Sunday, June 6, 2010

Latihan Jihad..

Sudah menjadi fitrah seorang remaja, bersemangat yang tiada tolok bandingannya. Kadang-kadang tanpa perlu berfikir panjang, dengan lafaz bismillah, tindakan terus diambil. Walaupun tindakannya itu berkemungkinan memberikan musibah yang lebih besar daripada maslahat.

Suatu perbualan antara remaja dan Ustaz yang lebih berpengalaman.

Remaja : “ Ust, kalau kita tengok Mujahidin sekarang ni kat Gaza, mereka sangat hebat berperang dan berjihad. Bila rasanya kami nak ikut latihan jihad pegang senjata ?? Sebab, akan tiba juga saat kita berperang dengan senjata.. “

Ternyata terdapat semangat jihad yang menyala-nyala dalam hati remaja itu. Ustaz itu berfikir sejenak dan menarik nafas panjang. Lalu, dengan tenang, dia menjawab.

Ust : “ Sebenarnya ada yang lebih penting daripada kita melatih diri guna senjata. Senjata zaman kini sangat canggih. Hanya menekan 1 butang sahaja, dah boleh menyerang musuh. Tapi, yang lebih penting ialah kita melatih diri kita supaya sabar.. taat.. itu yang kita sedang latih sekarang.. “

Memang benar jawapan Ustaz itu. Kita, selaku jiwa-jiwa yang bersemangat, agak kabur pada sudut itu. Latihan dari sudut dalaman. Dan inilah yang kita sedang lalui sekarang.

Sebagai contoh di dalam kelas pengajian, guru minta kita selesaikan kerja sekolah ataupun assignment dalam tempoh yang tertentu. Latihan jihad dalam bab ini ialah sejauh mana kita dengar, faham dan taat pada arahan guru itu. Kemudian adakah kita berjaya menyiapkan tugasan itu dalam tempoh yang ditetapkan ??


gambar dulu2

Perhatikan, ada 2 sudut yang penting selaku seorang Mujahid dalam hal ini. Dengar, Faham dan Taat.. dan menepati masa.. Jika dalam keadaan ini kita sudah gagal, apatah lagi jika berada dalam situasi peperangan yang natijahnya hidup atau mati..

Sabar juga aspek yang sangat2 penting dalam berjihad.Kita selidik beberapa perkara:

- Adakah hari ini kita cukup sabar dengan perangai-perangai sahabat sekuliah kita ??
- Adakah kita mampu mengawal rasa marah kita ??
- Adakah kita masih mampu menghormati pemimpin ataupun guru kita setelah mereka memarahi dan mendenda kita ??

Jika dalam situasi-situasi kita gagal, bagaimana di medan jihad yang sebenar nanti ?? Tidak mahu tidak, kita perlu melatih diri kita dengan aspek-aspek ini sebelum ke medan itu.

Kita sangat beruntung kerana konsep ibadah dalam Islam sangat luas. Bukan tertumpu di dalam masjid sahaja. Ketaatan kita kepada pemimpin kita juga dikira ibadah. Malahan ianya perintah dari Allah. Dengan syarat ianya bukan perkara maksiat.

Taat kita berasaskan ikatan Aqidah.. Thiqah (kepercayaan) dan Ukhuwwah.. Kita yakin taat kita kepada pemimpin adalah taat kita kepada Allah dan Rasulullah. Kita lakukannya dengan niat ibadah dan ikhlas..

time kawad..

Kita tidak mahu cara latihan yang digunakan oleh kebanyakan tentera di dunia ini. Cara memaki, menyeksa tanpa tujuan (ikut kepala), mencarut.. sudah menjadi tradisi yang tidak boleh dipisahkan. Sedangkan taat itu suatu ibadah.. bagaimana ianya bercampur-aduk dengan kata2 keji ??

Teringat semasa mengikuti kursus kejurulatihan kawad tahun 2006 dulu. Jurulatih kami memberi amaran. “ siapa yang lembik2, aku liwat karang !! “ . Mungkin dia hanya ingin menakut-nakutkan kami, tapi kata-kata itu lahir dari hati.. Ingat itu..

Kesannya, orang bawahan mentaati pemimpin mereka atas dasar takut didera.Takut macam-macam.. Taat secara membuta.. tiada perasaan Izzah dan Ukhuwwah. Tiada nilai Islam dan Aqidah.. Sebab itu sering kedengaran berlakunya penggulingan kuasa di kalangan mereka. Kita mohon pada Allah dijauhkan dari semua ini.

Apa yang kita inginkan, cara yang diterapkan oleh Baginda s.a.w terhadap para sahabat. Mereka sangat menyayangi Rasulullah s.a.w sehinggakan nyawa mereka sanggup ditaruhkan. Ada kita pernah dengar Rasulullah mendera sahabat dengan tujuan agar mereka lebih kental dan tahan lasak ?? ataupun Rasulullah memaki hamun agar sahabat dengar arahannya ?? Tidak sama sekali !! Keberanian dan kehebatan mereka lahir dari Aqidah yang sejahtera, kefahaman yang jelas , kepercayaan yang kuat, dan perasaan Cinta yang mendalam..

Kesimpulannya, kita boleh mula melatih diri kita dari sekarang walaupun kita belum berada di medan jihad menggunakan senjata. Aspek-aspek yang telah diutarakan tadi tu perlu dikuasai dan dimantapkan. Kita tidak mahu mahir menggunakan senjata tapi dari segi ketaatan, kesabaran, ketepatan waktu, kita gagal.. Oleh itu, mari kita mempersiapkan diri dan memperbaharui niat.. Niat untuk mati sebagai syuhada’.. insya Allah..

Mulakan latihanmu dari sekarang.. Allahu akbar !!!

Antara aspek yang penting juga : Menjaga rahsia,