Wednesday, June 3, 2009

Tazkirah..

Ada satu hari, ana sempat bersama dengan seorang Ustaz yang sedang menjalankan perniagaan di US tapi ana tak jumpa dia kat US. Jumpa di Kelantan.. Ana tertarik dengan apa yang dia beritahu.

Cerita tentang sejarah Iblis laknatullah..

Iblis. dikenali dengan nama Azazil.. telah dibela oleh para Malaikat sejak kecil lagi. Dia sangat kuat beribadah kepada Allah. Suatu hari, telah sampai satu berita mengenai hasrat Allah ingin melantik seorang Khalifah. Mendengar berita itu, Iblis terus melipat kali gandakan amalannya dengan harapan dia akan dipilih Allah sebagai Khalifah nanti.

Namun sebagaimana yang kita maklum, Allah telah melantik Nabi Adam a.s yang diciptakan dari tanah sebagai KhalifahNya. Hal ini membuatkan Iblis rasa tidak puas hati dan dengki yang amat sangat. Sehinggakan apabila Allah mengarahkan semua malaikat sujud kepada Adam a.s, Iblis enggan sujud padanya. Iblis merasakan dirinya lebih mulia dan lebih layak menjadi khalifah.

Allah s.w.t murka terhadap Iblis dan Iblis meminta tempoh hayat yang panjang sehingga hari Qiamat.. Lalu Allah membenarkannya. Iblis berikrar akan menghasut, melalaikan dan menyelewengkan manusia daripada taat kepada Allah s.w.t.

gambar hiasan..

Iblis ingin buktikan pada Allah bahawa manusia ini sangat lemah, lalai dan sering melakukan dosa terhadap Allah. Iblis berkata :

" Inikah khalifah yang Kau lantik ?? Banyak buat kerosakan di muka bumi.. Selalu lalai.. Mudah tertipu dengan godaan.. Hmmph !! Aku jauh lebih layak daripada mereka(manusia) "

Dan Iblis akan meneruskan kerja-kerja melalaikan manusia sehingga hari Qiamat nanti.. Jadi sahabat sekalian, sudah jelas bahawa Iblis laknatullah merupakan musuh kita yang nyata.. Dan Iblis sangat berpengalaman dalam menyesatkan manusia kerana umurnya yang sangat panjang. Dan kita perlu ingat bahawa kita ( manusia ) merupakan Khalifah Allah di muka bumi ini.. Satu taklif yang sangat berat.. Kita berdepan dengan godaan Iblis dan juga hawa nafsu kita sendiri.. Hanya Iman yang mampu menewaskan kedua-duanya..

Oleh itu, berhati-hatilah dengan tipu daya dan godaan Iblis.. Berlindunglah dengan Allah daripada Iblis.. أعوذ بالله من الشيطان الرجيم Wallau 'alam..

0 comments: