Tuesday, September 23, 2008

Ramadhan akan pergi..

Sedar tak sedar, sekarang ni kita sudah tiba di penghujung Ramadhan. Mungkin dalam seminggu lagi ataupun kurang daripada itu. Ana mengajak kita untuk muhasabah semula bagaimana kita telah memanfaatkan Ramadhan dari awal bulan sehingga ke saat ini.



Semalam di surau rumah ana ( surau al-huda ) , ada seorang ustaz dari MAIS memberikan sedikit tazkirah sebelum para jamaah menunaikan solat tarawikh. Jadi ana nak kongsikan apa yang disampaikan oleh ustaz itu.



( Dalam satu hadith, sewaktu Rasulullah s.a.w. menaiki mimbarnya untuk berkhutbah di hadapan umat Islam, ketika Baginda melangkahkan kaki ke anak tangga yang pertama, Baginda melafazkan " amin " . Baginda mengulangi tindakan itu sebanyak tiga kali dan kemudian terus berkhutbah. Para Sahabat berasa hairan dengan tindakan Baginda. Setelah selesai berkhutbah, para sahabat terus bertanya tentang tindakan Rasulullah yang tidak pernah dilihat mereka.



Rasulullah menjawab " ketika aku melangkah anak tangga pertama, Jibril a.s mendatangi aku lalu berdoa ' celakalah bagi mereka yang melalui Ramadhan namun dosa²nya tidak diampunkan.' Lalu aku menjawab 'amin' . Ketika anak tangga kedua, Jibril a.s berdoa ' celakalah bagi orang yang apabila mendengar nama Muhammad tapi tidak disahutnya. ' Lalu aku menjawab 'amin'. Ketika anak tangga ketiga pula, Jibril a.s berdoa ' celakalah bagi mereka yang mempunyai ibubapa yang sudah tua tapi tidak berbakti kepada keduanya. ' Lalu aku menjawab 'amin'. " )



Begitulah yang disampaikan oleh ustaz dalam tazkirahnya. Memang betul, kalau kita fikir² balik, amat rugilah orang yang telah melalui Ramadhan yang di dalamnya amat mudah untuk kita melakukan ibadah tapi tidak mahu memohon ampun dari yang Esa. Kadang² bila kita dengar nama Muhammad s.a.w. , kita tidak rasa apa² pun dalam lubuk hati kita tapi bila kita dengar nama artis, kita akan terkejut dan rasa ingin tahu.



Mudah² an apa yang ana kongsikan dapat meningkat ketaqwaan kita di akhir² Ramadhan ini. Wallahu a'lam..

0 comments: