Monday, October 27, 2008

Pengajaran dari filem..


watak utama dalam cerita ni..

Alhamdulillah beberapa hari yang lepas, ana sempat menghabiskan tayangan satu filem. Wall-E tajuknya.. Ana agak terharu dan tertarik selepas tengok filem tu. Ana rasa banyak faedah dan pengajaran yang kita boleh ambil kalau kita pandang dari sudut realiti hidup kita.
Bagi ana, pengajaran dari sudut dakwah yang kita boleh ambil ialah.. situasi di mana semua orang tidak sedar dan tidak tahu bahawa kehidupan mereka sekarang ini bukanlah kehidupan yang sebenar. Hidup mereka diatur tak ubah seperti robot. Bila ada satu watak dalam cerita ni yang terkeluar dari rutin harian, barulah dia sedar akan hidupnya selama ini tak mempunyai matlamat.. hanya makan, minum dan tidur. Sehingga semuanya jadi gemuk dan tak mampu untuk berjalan. Jadi para daie lah bertanggungjawab menyedarkan manusia tentang hakikat kehidupan ini.

Ramai orang boleh jawab soalan ini > Sebab apa kita kahwin ??
macam² jawapan orang boleh bagi.. ada yang kata nak dapatkan zuriat.. ada yang nak teman hidup secara halal.. ada yang nak ikut sunnah..

Tapi tak ramai orang boleh jawab soalan ini >> apa tujuan kita hidup ??
Oleh kerana itulah para Duat perlu sedarkan, kejutkan manusia daripada mimpi² indah yang hanya tipuan dunia semata-mata.. Bagi mereka yang telah sedar, sedarkanlah orang lain pula supaya semua orang dapat tahu akan hakikat sebenar kehidupan kita di dunia ini..

Wallahu 'alam..

Saturday, October 18, 2008

Jamuan Aidil Fitri INTISAR Kajang..

Pada 9 hb yang lepas , Pihak INTISAR telah mengadakan jamuan Aidil Fitri kecil²an untuk pelajar, keluarga dan para pensyarah. Jamuan diadakan di tingkat 1 bangunan kolej. Alhamdulillah sambutan agak meriah.. Majlis dimulakan dengan kehadiran para tetamu, kemudian ucapan dari Mudir INTISAR Kajang dan diakhiri dengan santapan jasmani.




Tetamu lelaki yang hadir

para pejuang handalan

penyambut tetamu yang mesra..

akhawat dari para ibu dan banat..

Janji Allah itu benar..

Alhamdulillah, semalam ana mendapati kebenaran yang Allah telah janjikan sejak zaman Rasulullah s.a.w lagi.
Allah berfirman dalam Al-Qur'an " من جاء بالحسنة فله عشر امثالها " yang bermaksud " Barangsiapa yang membuat satu kebaikan, Baginya 10 kali kebaikan sebagaimana yang dilakukannya "

Waktu solat jumaat, ana mengeluarkan sedikit wang untuk tabung yang disediakan dalam masjid tu.. Dan malam tu ana pulang ke rumah ana di Klang. Ana mendapati ada satu sampul duit raya
untuk ana ( segan jugakla.. dah besar pun dapat duit raya.. lagi banyak daripada budak² pulak tu.. ). Bila ana tengok kat dalam sampul tu, ada duit yang lebih 10 kali ganda daripada duit yang ana infaq kat masjid tadi. Allahu akbar.. Semoga ia memberikan kita semangat untuk terus beramal..

Wednesday, October 15, 2008

Kami sekeluarga..



Assalamualaikum wbrt.. Tema keluarga ana raya tahun ni warna biru.. Doakan kami sekeluarga sebagai usrah muslim yang akan menjadi salah satu daripada batu bata kebangkitan Islam. Ana mewakili keluarga ana mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan mohon dimaafkan segala kesalahan sama ada secara sedar ataupun tidak.

كن ربّانياً ولا تكن رمضانياً

Wednesday, October 8, 2008

2 nikmat..

Rasulullah s.a.w pernah bersabda " 2 nikmat yang kebanyakan manusia tertipu dengan keduanya , nikmat kesihatan dan masa lapang ".

Ana rasa sempena bulan Syawal yang dipenuhi dengan pelbagai majlis makan² ni, ana nasihatkan supaya kita semua dapat menjaga pemakanan kita. Kerana majoriti penyakit datangnya dari makanan yang kita makan. Antara punca ana masuk wad beberapa bulan lepas pun disebabkan tak jaga makan.



salah sorang pesakit di HTAR

Harap² nama kamu semua takkan tertulis macam dalam gambar tu. Orang yang dalam gambar tu kena masuk wad pembedahan tau. Cuba jangan jadi macam dia. Doa bebanyak. Insya Allah. Jadi kawallah pemakanan anda. Puasa 6 pun kena cuba untuk laksanakan. Ana lagi sikit je.. Lagi 6 hari je..