk juga. Hm.. Ini mesti kerja syaitan. Nak menyekat orang dari melakukan amal ibadah. Kalau kita tengok movie ataupun main game, tak pernah pula kita tertidur. Tapi bila study, muraja’ah hafazan Qur’an, selalunya mesti ngantuk dan tertidur..Kadang2 bila kita mula je takbiratul ihram dalam solat, terus kita menguap. Padahal sebelum tu, tak de rasa mengantuk pun. Begitu hebat dan berpengalaman syaitan ini.

Apa yang kita perlu ?? Jawapannya MUJAHADAH.. lawan balik ngantuk itu. Perbanyakkan isti’azah ( (أعوذ بالله من الشيطان الرجيم . Ataupun mungkin kita belum rasa kelazatan dan kemanisan yang ada pada zikir itu sendiri. Jika kemanisan itu sudah dikecapi, seseorang itu akan rasa kerugian jika zikir itu terputus. Ana ada satu kisah yang ingin dikongsikan.

Kisah kelazatan beribadah :

Seorang lelaki muslim yang sedang khusyu’ menunaikan solat. Dia merasakan kelazatan yang amat dalam solatnya. Sedang dia menikmati kekhusyu’kannya, telah datang seekor singa yang lapar dan berhenti di sebelah lelaki itu. Singa itu tidak menganggu lelaki tersebut menunaikan solat dan menunggunya sehingga dia selesai.

Setelah selesai dari solatnya, lelaki itu sedar akan kehadiran singa yang berhampiran dengannya. Namun dia tenang sahaja. Lalu lelaki itu berkata kepada sang singa :

“Jika kau (wahai singa), telah ditugaskan untuk membunuhku, maka lakukanlah.. Jika tidak, tinggalkanlah aku sendirian dan pergilah ke tempat lain. Aku tidak mahu terlepas peluang bermunajat kepada Allah. “

Maka singa yang lapar tersebut beredar meninggalkan lelaki muslim yang tidak mahu kelazatan dan kemanisan munajatnya terganggu.

-tamat-

Subhanallah.. betapa hebatnya khusyu’ ini. Terasa seperti tiada yang lebih penting dari mengingati Allah. Tiada yang lebih nikmat melainkan nikmat berinteraksi dengan Allah. Namun begitu, Rasulullah s.a.w. bersabda :

(أول علم يرفع من الأرض الخشوع)

“ Ilmu pertama yang diangkat dari bumi (ialah) KHUSYU’ ”

Benarlah kata Rasulullah s.a.w. Tidak ramai orang di dunia ini mampu untuk khusyu’ dalam menunaikan amal ibadah. Khusyu’ sudah diangkat. Ianya terlalu berat dan payah untuk diperolehi. Hmm.. perasan tak kita kenapa doa keluar dari tandas ada perkataan غُفْرَانَكَ yang bermaksud mohon keampunanMu ??

Ini kerana kita dituntut untuk mengingati dan berzikir kepada Allah s.w.t pada setiap hembusan nafas kita, pada setiap langkah kaki kita. Tapi ketika kita berada di dalam tandas,

mengucapkan kalimah2 suci. Setelah kita keluar dari tandas, kita mohon ampun kepada Allah kerana tidak dapat berzikir kepadaNya ketika di dalam tandas.. Itulah sebab kita istighfar.

Akhir kata, marilah kita sama-sama berzikir kepada Allah s.w.t dalam apa jua keadaan. Situasi yang ana ceritakan di awal-awal tadi kita boleh praktikkan pada satu keadaan. Keadaan apa tu?? Kita praktikkannya sebelum kita tidur pada waktu malam. Kita akhiri amalan kita pada hari itu dengan berzikir sehingga tertidur.

Jika kita tidak ditakdirkan untuk bangun pada esok paginya, kita telah pun mengakhiri hayat kita dengan kalimah yang suci. Kalimah zikrullah.. Semoga ianya menjadi penutup amalan kita ini. Amin.. Insya Allah.. Wallahu ‘alam..

Sunday, March 14, 2010

Dunia oh dunia..

Dunia oh dunia… berapakah umurmu ??

Jika ada manusia masih hidup dan dia seusia engkau, sudah pasti tidak lagi menjadi buruan.. sudah pasti tidak diidamkan lagi.. malah diharapkan agar cepat mati (berakhir).

Akan tetapi kenapa engkau tetap menjadi rebutan ?? sehinggakan ada yang sanggup berbunuhan dalam memburu engkau.. Saling khianat mengkhianat.. Kawan menjadi musuh.. Musuh jadi kawan.. Kenapa ini terjadi ?? Apakah kerana mereka sangat sayang akan kau ?? Takut kehilangan kau ??

Apa istimewanya kau ?? Apakah kerana kelazatanmu ?? ataupun kerana perhiasanmu yang membuat kau tampak awet muda ??

Tidak !! Kau penipu besar..Hakikatnya kau sudah nazak.. Banyak penyakit ada pada kau.. Tapi mereka tidak nampak hakikat sebenar itu.. Mereka sudah termakan tipuan engkau.. Mereka masih lalai.. Mereka tidak sedar bahawa tempoh hidup kau sudah tak lama.. Kehancuranmu semakin menghampiri.. Ajalmu bakal menjelma..

Cuba perhatikan lirik nasyid ni :

Inilah peringatan buat diriku yang sering lupa..

Dunia tak seindah di mata.. Dunia bukan yang disangka.. Dunia negara bala.. Penuh dengan tipu daya..

Dunia penuh alpa.. dunia penuh gundah gulana.. Dunia memang fana.. Dunia pura2..

Yang kecil mahu yang besar, yang besar makan si kecil,

Yang miskin nak jadi kaya, yang kaya miskin jiwa.

Yang muda hilang malunya, yang tua lupa usia,

Yang lemah malas usaha, yang kuat tindas sahaja..

Kumpulan Raihan.

Album Gema Alam.

Sahabatku,

Dunia ini memang enak dipandang mata.. ada macam-macam kelazatan yang kita nikmati. Makanan yang membuatkan kita terliur dan minuman yang menyegarkan tekak.. wanita jelita dan jejaka tampan.. Duit dan emas.. Pangkat dan kedudukan.. Kemewahan dan kemasyhuran.. Kuasa dan senjata.. Kemudahan dan teknologi.. dll.



Sahabatku,

Ahli Psikologi membuat kesimpulan bahawa kecanggihan teknologi hari ini telah menambahkan kegelisahan dan kerisauan dalam diri manusia.. Biar betul ?? rasa relaks je ada la.. Nak call orang senang.. nak cari maklumat senang.. Itu memang benar. Kita lihat dari sudut yang lain.

Cuba bayangkan kita tak dapat pegang handset kita dalam masa seminggu.. okla paling kurang sehari..selalunya apa kita rasa?? Tak dapat nak call awek (bagi mereka yang kaki gayut), Risau kalau-kalau ada sms penting yang kita miss. Entah-entah ada parent call ke..Ataupun bos ada minta hadir meeting ke.. Ini baru hanset. Belum lagi tv, surat khabar, radio, internet dan macam-macam lagi kemudahan teknologi masa ni.

Adakah anda setuju dengan kesimpulan mereka ??

Pernah hilang barang kesayangan yang berharga tak ?? Kadang-kadang rasa lemah.. rasa rugi.. rasa nak marah.. rasa sedih.. macam-macam lagi perasaan yang timbul.


contoh hanset mahal..

Sahabatku,

Ini merupakan tanda kita sangat cintakan dunia dan takut kehilangannya. Seolah-olah ia segala-galanya untuk kita. Lalu Allah menghantar RasulNya untuk menyedarkan kita tentang hakikat sebenar dunia.. perlu menjadikan dunia sebagai wasilah (cara) bukan sebagai matlamat.. Menyampaikan khabar tentang hari pembalasan segala amalan.. hari yang kekal abadi.. Hari Akhirat.

Ketahuilah, sesungguhnya apa yang kau rasa nikmat sangat di dunia ini hanya satu sahaja daripada 100 rahmat Allah. 1 rahmatNya sudah membuatkan dunia ini cukup hebat dan kita rasa terlalu sayang dan takut kehilangan dunia. 1 sahaja rahmatNya sudah mampu untuk menanggung apa yang ada di langit dan di bumi. Hebatnya Rahmat Allah swt.

Sedangkan 99 rahmatNya akan diturunkan pada hari Akhirat. Apa yang diinginkan oleh hati dan melazatkan pemandangan. Ia bakal dinikmati oleh mereka yang berjaya menempuh ujian di dunia. Untuk mereka yang menjual dunia demi akhirat. Dunia tidak mengaburi mereka.. Mereka sedar akan hakikat dunia.. Mereka adalah orang-orang yang beruntung.

Allah swt berfirman :

1( وَالأَخَيْرِةُ خَيْرٌ وَ اَبْقَى )

“dan hari akhirat itu lebih baik dan kekal “

2( وَلَلْأَخِرَةُ خَيْرُ لَّكَ مِنَ الْأُولَى )

“dan hari akhirat itu lebih baik untukmu daripada yang pertama(dunia) “

1 : surah Al-A’la ayat 17

2 : surah Ad-Dhuha ayat 4

Sahabatku,

Ini merupakan tazkirah ana kepada diri ana secara khususnya. Dan alangkah baiknya jika ia dapat disampaikan kepada kita semua.Sedarlah hakikat dunia ini. Jadikan ia sebagai alat untuk memburu redha Allah. Allah sayang kita. Tapi adakah kita sayang padaNya ?? Allah inginkan kita berjaya menempuhi ujianNya. Agar kita menikmati kenikmatan yang sebenar-benarnya. Syurga.. Syurga bukan tempat kita seorang sahaja. Serulah orang lain kepada Allah. Alangkah bahagianya jika semua manusia berjaya menjadi ahlinya.

Wallahu ‘alam..

Sunday, February 28, 2010

Mari Tadabbur

Bismillahir Rahmanir Rahim..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah, setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi. Selawat dan Salam ke atas Muhammad s.a.w., Nabi akhir zaman, penghulu segala Nabi, dan Nabi kita semua.

Kali ini, ana mengajak kita semua untuk mentadabbur beberapa ayat Al-Quran supaya menjadi petunjuk dan pedoman kita dalam mengharungi ujian di dunia ini.

Allah s.w.t berfirman :

“ Pada hari itu, orang-orang yang berdosa ingin sekiranya dia dapat menebus (dirinya) dari azab dengan anak-anaknya, dan Isterinya dan saudaranya, dan keluarga yang melindunginya (di dunia), dan orang-orang di bumi seluruhnya, kemudian mengharapkan (tebusan) itu dapat menyelamatkannya.

Sama sekali tidak !! sesungguhnya neraka itu api yang bergejolak, yang mengupaskan kulit kepala, yang memanggil orang yang membelakangi dan yang berpaling (dari agama), dan orang yang mengumpulkan harta benda kemudian menyimpannya (tidak keluarkan zakat),

Sesungguhnya manusia diciptakan dengan sifat suka mengeluh, Apabila ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah, dan apabila mendapat kebaikan (harta) dia menjadi bakhil.”

Surah al-Ma’arij : 11 -21

Sahabat sekalian,

Ayat ni memberi gambaran kepada kita tentang perihal mereka yang akan diazab di akhirat kelak. Allah mengunakan kalimah ‘mujrim‘ yang bermaksud orang yang melakukan dosa. Ia bersifat umum. Muslim dan Kafir boleh tergolong dalam golongan ini.

Bagi mereka yang sudah bergelar ibu dan ayah, tentu anak-anak merupakan kebanggaan mereka berdua. Anak-anak disayangi, dicukupkan segala keperluan, diharapkan anak-anak dapat menjaga mereka berdua di hari tua. Anak-anaklah permata keluarga dan bukti cinta ibu kepada bapa dan begitu juga sebaliknya.


gambar hiasan..

Bagi seorang suami, isteri adalah teman hidup yang sangat disayangi. Saling sayang-menyayangi, susah senang rumah tangga diatasi bersama, Suami berpenat lelah memberi nafkah kepada isteri, manakala isteri pula mentaati dan menjaga makan minum suami. Untuk suami, isterilah syurganya..

Masa kecil, adik-beradik adalah sahabat kita yang paling rapat.Bermain bersama, makan, belajar. Kadang-kadang gaduh, kena marah sekali. Tapi itulah yang manis. Apabila sudah dewasa, kita minta tolong dari adik-beradik dari sudut kerja, kita ziarah, kadang-kadang pinjam duit. Seronoknya ada adik-beradik..

Keluarga ataupun kaum kerabat, merupakan salasilah asal kita. Dari moyang ke atuk, kemudian ke ayah, seterusnya kita, turun lagi sampai ke anak, cucu dan generasi seterusnya. Bagi orang Arab, mereka ada kabilah. Kabilah ini yang melindungi ahlinya jika berlaku masalah kecil ataupun besar. Pernah berlaku peperangan antara kabilah yang berpunca dari pertelingkahan 2 orang budak kecil. Ini menunjukkan betapa hebatnya keluarga akan melindungi kita.


gambar keluarga..

Sahabat yang dirahmati Allah,

Pada hari pembalasan, orang yang akan diazab sanggup dan sampai hati untuk mengorbankan anak-anak, isteri, saudara, kaum kerabat hatta seluruh manusia di dunia ini demi menyelamatkan dirinya dari diseksa Allah. Padahal dia sangat menyayangi mereka semua ketika di dunia dahulu. Lihat, betapa manusia pentingkan diri sendiri di sana. Ini kerana mereka berdepan dengan azab yang hebat dan ketakutan yang sangat dahsyat.

Walaupun dia bertindak sedemikian, Allah tidak memperkenankan hajatnya. Tebusannya ditolak bulat-bulat. Kita akan diberi balasan berdasarkan amalan kita sendiri. Tidak ada orang boleh menanggung dosa orang lain. Neraka Allah sangat mengerikan. Tidak terlintas di fikiran manusia. Ia adalah tempat kembalinya mereka yang tidak mengambil syariat Allah. Dalam urusan hidup, dia mengutamakan kehendak dirinya lebih daripada kehendak Allah.

Dia suka mengumpulkan harta, kumpul banyak2. Namun bila tiba waktu untuk bayar zakat, dia menahan hartanya. Macam-macam alasan diberikan. Sekali-sekala diminta tangguh. Ini kerana dia melihat dari sudut material semata-mata. Dari sudut yang lain dia abaikan. Dari sudut pahala, dari sudut pembersihan jiwa dan macam-macam sudut lagi.

Apa yang ana nak fokuskan di sini, tentang mereka yang sanggup gadaikan orang-orang yang disayangi untuk kepentingan diri sendiri demi dibebaskan dari azab api neraka. Ana ulang perkataan, orang-orang bukannya barang-barang. Kalau barang yang disayangi pun kita agak susah nak korbankan masa di dunia ni apatah lagi orang yang kita sayang. Tapi semua ini akan berlaku di akhirat kelak. Janji Allah itu benar.

Marilah kita sama-sama muhasabah kembali. Adakah kita termasuk dalam golongan orang yang berdosa.. orang yang berpaling dari agama, dan orang yang tidak mengeluarkan zakat.. Insya Allah, kita doa agar kita tidak tergolong dalam golongan ini. Mudah-mudahan kita dipermudahkan urusan di akhirat nanti. Wallahu ‘alam.. sama-sama kita perbanyakkan tadabbur ayat2 Allah.. Wassalam..

Sunday, February 21, 2010

Exam..exam..

Bismillahir Rahmanir Rahim…

Alhamdulillah.. kerana masih hidup… masih mampu menulis… Rasanya sekarang ni kebanyakkan pelajar tak kira pelajar sekolah ataupun IPT sedang menghadapi peperiksaan. Untuk menguji tahap kefahaman seseorang terhadap pelajaran.

Saat dan ketika ini, buku2 mula menjadi teman rapat… Doa akan kejayaan tidak putus2 dipanjatkan… Nota2 dan peta minda diperkemaskan… Latih tubi juga diperbanyakkan… Inilah kebiasaan yang berlaku tatkala minggu peperiksaan menjelang.

Teringat zaman ambil SPM dulu. Peperiksaan besar yang akan menentukan halatuju masa depan seseorang. Rasa takut dan cemas sentiasa ada. Segala masalah2 peribadi perlu dilupakan sebentar agar tumpuan tidak terganggu. Jadual peperiksaan ditulis besar2 di papan putih. Meja dan kerusi khas diletakkan di dalam asrama. Indahnya waktu itu..

Kini untuk ana, imtihan syahri terpaksa ditempuhi. Agak cuak kerana tidak dapat agak bagaimana bentuk soalan yang akan keluar. Ditambah pula dengan kelebihan bangsa Arab yang kuat ingatannya. Tentu pensyarah2 akan keluarkan soalan yang perlukan ingatan yang kuat.Nak ‘goreng2’ time jawab nanti pun kena banyak tahu perkataan2 Arab. Rabbuna yusahhil..semoga dipermudahkan urusan.

Hmm.. menurut pemerhatian ana, segelintir ilmu syariah seperti fiqh, aqidah dan macam2 lagi, kita semua pernah belajar dari zaman sekolah lagi. Tapi di sini, ilmu2 ini dipelajari dalam bahasa asal ia diturunkan. Bahasa Arab. Jadi bahasa ini perlu dikuasai, dan budaya bangsa ini juga perlu difahami. Ada segelintir perkataan dalam Al-Quran ataupun hadis jika diterjemahkan secara biasa, tidak menepati maksud asal yang ingin disampaikan. Kadang2 satu perkataan memberi berpuluh-puluh maksud. Inilah kehebatan dan keunikan bahasa Arab. Bahasa ahli syurga..

Ada segelintir pelajar yang agak ‘ALLERGIC’ bila tengok nombor, angka dan abjad dalam kelas. Bila tiba waktu pembelajaran Matematik je, dia terus takut dan tak suka untuk terus belajar. Ada juga yang tak boleh duduk senang dalam kelas Bahasa Arab. Takut tengok huruf2 arab. Ditambah pula dengan guru yang suka tanya soalan. Lagi cuak la dia. Bagi mereka yang selalu hadapi situasi begini, perlulah kita sedar bahawa keseimbangan itu penting. Kita tak boleh tumpukan sesuatu subjek dan abaikan yang kita tak suka. Kita perlu berani untuk berterus terang dengan guru akan kelemahan kita. Insya Allah ada jalan penyelesaiannya.

Ana meletakkan prinsip dalam diri ana, walaupun ada beberapa subjek @ matapelajaran yang kita tak minat ataupun kita lemah, pastikan kita tidak gagal dalam subjek itu. Paling kurang 1 markah je lagi nak gagal. Kalau gagal, target untuk masa akan datang kita wajib lulus. Subjek yang kita suka, kita skor habis-habisan. Itu prinsip yang ana pegang. Wallahu ‘alam.harap perkongsian ini bermanfaat.. Ilal liqa’..



Tuesday, February 2, 2010

Minatku...

Bismillah...

Baru-baru ni ada satu sms dari Malaysia sampai padaku.. Sms dari seorang junior sewaktu di bangku sekolah dulu.. Bangga juga la dapat jadi senior dia sebab ayahnya seorang Ustaz yang selalu muncul di kaca tv, menyampaikan ilmu agama di mana sahaja.

Sms yang bertanyakan khabar dan terdapat satu permintaan.. Permintaan untuk menulis skrip cerita… untuk dimanfaatkan di tanah air. Ketika itu ana agak tersentak, teringatkan zaman ana bergiat aktif dengan seni lakonan dan menulis skrip.. Sekarang ni dah lama tak kerah otak ni untuk mereka cerita ataupun menulis skrip.

Kerana terlalu minat dengan seni ini, ana pernah menghantar skrip rekaan ana sendiri di dalam satu peraduan yang dianjurkan oleh IKIM.fm . Peraduan menulis skrip drama TV dan Radio. Tapi itu 5 tahun yang lalu.. Namun ana tidak tahu apa keputusan peraduan itu. Ana rasa ana kalah.. lagipun syarat2 menyertai peraduan itu tidak dapat ana penuhi.. Umur ana masa tu 17 thn sedangkan syarat penyertaan ialah 23 tahun ke atas. Sekarang kalau ana join pun, tak cukup umur lagi. Ada juga syarat2 lain yang ana tak lepas..

Sebelum ni, Ana pernah bercita-cita nak jadi pelakon.. Hmm… tu dulu la.. Tapi title pelakon (majoritinya) tidak menjaga batas-batas agama. Sentuh orang yang bukan mahram, Dedah aurat.. Katanya kami berlakon je.. bukan btul2.. Kami berlakon dedah aurat, zina dll dengan harapan penonton ambil pengajaran dan menjauhi perkara itu.

Tapi sebenarnya pelakon itu sendiri telah buka aurat, berpelukan, buat adegan zina dll.. Pastu kata “ jangan tiru kami..” Hmm.. memangla berlakon, tapi masa berlakon tu, malaikat tak catat amalan ke?? Boleh ke nak jawab dengan Allah “ kami berlakon je..” Adakah hujah itu kuat?? Fikir baik-baik dan rujuk ulama’. Dalam bidang ini juga, ulama’ berperanan.

tgh prepare soundtrack untuk lakonan...


Hmm.. Rasa banyak benda yang mampu ana buat untuk seni ini berbanding perkara lain. Ana pernah sanggup tak tidur malam demi menyiapkan rakaman suara untuk lakonan pada Hari Penyampaian Hadiah Tahunan Sekolah ( Hari Ihtifal ). Hari yang dihadiri oleh semua Ibubapa, Guru-guru dan juga tetamu kehormat. Tapi kalau untuk study, tak pernah ana buat begini. Kebiasaannya ana berpuas hati dengan hasilnya, respon dari penonton juga agak memuaskan.

Tapi perkara yang paling buat ana rasa seronok sehingga kini ialah terdapat beberapa orang junior ana yang meneruskan seni ini. Masing-masing melatih adik-adik baru untuk menceburi bidang seni. Silaturrahim juga terjalin. Kadang-kadang ada buat jamuan makan, qiamullail dan macam2 lagi. Dan junior yang hantar sms itu juga termasuk dalam kalangan mereka ini. Namun semua ini tidak akan tercapai tanpa bantuan dari sahabat seperjuangan ana yang lain dan izin dari Allah s.w.t. Alhamdulillah..

Jazakallah akh yang menghantar sms. Mudah-mudahan generasi yang masih tinggal di Hira’ dapat mendalami seni ini dengan meminta pandangan mereka yang pakar dan mempunyai pengiktirafan . Agar kita dapat menyebarkan Islam dengan cara yang lebih kreatif. Kalau ana dulu, tiada siapa yang memberi tunjuk ajar secara langsung. Harap antum lebih hebat lagi. Insya Allah.

Akhir kalam, Mungkin jika ada kesempatan, ana akan selitkan contoh-contoh skrip hasil tulisan ana dalam post-post akan datang. Wallahu ‘alam


satu babak lakonan. Hm.. tu bukan perempuan.. tapi lelaki..

Sunday, January 24, 2010

Layakkah ?


Bismillahir Rahmanir Rahim..

Alhamdulillah ke hadrat illahi, kerana masih diberikan kesempatan untuk menulis di ruangan blog yang tak seberapa ini. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w., Moga syafaatnya kita peroleh di Hari Akhirat kelak. Kali ni, ana bawakan satu keadaan.

Suasana di kelas tafsir.

Seorang Ustaz yang alim bersyarah.

Katanya : “

Allah berfirman [[ Sesungguhnya orang yang bertaqwa mendapat kemenangan, Iaitu Taman-taman dan kebun anggur, Dan gadis-gadis montok yang sebaya… ]]

(surah An-Naba’ : 31-33)

Insya-Allah, bagi orang yang bertaqwa, mereka akan mendapat kemenangan di akhirat kelak. Mereka akan diberi nikmat syurga.. Di dalamnya terdapat taman-taman yang indah. Penuh dengan pelbagai jenis buah. Apa yang dihajatkan dan apa yang menyedapkan mata bakal dinikmati. Dan mereka bakal dikurniakan bidadari-bidadari yang cantik, montok lagi muda…. “

Mahasiswa-mahasiswa yang sedang asyik mendengar, mula menunjukkan reaksi yang agak rancak. Rasa tidak senang duduk. Kedengaran sesuatu yang menarik disembangkan di belakang. Cerita Bidadari la katakan. Ada yang terawang-awang.. macam-macam reaksi pada malam itu.

Tiba-tiba, Ustaz itu seakan meninggikan suara. Untuk mengambil tumpuan mereka yang hampir tidak berpijak di bumi realiti. Ustaz kelihatan agak marah. Namun keadaan berjaya dikawal dengan baik. Ustaz itu meneruskan syarahannya.

“ Bidadari, dalam bahasa arab berbunyi [ hur ‘ain ] kerana pada mata mereka terdapat satu tanda yang sangat cantik.. Bahkan kain yang menutup kepala mereka lebih baik daripada dunia dan seisinya.. Barangsiapa yang melihatnya, akan ditimpa penyakit gila ataupun mati kerana terlalu cantik, tetapi di syurga kelak, tiada lagi kematian ataupun penyakit…“

Sidang pendengar bertambah gelora jiwa mereka.. Maklumlah.. majoritinya bujang belaka..Mereka memberikan perhatian sepenuhnya terhadap syarahan itu.

“ Mesti kamu semua rasa tak sabar nak jumpa bidadari tu kan ?? Rasa macam nak je bidadari tu ada kat sini sekarang kan ?? “

Para pendengar mula mengangguk, tersenyum-senyum, tanda membenarkan pandangan ustaz tadi. Ustaz itu sambung lagi :

“ Tapi… apa syarat untuk dapatkan bidadari tu ?? Ok, kita lihat semula ayat Qur’an tadi, [ sesungguhnya orang yang berTAQWA itu mendapat kemenangan ].. “ Ustaz itu fokuskan kepada perkataan yang di ’bold’ kan.

“ Hanya orang bertaqwa sahaja yang layak dapat semua ini. Semuanya kerana Hati mereka bersih, suci dari segala syirik, hasad, dendam, takabbur dan macam2 lagi penyakit hati. Hati mereka khusyu’ dalam solat.. Hati mereka tenang dengan alunan ayat-ayat suci Al-Qur’an dan Zikrullah..

Sesungguhnya Allah tidak melihat pada paras rupa kamu, tetapi Allah melihat jauh ke dalam lubuk hati kamu… Inilah penilaian Allah… Manusia menilai sesama mereka dari sudut kebendaan, paras rupa, bakat, pangkat dan harta. Namun penilaian Allah lebih utama.. Tiada manusia yang mampu mengetahui dan menilai isi hati manusia. Itulah untungnya kita.

Namun, bukan senang nak pelihara hati.. mudah berbolak-balik.. lagi parah jika hati telah mati. Pernah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. dikhabarkan baginda s.a.w. bahawa syurga itu pasti baginya. Seorang lagi sahabat Rasulullah cuba menyelidik amalan apa yang membawanya ke syurga. Rupa2nya, sahabat itu ada satu prinsip:

[ Aku tidak akan tidur malam kecuali setelah aku membersihkan hatiku daripada perasaan yang buruk terhadap orang lain dan aku memaafkan kesalahan mereka padaku… ]

Jadi para pemuda sekalian, malam ni, kita mesti mula bersihkan hati kita.. Buang segala perasaan buruk sangka, takabbur dan dendam terhadap orang lain. Yang ada hanyalah perasaan cinta dan ukhuwwah sesama kita. Tentang bidadari tu, kita serahkan sahaja kepada Allah. Kita tak perlu cuba membayangkan kecantikan bidadari-bidadari itu. Kerana aqal kita terbatas di dunia sahaja… So, kita mesti berazam menjaga hati kita.. insya Allah.. itu sahaja untuk malam ni.. Assalamualaikum wbt.. “

Para pendengar mula muhasabah diri.. termasuk yang menulis post ini.. layakkah kita bergelar orang berTAQWA ?? Siapa yang lebih kenal akan hati ini melainkan Allah ?? Ku pinta rahmatMu Ya Allah.. hanya kernanya, ku bisa ke syurga.. Wallahu ‘alam…


Hati... perlu suci dari kekotoran...

Sunday, January 17, 2010

Khabar Angin..

Bismillahir Rahmanir Rahiim..

Alhamdulillah segala puji bagi Allah. Selawat dan salam dipanjatkan ke atas junjungan mulia Rasulullah s.a.w. Salam ditujukan kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga post kali ini diterima Allah sebagai amal soleh ana. Insya Allah.

Pernah dengar nama permainan ‘telefon berkarat’ ?? Rasanya mungkin banyak istilah digunakan bagi permainan yang sama. Permainannya berbentuk begini:

1 1. Bahagikan kepada beberapa buah kumpulan. Bilangan ahli setiap kumpulan lebih kurang 5 orang atau lebih.

2. 2. Orang yang pertama (setiap kumpulan) akan menghafal sebuah petikan. Kemudian dia akan sampaikan apa yang dihafalnya kepada orang kedua.

3. 3. Orang kedua akan sampaikan apa yang didengarnya kepada orang ketiga. Begitulah seterusnya.

4. 4. Orang yang terakhir akan tulis apa yang didengarinya dan membacakannya di hadapan orang ramai.

5. 5. Kumpulan yang paling hampir dengan petikan asal dikira juara.

Kebiasaannya apa yang disampaikan oleh orang yang terakhir itu tidak sama dengan petikan yang dihafal orang pertama. Ada kalanya ternyata jauh terseleweng daripada yang asal. Inilah yang ana nak fokuskan kali ini.

Perkara sebegini amat bahaya. Pernah sebuah negara yang terlibat dalam suatu peperangan telah menerima berita kekalahan mereka. Maka dengan sekelip mata, harga saham turun menjunam. Ketika itu, datang seorang lelaki dan dia membeli semua saham yang ada dengan murah. Setelah diteliti keputusan peperangan itu, ternyata sebenarnya mereka menang. Harga saham melonjak naik. Namun semua saham telah digondol habis oleh lelaki itu. Untung besar dia. Rupa2nya berita kekalahan itu palsu dan rekaan semata. Ekonomi mereka dipegang oleh orang lain. Inilah akibat percaya bulat2 dengan khabar angin.

Menurut parent salah seorang sahabat kami, Khabar angin di Malaysia mengembar-gemburkan keadaan peperangan yang sangat dahsyat berlaku di San’a, Ibu negara Yaman, tempat di mana kami berada sekarang. Sedangkan keadaan kami di sini tidak seperti yang dikhabarkan. Setakat ini, di San’a, tiada situasi peperangan yang berlaku. Cuma terdapat sekatan jalan dan kem pelarian mangsa perang yang berlaku di Sa’dah. Dapat la tengok kem pelarian kat sini. Medan perang agak jauh daripada kami.

So, apa pendirian kita sebagai seorang muslim apabila menerima ataupun berdepan dengan berita-berita yang disampaikan ?? Allah berfirman dalam Al-Quran :

“ Wahai orang yang beriman, jika seseorang yang fasik datang kepadamu membawa suatu berita, maka telitilah kebenarannya, agar kamu tidak mencelakakan sesuatu kaum kerana kebodohan (kecerobohan) , yang akhirnya kamu menyesali perbuatan kamu itu. “

(Al-Hujurat : 6)

Kita perlu selidik dengan teliti, pastikan berita itu benar-benar sahih, dari mana sumbernya??, Thiqah(boleh dipercayai) ke orang yang sampaikan tu?? Ramai ke yang sokong?? Ada bukti ke ?? Macam-macam lagi perlu diteliti.

Begitulah juga dalam periwayatan sesuatu hadis. Jika seseorang itu tidak thiqah maka hadis yang diriwayatnya lemah dan tidak boleh dijadikan hujah. Terdapat syarat-syarat yang perlu dipenuhi. Dari segi peribadi seseorang itu, dari segi Sanad* yang tidak terputus. Anda boleh rujuk dalam buku istilah hadis ataupun Ustaz-ustaz yang mahir lagi arif.

Namun ana dan sahabat2 di Yaman ini perlu lebih berhati-hati kerana apa-apa yang buruk boleh berlaku. Semua itu terpulang pada Allah. Beriman dengan ketentuan dan ketetapan Allah merupakan salah satu rukun Iman. Redha dengan ujian. Pasti ada hikmah. Kami berharap urusan kami dipermudahkan. Sejak akhir-akhir ni, pihak polis mahupun tentera sering kali menahan sahabat-sahabat kami (foreigner), minta passport, dan mengesyaki kami terlibat dengan Al-Qaeda dll. Tambahan pula, Universiti kami dilabelkan sebagai pusat pengganas. Baru-baru ni, ramai wartawan membuat liputan di situ.

Akhir kata, Doakan yang terbaik buat kami di sini. Baru 3 bulan ana di Yaman, banyak ujian kami lalui. Masih berbaki 7 tahun untuk menamatkan pengajian. Mohon maaf atas segala salah silap ana selama ini terhadap sesiapa yang mengenali diri ini. Wallahu ‘alam..

اللّهم انصر دين الإسلام... اللّهم يسّرلنا ولا تعسّر...

*rantaian perawi hadis.


alhamdulillah.. masih aman setakat ni..