Sunday, October 25, 2009

Bisu sebentar...

Cuba bayangkan…

Ada seorang lelaki dikurung di dalam sebuah bilik lutsinar yang kedap bunyi, dia mampu mendengar bunyi dari luar bilik itu namun orang di luar tidak dapat mendengar bunyi dari dalam bilik itu. Suatu ketika, lelaki itu mendapati sahabat-sahabatnya sedang asyik bersembang, bergurau senda dan bergelak ketawa di luar bilik tersebut. Dia ingin menyertai sahabat2nya itu namun sahabat2nya tidak dapat memahami hajat dan hasrat lelaki itu disebabkan dia terkurung di dalam bilik kedap bunyi… tamat..

Apakah perasaan anda jika lelaki itu adalah anda ??


Situasi seperti ini telah terjadi kepada ana sendiri apabila ana tidak mampu bersuara selama 2 hari kerana sakit tekak yang agak kritikal.


Kita semua tahu bahawa bercakap adalah salah satu cara berkomunikasi yang paling utama dan kita perlu menjalani kehidupan secara bermasyarakat.. Tiada manusia yang mampu hidup bersendirian tanpa bergantung kepada orang lain.. Sebagai contoh, kita perlu makan nasi, dan nasi itu adalah hasil tuaian para petani.. Jadi , kita memerlukan khidmat petani untuk teruskan hidup..

Dalam tempoh 2 hari itu, banyak perkara yang ana tak dapat lakukan lantaran ujian yang Allah berikan pada ana. Antaranya ialah :

1. Tasmi’ Al-Qur’an setiap pagi dan muraja’ah
2. Biasakan diri bertutur dalam bahasa arab
3. Menjawab dan member salam kerana orang Yaman suka beri salam
4. Membeli barang-barang di kedai runcit
5. Memberi tunjuk ajar kepada sahabat-sahabat yang meminta tolong.



Dan bermacam-macam lagi perkara yang tak dapat diselesaikan.. rasa seperti hidup sorang-sorang tapi sangat terseksa.. ana bagi contoh, kita tahu akan suatu perkara itu tapi tak mampu nak keluarkan, tak dapat nak beritahu orang lain.. akhirnya kita hanya dapat berdiam diri dan terpendam begitu sahaja..


gambar hiasan


Ana rasa ramai yang sudah kenal perangai dan sikap ana ni macam mana.. Ada yang kenal ana ni jenis yang suka bergurau, bercerita, berkongsi pengalaman dan kadang-kadang suka ejek orang sikit2 ( hehe ).. Namun dalam tempoh 2 hari itu, ana lebih banyak berfikir.. macam2 perkara difikirkan..

Kalau ada perkara yang penting sangat, ana akan paksa diri untuk berbisik sekadar yang termampu.. kadang2 hanset dibawa bersama untuk menaip sesuatu permintaan yang diperlukan..

Kita perlu ingat bahawa :
Tak semestinya yang pandai bercakap itu hebat..
Tak semestinya yang diam itu lemah dan kurang hebat..
Dan semua yang diam itu bagus kerana..
Ada yang diamnya tidak berfikir perkara yang baik sehinggakan..
Perkara mungkar didiamkan sahaja..
So, apa pendirian kita?? Apa tindakan kita ??

Kita kembali semula kepada hadis Rasulullah yang sebahagian kita biasa mendengarnya..


مَنْ كَانَ يُؤمِنُ بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْراً أَوْ لِيَصْمُتْ
“ Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, Maka berkatalah (perkara) yang baik ataupun diam “

Ada sebuah lagi hadis Rasulullah s.a.w apabila ditanya tentang amalan yang paling afdhal. Baginda s.a.w menjawab :


مَنْ سَلِمَ المُسْلِمُوْنَ مِنْ لِسَانِهِ وَ يَدِهِ
“ Siapa yang menjaga kesejahteraan lidah (kata-kata) dan tangannya (perbuatan) sesama muslimin “

Akhir kata, jagalah kata-kata kita dan berfikirlah dahulu sebelum berkata sesuatu.. Hargailah nikmat suara dan kemampuan kita boleh bercakap sebelum ianya ditarik Allah bila-bila masa yang dikehendakiNya.. Wallahu ‘alam..

Saturday, October 17, 2009

Pemerhatianku..


Bismillah… dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang… ana memulakan tulisan ana… Alhamdulillah kerana masih diberikan peluang untuk menulis.


Budaya kita dan budaya mereka… kalau kita ini orang KL tentulah budaya kita tidak seperti budaya orang Kelantan.. Bagi mereka (orang KL) yang first time pergi Kelantan, tentu mereka akan pelik dengan budaya, makanan, bahasa mereka dll.. Itu suatu pengalaman baru bagi orang itu..


Bila first time ana menjejakkan kaki di Bumi Iman ini, ana merasakan satu perbezaan budaya yang sangat2 berbeza… agak2 macam culture shock.. dan sekarang dalam mood membiasakan diri.. Kalau kita di Malaysia selalu makan nasi.. mereka di sini makan roti.. Kalau kita di Malaysia nak satu kereta 5 orang.. tapi mereka di sini paling minimum 7 orang.. Kalau naik motor pulak, mereka naik 3 orang..itu kalau orang badan besar.. kalau yang badan kecil , dalam 5 orang sekali naik satu motor.




Cuba tgk kereta kat belakang tu..





Kalau kita (khas untuk lelaki) di Malaysia biasa letak tangan di bahu kawan kita.. tapi bagi orang sini itu merupakan satu aib… Nampak macam suka sejenis (bagi mereka la)… oleh itu mereka berjalan saling berpegangan tangan sesama lelaki.. siap hayun2 tangan lagi…tapi bagi kita macam geli je.. Hmm..sebenarnya banyak lagi perbezaan budaya yang ana tak dapat nak kongsikan.. Banyak jugak la pantang larang yang ana kena jaga supaya dapat diterima oleh masyarakat yang ada..

Tapi apa yang ana nak tekankan di sini bukanlah budaya sesuatu kaum ataupun bangsa itu sendiri.. Bagi mereka yang tidak pernah keluar dari tempat asalnya… kebiasaannya fikirannya terlalu sempit..ana tak cakap secara muktamad.. kebiasaan je.. tak open minded orang kata la.. Situasi yang berlaku di sini, orang Yaman yang pernah datang Malaysia akan berfikiran lebih terbuka daripada mereka yang hanya terperap di ‘rumah’ sahaja.. So fokus ana di sini ialah keterbukaan minda seseorang itu.

Firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Jumu’ah
“ Dan apabila solat telah ditunaikan, maka bertebaranlah kamu di muka bumi ini, carilah kurnia Allah serta ingatlah Allah banyak-banyak agar kamu beruntung.. “

Pengembaraan ataupun hijrah ke tempat baru merupakan satu perkara yang sangat dituntut.. Kerana kita akan lebih berfikiran terbuka,tidak terlalu jumud (tertutup) dan boleh menerima perbezaan.Namun terdapat segelintir pelajar yang belajar di luar negara, menyalahgunakan kesempatan ini. Mereka hanyut dengan hiburan, lalai dan macam2 lagi.. tahu la banyak benda baru.. Mungkin faktor mereka berjauhan dengan keluarga dan ingin mencuba sesuatu yang baru. Ini suatu kerugian sebenarnya..


Cabaran belajar di luar negara ini sangat lah besar.. Tiada pemantauan dari ahli keluarga.. setiap bulan parent akan hantar duit untuk sara hidup.. malah ramai kaum kerabat dan sahabat-sahabat turut memberikan bantuan kewangan untuk kita belajar. Ada orang yang gunakan wang itu untuk berseronok-seronok sahaja.. apa sahaja barang yang terdetik di kepala, wang terus dibelanjakan tanpa berfikir panjang.. Sebenarnya tanggungjawab kita semakin besar bila berada di luar negara ni.. Kita membawa nama baik keluarga, bangsa, negara dan agama kita.. Oleh itu, jadilah orang yang lebih bertanggungjawab dan mampu menguruskan diri sendiri dengan baik..


Dalam firman Allah tadi, Allah mengarahkan kita mencari kurnia Allah di samping sentiasa ingat kepada Allah.. Jadi, apabila kita berada di tempat orang ini, kita perlu perbanyakkan zikrullah di samping mengambil segala kebaikan yang ada di situ..barangsiapa yang bertindak berdasarkan ayat tadi, insya Allah akan beruntung..

Yaman ni antara negara Arab yang miskin dan tidak banyak jahiliyyah yang bertapak di sini.. tapi ada je orang main game Counter Strike atau Grand Thief Auto (GTA) di Cyber Café.. sbb tu la agak susah nak update blog ini.. So, bila ana kenali keadaan di sini, rasa kesian dengan rakyat sini.. Boleh kata selepas solat fardhu, sudah jadi kebiasaan ada orang yang akan bangun dan menceritakan masalah masing-masing demi mengharapkan simpati dan sumbangan dari orang ramai.. Ada yang bangun sambil dukung anak yang sakit, ada juga yang patah tangan dan macam-macam lagi.. Namun mereka ni tabah.. Ana rasa di Yaman ni seolah2 sudah berada di Palestin.. Cuma takde bunyi tembakan dan kereta kebal je.. yang lain macam sama.. pendapat ana la.. tak tahu la orang lain macam mana..


Akhir kata, marilah kita sama2 cuba berkenalan dengan seramai manusia yang mungkin di samping mengenali latar belakang budaya, bahasa dan macam2 lagi.. Ambil dan timba lah segala kebaikan yang ada dan jauhilah segala keburukan mereka.. Jom teroka tempat baru.. Mengembaralah.. Wallahu ‘alam

Saturday, October 10, 2009

Kembara Yaman


Pertama kalinya ana minta maaf sebab lama tak update blog ni kerana di Yaman ni ana belum ada kesempatan untuk online… Mungkin ana akan kongsikan beberapa pengalaman ana berhijrah dan seterusnya bermukim di Yaman.

Pada 28hb September yang lalu, ana bertolak ke KLIA bersama keluarga pada pukul 9.30 mlm. Setibanya di KLIA, ada beberapa orang kawan ana yang telah sampai.. Kami diberi taklimat ringkas untuk memperbetulkan niat kami dan mengenai apa yang perlu kami lakukan setibanya di Yaman nanti. Jam 0115, kami berpisah dengan keluarga kami..

Yamaniyyun...

Setelah hampir 8 jam berada di dalam penerbangan, ana ditransitkan di Doha selama 3 jam.. di situ sangat sesak.. Kemudian, ana meneruskan penerbangan kedua dari Doha ke San’a.. ibu negara Yaman.. Bila sampai di San’a, ada sedikit masalah dengan pihak Airport, kami ditahan selama sejam lebih.. pasport kami diambil..


setelah sampai di San'a

Selepas itu, kami bertolak dari Airport ke rumah sewa.. Semasa dlm perjalanan, kami semua terkejut.. macam culture shock.. Suasana orang2 Yaman memandu.. dengan keadaan yang terik tapi anginnya sangat sejuk.. setibanya di rumah, kami makan2.. dan berehat… Ana masih tidak biasa dengan cuaca dan masa di Yaman.. Hidung mula selesema kuat… 2 biji Panadol menjadi penawar..



Beberapa hari kemudian, kami dibawa melawat Jamiatul Iman.. Universiti Al-Iman yang berdekatan dengan rumah kami. Universiti wakaf yang diketuai oleh Ash-Sheikh Abdul Majid Aziz Az-Zindani ini begitu luas.. Semua makanan, asrama dan yuran pengajian adalah percuma..



di Jamiatul Iman


Kat sini, Ana juga sempat merasai keadaan rumah terbuka Hari Raya bagi mereka yang berada di perantauan.. dapat la nak rasa nasi impit, sate, mee kari dan mee sup.. dapat la jugak dengar lagu raya Malaysia...Antara nasi yang terfamous di San’a ni ialah Nasi Mandi.. memang nama dia camtu.. sedap la.. nasi dengan daging kambing..




jamuan raya di Yaman..

Setakat ni pembelajaran ana di sini belum bermula.. Cuma dalam proses membiasakan diri dengan budaya,bahasa,makanan dan cuaca di sini.. Apa yang penting bagi ana ialah kekuatan dalaman dan semangat yang tinggi untuk sabar dan tabah belajar di negara orang.. di samping berjauhan dengan keluarga tersayang.. Wallahu ‘alam..


Uhibbukum fillah… insya Allah, panjang umur, ada kesempatan, kita jumpa lagi… Ilal liqa’..

Monday, October 5, 2009

Pengumuman...

Assalamualaikum wbt semua.. ana ada di Yaman sekarang dan ana dalam proses nak update blog.. tapi kat sini lambat internetnya.. nak upload satu gambar ambil masa lebih kurang sejam... tak tahu la kenapa..tapi insya Allah ana akan kongsikan gambar dan pengalaman ana.. wallahu 'alam... tunggu ek.. harap bersabar.. Assalamualaikum wbt