Thursday, August 20, 2009

Tazkirah Kematian

Ana nak kongsi satu kisah yang ana baca dari sebuah majalah tempatan. Ana rasa elok untuk ana kongsikan.. mudah²an kita ambil apa yang baik.

Sulaiman bin Mahran, seorang ulama' tabi'in, meriwayatkan: Ada seseorang sedang duduk bersama Nabi Sulaiman a.s. Tiba² ada tetamu masuk, lalu pandangannya terpaku kepada teman Nabi Sulaiman a.s ketika itu. Ketika tetamunya itu keluar, dia bertanya, " Wahai Nabi Allah, siapakah orang yang datang menemuimu sebentar tadi? " Beliau menjawab, " Dia adalah malaikat maut." Dia berkata, " Wahai Nabi Allah, daku lihat dia memerhatikanku, jangan-jangan dia hendak mencabut nyawaku." " Maka, apa rancanganmu ? "

Dia menjawab, " Wahai Nabi Allah, daku mohon agar tuan sudi memerintahkan angin untuk membawaku ke pulau seberang lautan yang paling jauh." Lalu Allah mewahyukan kepada Nabi Sulaiman untuk melakukannya, lalu baginda memerintahkan angin dan angin pun membawa orang itu ke tempat yang dia kehendaki. Belum lama dia tiba di tempat yang dihajati, malaikat maut pun sampai dan langsung mencabut nyawanya.

Kemudian, malaikat maut kembali menemui Sulaiman. Nabi Sulaiman bertanya, "Aku perhatikan tadi kamu ada di sini, memerhatikan temanku itu. " Malaikat menjawab, " Ya, aku berasa hairan terhadapnya. Mengapa dia masih bersamamu di sini? Sedangkan aku diperintahkan mencabut nyawanya di negeri yang jauh dari sini Ketika aku akan keluar dari tempatmu ini, lalu diperintahkan kepadaku, ' Cabutlah nyawanya, kerana ia sudah berada di tempat di mana aku diperintahkan untuk mencabut nyawanya, lalu aku cabut nyawanya. "

Benarlah firman Allah: " Katakanlah sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu." ( surah Al-Jumu'ah 62: 8 )

Wednesday, August 19, 2009

Sejarah Nama

Assalamualaikum sume.. lama xupdate ni.. Kali ni ana nak tulis pasal Anas r.a. Ana rasa penting untuk kita tahu sejarah nama kita sendiri.. Nama kita sebenarnya beri kesan kepada peribadi kita.. So, eloklah kalau kita tahu dan kaji asal usul nama kita.

Nama sebenar : Anas bin Malik bin Nadar Al-Khawarij Al-Ansari
Dari Bani Ansar..
Anak lelaki Ummu Sulaym..
Ayahnya tidak memeluk Islam..
Meriwayatkan lebih kurang 1286 hadis


Sejarah pertemuan dengan Rasulullah s.a.w...

Ketika Hijrah Baginda s.a.w ke Madinah, semua penduduk Madinah menyambut baginda s.a.w dengan penuh meriah. Semua orang berlumba-lumba memberi hadiah kepada Rasulullah s.a.w. Akan tetapi Ummu Sulaym tidak mempunyai harta untuk dihadiahkan. Oleh itu, Ummu Sulaym menghadiahkan anaknya, Anas, untuk berkhidmat kepada Rasulullah s.a.w. Umur Anas pada waktu itu seawal 10 tahun. Anas sentiasa bersama Rasulullah selepas itu.
Suatu hari, Rasulullah s.a.w menyuruh Anas pergi ke pasar. Dalam perjalanannya ke sana, Anas terserempak dengan anak² yang sedang bermain. Anas pun bermain bersama mereka. Tanpa sedar, ada seorang lelaki berdiri di belakang Anas dan memegang bahunya.
" Wahai Unais, apakah kau telah laksanakan perintahku ?? "
Anas bingung dan berfikir sejenak. " Ya, aku akan pergi sekarang. "
Menurut Anas, Rasulullah s.a.w tidak pernah marah ataupun berkata " kenapa kau tak buat itu dan ini.. "
Doa Rasulullah s.a.w untuk Anas r.a
((Ya Allah, limpahkan padanya rezekiMu, dan kurniakannya anak yang banyak dan berkatilah hidupnya. ))
Lalu Allah memakbulkan doa baginda s.a.w itu. Anas r.a merupakan antara sahabat yang paling lama hidup. Ada riwayat mengatakan usianya lebih daripada 100 tahun. Anak² nya juga sangat ramai ( hampir capai 100 orang). Ketika Baginda s.a.w wafat, Anas berumur 20 tahun. ( umur ana sekarang ).
" Saya belum pernah melihat orang yang menyerupai solatnya Rasulullah kecuali Ibnu Ummu Sulaym ( Anas r.a) " - Abu Hurairah -
Nasihat Rasulullah pada Anas r.a
" Wahai Unais, jika engkau sanggup dari pagi sampai petang tanpa ada rasa dengki dan iri hati terhadap seseorang, maka lakukanlah. Wahai anakku, itulah sebahagian dari sunnahku. Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku bererti dia mencintaiku, Barangsiapa mencintaiku, dia bersamaku di syurga nanti. "
Harapan Anas r.a
Aku berharap ketika di hari Mahsyar nanti, aku akan datang kepada Rasulullah dan berkata :
" Wahai Rasulullah, akulah pembantu kecilmu, Unais "
-Tamat-
Jadi bila ana dapat tahu tentang kisah Anas bin Malik r.a , ana rasa tertarik dan rasa betapa jauhnya ana dengan beliau. Ana berdoa agar ana dapat berusaha mencontohi Anas r.a. Amin..