Saturday, September 27, 2008

Balik kampung..


di Putra LRT, KL Sentral



menunggu Komuter ke Rawang



Kolej Intisar mengisytiharkan cuti pada 27 hb September dan kami dibenarkan pulang sehari sebelumnya. Jadi ana pulang ke kampung yang tak berapa jauh, Klang.. " ala.. dekat je.." dengan menaiki komuter dari Kajang. Masa di stesen Kajang, dah dua tren delay, jadi bila tren datang.. Ya Allah !! ramai betul orang !! ana pun berusaha masuk dalam tren sebab time tu dah nak buka puasa. Memang macam sardin la kat dalam tu. Bila sampai kat KL Sentral, lagi la ramai orang. Semua kedai makan penuh. Dahsyat betul hari tu. Akhirnya ana terpaksa berbuka dalam tren jugak..


Hujan.. rahmat atau azab ??

persekitaran masjid Taman Jasmin


Alhamdulillah jumaat lepas ana sempat menunaikan solat Jumaat di masjid Taman Jasmin, Kajang. Apa yang ana ini kongsikan ialah hari tu hujan turun dengan lebatnya. Sehinggakan suara sendiri pun takdapat nak dengar.

Keadaan yang berlaku ini membuatkan ana terfikir sesuatu.. Biasanya kalau hari yang tak hujan, sejurus selepas imam memberi salam, hampir separuh daripada jemaah yang hadir, akan bergegas pulang tanpa sempat menadah tangan memohon doa. Tapi hari tu, para jemaah terpaksa menunggu hampir 1 jam, barulah hujan mula reda. Apa yang istimewanya hari tu, semua jemaah sempat berdoa bersama-sama, ada yang dapat menghabiskan 1 juzu' tilawah al-Qur'an dan ada yang sempat bersembang-sembang dengan sahabat2 lain.

Tapi dari satu sudut yang lain, bagi ana la, hujan ni juga merupakan satu azab yang secara zahirnya simple je, " ala.. hujan je.. bukan ape... " tapi ia memberikan kesan yang sangat besar kepada setiap makhluq Allah di muka bumi ini. Sampaikan segelintir pelajar sekolah terpaksa tiba lambat di sekolah. Banyak lagi perkara yang tidak dapat dilaksanakan jika hujan turun. Subhanallah.. betapa hebatnya Allah dan betapa lemahnya kita selaku hambaNya. Mari kita muhasabah..

Tuesday, September 23, 2008

Ramadhan akan pergi..

Sedar tak sedar, sekarang ni kita sudah tiba di penghujung Ramadhan. Mungkin dalam seminggu lagi ataupun kurang daripada itu. Ana mengajak kita untuk muhasabah semula bagaimana kita telah memanfaatkan Ramadhan dari awal bulan sehingga ke saat ini.



Semalam di surau rumah ana ( surau al-huda ) , ada seorang ustaz dari MAIS memberikan sedikit tazkirah sebelum para jamaah menunaikan solat tarawikh. Jadi ana nak kongsikan apa yang disampaikan oleh ustaz itu.



( Dalam satu hadith, sewaktu Rasulullah s.a.w. menaiki mimbarnya untuk berkhutbah di hadapan umat Islam, ketika Baginda melangkahkan kaki ke anak tangga yang pertama, Baginda melafazkan " amin " . Baginda mengulangi tindakan itu sebanyak tiga kali dan kemudian terus berkhutbah. Para Sahabat berasa hairan dengan tindakan Baginda. Setelah selesai berkhutbah, para sahabat terus bertanya tentang tindakan Rasulullah yang tidak pernah dilihat mereka.



Rasulullah menjawab " ketika aku melangkah anak tangga pertama, Jibril a.s mendatangi aku lalu berdoa ' celakalah bagi mereka yang melalui Ramadhan namun dosa²nya tidak diampunkan.' Lalu aku menjawab 'amin' . Ketika anak tangga kedua, Jibril a.s berdoa ' celakalah bagi orang yang apabila mendengar nama Muhammad tapi tidak disahutnya. ' Lalu aku menjawab 'amin'. Ketika anak tangga ketiga pula, Jibril a.s berdoa ' celakalah bagi mereka yang mempunyai ibubapa yang sudah tua tapi tidak berbakti kepada keduanya. ' Lalu aku menjawab 'amin'. " )



Begitulah yang disampaikan oleh ustaz dalam tazkirahnya. Memang betul, kalau kita fikir² balik, amat rugilah orang yang telah melalui Ramadhan yang di dalamnya amat mudah untuk kita melakukan ibadah tapi tidak mahu memohon ampun dari yang Esa. Kadang² bila kita dengar nama Muhammad s.a.w. , kita tidak rasa apa² pun dalam lubuk hati kita tapi bila kita dengar nama artis, kita akan terkejut dan rasa ingin tahu.



Mudah² an apa yang ana kongsikan dapat meningkat ketaqwaan kita di akhir² Ramadhan ini. Wallahu a'lam..

Sunday, September 21, 2008

Ihya Ramadhan di KLIA



Alhamdulillah, 20 dan 21hb baru² ni ana dan rakan² intisar sempat beriktikaf di masjid KLIA. Antara objektif utama prog itu ialah tahseen Al-Qur'an. Banyak jugak yang dipelajari. Tapi ana dan beberapa ikhwah intisar terpaksa keluar ke Banting kerana ada program iftar dengan adik² KBM di Sekolah Menengah Kebangsaan Banting. Rindu betul kat adik² sana. Mereka semua akan mengambil peperiksaan besar tahun ni. SPM la katakan.. Apa² pun, Good luck.. dan Selamat Memburu Lailatul Qadr...

Thursday, September 18, 2008

Muqaddimah

Mukmin ibarat hujan.. Di mana ia turun.. Di situ ia memberi manfaat.. Assalamualaikum wbt..Salam perkenalan dan ukhuwah kepada semua.