Thursday, November 27, 2008

Minta diri...

Assalamualaikum wbt kepada semua yang datang ke blog ana. Ana nak mengundurkan diri selama beberapa minggu kerana Imtihan Nihai ( final exam ) dah dekat. Jadi ana mohon maaf kalau ada sesiapa yang ana ada buat salah, harap dimaafkan segala kesalahan itu.

Wallahu 'alam.. mudah²an ana akan kembali menulis semula dengan bahan² yang lebih baik dan memberikan faedah daripada yang sebelum ini. Insya Allah. Doakan kami di Intisar Kajang dipermudahkan untuk menjawab imtihan dan diberikan masa depan yang cerah.

Ilal Liqa' . Assalamualaikum wbt..

Sunday, November 23, 2008

Futsal Intisar ..

Assalamualaikum wbt semua.. baru² ni kami (pelajar Intisar, Kajang) mengisi masa lapang kami dengan main futsal di kawasan yang berhampiran dengan kediaman kami. Kami mula main pada jam 10.30 mlm dan jam 0100. Sebenarnya bagi kami, main futsal ini adalah salah satu program berkala dan ianya untuk merapatkan ukhuwah di samping menjaga kesihatan badan.


Futsal ni sebenarnya merupakan satu wasilah yang sangat berkesan untuk kita meluaskan lagi jaringan dakwah kita. Futsal yang kita ( daie ) buat , tidak sama dengan futsal orang lain. Kita ada matlamat yang lebih mulia. Oleh kerana itu, bagi ana, walaupun kita tidaklah sehebat mana nak dibandingkan dengan orang yang lain, tapi kita ada matlamat yang lebih besar berbanding mereka.di kicksport, taman jasmin

Bila kita main futsal, kita amat menitikberatkan akhlaq dalam gelanggang futsal. Kita pastikan biah ( suasana ) yang solehah dalam gelanggang itu. Kita suruh tutup aurat.. Kita gunakan perkataan yang baik.. bukannya dengan ungkapan keji dan mencarut. Setelah selesai main pula, kita dengar sedikit tazkirah dan peringatan untuk perbaiki semula amalan dan tingkahlaku kita. Bila kita haus, kita minum sama² dan utamakan sahabat kita dalam hal ini.

Dalam perkara ini, amatlah penting untuk kita pastikan yang kitalah ( daie ) yang mendominasi suasana. Sebab kalau lah mereka yang tidak menutup aurat lebih ramai daripada yang menutup aurat, maka tidak nampak biah solehah itu. Dan jika kita lebih ramai, maka mereka yang tidak menutup aurat akan terkesan dengan biah itu. wallahu a'lam..


semoga ukhuwah kita berkekalan..

Tuesday, November 18, 2008

Program Cuti Sekolah..

Alhamdulillah hujung minggu lepas, ana telah pun mengikuti program yang diberi nama Boyz 2 Men anjuran Kelab Remaja Isma daerah Hulu Langat. Program ini dijalankan di Kem Herba, Sg Congkak. Tak silap ana peserta putera dalam 44 orang. Ana ditugaskan sebagai fasilitator.

Kem ini bermula pada hari Jumaat malam dan berakhir pada petang hari Ahad. Pelbagai xtvt outdoor dijalankan di sini. Antaranya xtvt yang diberi nama : Lipan , Minesfield , Tarik tali 3 arah dan bermacam² lagi. Pada waktu petang ( hari sabtu ) , hujan turun dengan lebat, jadi xtvt di luar xdapat dilaksanakan. Dengan itu, xtvt ditukarkan ke indoor. Terdapat tayangan tentang keunggulan Islam.xtvt : lipan..

Kemudian pada waktu malam, kami menikmati dinner kami iaitu BBQ dan TomYam. Setelah selesai makan, ada trecking la pulak.. memang agak mencabar sbb perut masing² tengah penuh. Sejam selepas trecking, ada xtvt night walk. Ana ditugaskan untuk menjaga salah satu checkpoint. Mula² ana cuba untuk latih keberanian adik² ni.. tapi ada satu masalah yang menyebabkan adik² xdapat menjalani night walk dengan penuh penghayatan. Masalah itu ialah ada seorang penduduk di situ pasang lagu dangdut kuat² malam tu. Jadi adik² yg lalu kat kawasan tu, tak feeling la.. jadi feeling lain pulak.

sempat main camera time jaga checkpoint..

Esok harinya, ada xtvt survivor.. di mana adik² diajar cara memasak telur tanpa menggunakan kuali ataupun yg sama waktu dengannya. Ada yg berjaya masak dn ada yang gagal. Selepas itu, adik² dibenarkan untuk mandi-manda.. Dan ana ada berkenalan dengan seorang adik tu.

" nama adik ni sape ?? " tanya ana

" nama saya Hambali.. " jwb adik tu


" tau ke sape Hambali tu " ana tanya dia balik

" tahu.. dia imam kan? " jwb Hambali

" Ada abg tak ? "

" ada.. abg kembar saya tu nama dia Shafie.. dan sorang lagi nama dia
Ghazali.. " terang Hambali..

" Maliki dan Hanafi ada tak ?? " tanya ana

" Oh, tade bang.. "

Jadi itulah satu yang ana rasa agak kagum sbb dapt jumpa adik beradik yang diberi nama sempena Imam Mazhab² Islam.
ni dia adik Hambali tu..

Oleh itu, ana amat galakkan program² sebegini rupa supaya adik² remaja kita dan rakan sebaya kita sendiri dapat memanfaatkan masa cuti mereka dengan perkara yang mendatangkan faedah dan membentuk peribadi Muslim.

Wednesday, November 12, 2008

Lawatan ke Planetarium..




Hari sabtu yang lepas , ana dan seorang lagi kawan.. adakan lawatan sendiri² ke Planetarium yang terletak di Kuala Lumpur. Ana bertolak seawal jam 1000 dan tiba di stesen ktm Kuala Lumpur sejam kemudian. Tiket masuk ke Planetarium bagi dewasa ialah RM3 seorang termasuk slot tayangan.

Sejak Angkasawan Negara kita, Sheikh Muzaffar terlibat dengan kajian di ruang angkasa sana, pelbagai bahan baru terdapat di Planetarium Negara. Antaranya set katil, tandas, makmal, dan banyak video yang menarik tentang angkasa. Subhanallah..


ni contoh katil bagi para angkasawan di
sana.. tidur dalam keadaan tegak..
ana pun sempat tidur gak..



Semasa slot tayangan yang bertajuk " Ancaman Dari Angkasa " , ana agak terkejut kerana sebenarnya bumi kita ni dijangka akan dilanggar seketul komet pada tahun 2023. Manusia akan cuba untuk menghalang komet itu dari terus menghentam bumi kita ni. Lagi satu, bumi kita ni sebenarnya penuh dengan sampah angkasa. Kalau kita tengok bagaimana sesebuah roket itu berlepas ke angkasa, banyak serpihan² roket yang ditanggalkan dan dibiarkan di lapisan atmosfera Bumi. Sampah² itu berputar juga sebagaimana bumi kita ni. Cuma kalau sampah itu terlari dari landasan putaran itu, ia akan jatuh ke atas permukaan bumi..
Subhanallah.. sebenarnya bumi kita dalam bahaya dan kita lah ( manusia ) punca kefasadan ini..



Dalam audotorium sebelum tayangan bermula..

Tuesday, November 11, 2008

Berangkatnya seorang mujahid..

Semalam kami dari kolej Intisar, Kajang bersama beberapa orang lagi sahabat pergi ke KLIA untuk mengiringi keberangkatan seorang sahabat yang tak sampai 5 bulan kami berkenalan. Sahabat itu ialah Ibrahim bin Hussein @ Baim. Baim pulang semula ke Ardul Kinanah untuk meneruskan pembelajarannya setelah bercuti musim panas di Mesir.


Kami bertolak dari Kajang pada jam 2230 dengan menaiki van kepunyaan eming. Kami tiba di KLIA sejam kemudian. Kami tunggu hampir sejam barulah Baim, Pak Andak dan Mak Andak sampai. Baim selesaikan urusannya barulah kami bermesra² sekejap.
Flight Baim pukul 2 pagi.. Lebih kurang pukul 1.30 pg , Kami bersalaman dengan Baim dan sempat bergambar bersama. Kami tanya " Baim, bila anta nak balik Malaysia lagi ? , ataupun anta tunggu kitorang kat sana.. " Agak sayu bila kami semua tengok Baim berpelukan dengan ibunda tercinta.
Setelah selesai operasi pengiringan pergi, Pak Andak ajak kami semua makan² kat medan selera Bandar Salak Tinggi. Kami ber ' kopi radix ' dan ber ' char kuew tiaw'

bersama. Lepas kami semua balik ke Kajang dan melelapkan mata pada jam 0400.Wajah seorang pengembara..

Saturday, November 8, 2008

Bekalan dalam Qiamullail..


السلام عليكم ورحمة الله

Tajuk ini sepatutnya terlalu biasa dalam kamus hidup seorang dai'e kerana dengannya kita mencari bekalan.

Ada sebuah hadith yang meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bertahajud 10 rakaat dan solat sunat witr 1 rakaat diikuti dengan 2 rakaat solat sunat sebelum subuh. Jadi, sebenarnya terpulanglah kepada kita untuk bertahajud berapa rakaat pun. Ada golongan yang suka memanjangkan bacaan dalam solatnya, ada yang suka panjangkan sujudnya, ada yang suka panjangkan wirid selepas solat dan bermacam² lagi. Tapi yang penting ialah khusyu' dalam munajat kepada Allah

Dan Qiamullail juga salah satu pembeza antara mukmin dengan munafiq.

Rasulullah bersabda
" Sesungguhnya orang munafiq sukar untuk menunaikan solat subuh dan
asar. Jika mereka mengetahui pahala yang menanti, nescaya mereka
sanggup daang walau dalam keadaan merangkak "


Di sini ana nak kongsikan cara untuk kita melatih minda supaya khusyu' . Ini pun ana ambil dari pengisian seorang ustaz.


1. Baju - Kita perlu sediakan baju yang terbaik yang kita ada, yang bergosok. Kain pelekat ataupun seluar. Bagi perempuan, kain telekung yang paling disukai.

2. Sejadah dan tempat sujud - Kita perlu tetapkan satu tempat di rumah kita sepertimana yang Rasulullah buat. Tempat itu khas untuk kita bersolat dan bermunajat. Dan kita kena mind set, bila kita ada dalam zon itu, maknanya kita perlu fokus dan lupakan semua perkara yang tiada kaitan.


Sujud - waktu paling hampir dengan Allah

Monday, November 3, 2008

Sibuk sikit..

Assalamualaikum wbt.. ana nak maklumkan semua yang ana sekarang ni agak sibuk sikit dengan pembuatan video khas untuk majlis perpisahan ( wida' ) dengan pelajar STAM Intisar Kajang. Mereka yang akan meninggalkan Intisar ialah Hilmi Mustafa , Amer Hudhaifah , Atikah Kusaini , Khadijah Salim dan Husna Mustafa..

Ana baru belajar buat video menggunakan perisian Ulead VideoStudio 11.. Video khas untuk pemergian mereka.. Tinggallah kami yang ambil diploma di Intisar.. Doakan kami cerah masa depan..