Alhamdulillah beberapa hari yang lepas, ana sempat menghabiskan tayangan satu filem. Wall-E tajuknya.. Ana agak terharu dan tertarik selepas tengok filem tu. Ana rasa banyak faedah dan pengajaran yang kita boleh ambil kalau kita pandang dari sudut realiti hidup kita.
Bagi ana, pengajaran dari sudut dakwah yang kita boleh ambil ialah.. situasi di mana semua orang tidak sedar dan tidak tahu bahawa kehidupan mereka sekarang ini bukanlah kehidupan yang sebenar. Hidup mereka diatur tak ubah seperti robot. Bila ada satu watak dalam cerita ni yang terkeluar dari rutin harian, barulah dia sedar akan hidupnya selama ini tak mempunyai matlamat.. hanya makan, minum dan tidur. Sehingga semuanya jadi gemuk dan tak mampu untuk berjalan. Jadi para daie lah bertanggungjawab menyedarkan manusia tentang hakikat kehidupan ini.Ramai orang boleh jawab soalan ini > Sebab apa kita kahwin ??
macam² jawapan orang boleh bagi.. ada yang kata nak dapatkan zuriat.. ada yang nak teman hidup secara halal.. ada yang nak ikut sunnah..
Tapi tak ramai orang boleh jawab soalan ini >> apa tujuan kita hidup ??
Oleh kerana itulah para Duat perlu sedarkan, kejutkan manusia daripada mimpi² indah yang hanya tipuan dunia semata-mata.. Bagi mereka yang telah sedar, sedarkanlah orang lain pula supaya semua orang dapat tahu akan hakikat sebenar kehidupan kita di dunia ini..
Wallahu 'alam..
0 comments:
Post a Comment