Sunday, October 25, 2009

Bisu sebentar...

Cuba bayangkan…

Ada seorang lelaki dikurung di dalam sebuah bilik lutsinar yang kedap bunyi, dia mampu mendengar bunyi dari luar bilik itu namun orang di luar tidak dapat mendengar bunyi dari dalam bilik itu. Suatu ketika, lelaki itu mendapati sahabat-sahabatnya sedang asyik bersembang, bergurau senda dan bergelak ketawa di luar bilik tersebut. Dia ingin menyertai sahabat2nya itu namun sahabat2nya tidak dapat memahami hajat dan hasrat lelaki itu disebabkan dia terkurung di dalam bilik kedap bunyi… tamat..

Apakah perasaan anda jika lelaki itu adalah anda ??


Situasi seperti ini telah terjadi kepada ana sendiri apabila ana tidak mampu bersuara selama 2 hari kerana sakit tekak yang agak kritikal.


Kita semua tahu bahawa bercakap adalah salah satu cara berkomunikasi yang paling utama dan kita perlu menjalani kehidupan secara bermasyarakat.. Tiada manusia yang mampu hidup bersendirian tanpa bergantung kepada orang lain.. Sebagai contoh, kita perlu makan nasi, dan nasi itu adalah hasil tuaian para petani.. Jadi , kita memerlukan khidmat petani untuk teruskan hidup..

Dalam tempoh 2 hari itu, banyak perkara yang ana tak dapat lakukan lantaran ujian yang Allah berikan pada ana. Antaranya ialah :

1. Tasmi’ Al-Qur’an setiap pagi dan muraja’ah
2. Biasakan diri bertutur dalam bahasa arab
3. Menjawab dan member salam kerana orang Yaman suka beri salam
4. Membeli barang-barang di kedai runcit
5. Memberi tunjuk ajar kepada sahabat-sahabat yang meminta tolong.



Dan bermacam-macam lagi perkara yang tak dapat diselesaikan.. rasa seperti hidup sorang-sorang tapi sangat terseksa.. ana bagi contoh, kita tahu akan suatu perkara itu tapi tak mampu nak keluarkan, tak dapat nak beritahu orang lain.. akhirnya kita hanya dapat berdiam diri dan terpendam begitu sahaja..


gambar hiasan


Ana rasa ramai yang sudah kenal perangai dan sikap ana ni macam mana.. Ada yang kenal ana ni jenis yang suka bergurau, bercerita, berkongsi pengalaman dan kadang-kadang suka ejek orang sikit2 ( hehe ).. Namun dalam tempoh 2 hari itu, ana lebih banyak berfikir.. macam2 perkara difikirkan..

Kalau ada perkara yang penting sangat, ana akan paksa diri untuk berbisik sekadar yang termampu.. kadang2 hanset dibawa bersama untuk menaip sesuatu permintaan yang diperlukan..

Kita perlu ingat bahawa :
Tak semestinya yang pandai bercakap itu hebat..
Tak semestinya yang diam itu lemah dan kurang hebat..
Dan semua yang diam itu bagus kerana..
Ada yang diamnya tidak berfikir perkara yang baik sehinggakan..
Perkara mungkar didiamkan sahaja..
So, apa pendirian kita?? Apa tindakan kita ??

Kita kembali semula kepada hadis Rasulullah yang sebahagian kita biasa mendengarnya..


مَنْ كَانَ يُؤمِنُ بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْراً أَوْ لِيَصْمُتْ
“ Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, Maka berkatalah (perkara) yang baik ataupun diam “

Ada sebuah lagi hadis Rasulullah s.a.w apabila ditanya tentang amalan yang paling afdhal. Baginda s.a.w menjawab :


مَنْ سَلِمَ المُسْلِمُوْنَ مِنْ لِسَانِهِ وَ يَدِهِ
“ Siapa yang menjaga kesejahteraan lidah (kata-kata) dan tangannya (perbuatan) sesama muslimin “

Akhir kata, jagalah kata-kata kita dan berfikirlah dahulu sebelum berkata sesuatu.. Hargailah nikmat suara dan kemampuan kita boleh bercakap sebelum ianya ditarik Allah bila-bila masa yang dikehendakiNya.. Wallahu ‘alam..

0 comments: