Sunday, February 21, 2010

Exam..exam..

Bismillahir Rahmanir Rahim…

Alhamdulillah.. kerana masih hidup… masih mampu menulis… Rasanya sekarang ni kebanyakkan pelajar tak kira pelajar sekolah ataupun IPT sedang menghadapi peperiksaan. Untuk menguji tahap kefahaman seseorang terhadap pelajaran.

Saat dan ketika ini, buku2 mula menjadi teman rapat… Doa akan kejayaan tidak putus2 dipanjatkan… Nota2 dan peta minda diperkemaskan… Latih tubi juga diperbanyakkan… Inilah kebiasaan yang berlaku tatkala minggu peperiksaan menjelang.

Teringat zaman ambil SPM dulu. Peperiksaan besar yang akan menentukan halatuju masa depan seseorang. Rasa takut dan cemas sentiasa ada. Segala masalah2 peribadi perlu dilupakan sebentar agar tumpuan tidak terganggu. Jadual peperiksaan ditulis besar2 di papan putih. Meja dan kerusi khas diletakkan di dalam asrama. Indahnya waktu itu..

Kini untuk ana, imtihan syahri terpaksa ditempuhi. Agak cuak kerana tidak dapat agak bagaimana bentuk soalan yang akan keluar. Ditambah pula dengan kelebihan bangsa Arab yang kuat ingatannya. Tentu pensyarah2 akan keluarkan soalan yang perlukan ingatan yang kuat.Nak ‘goreng2’ time jawab nanti pun kena banyak tahu perkataan2 Arab. Rabbuna yusahhil..semoga dipermudahkan urusan.

Hmm.. menurut pemerhatian ana, segelintir ilmu syariah seperti fiqh, aqidah dan macam2 lagi, kita semua pernah belajar dari zaman sekolah lagi. Tapi di sini, ilmu2 ini dipelajari dalam bahasa asal ia diturunkan. Bahasa Arab. Jadi bahasa ini perlu dikuasai, dan budaya bangsa ini juga perlu difahami. Ada segelintir perkataan dalam Al-Quran ataupun hadis jika diterjemahkan secara biasa, tidak menepati maksud asal yang ingin disampaikan. Kadang2 satu perkataan memberi berpuluh-puluh maksud. Inilah kehebatan dan keunikan bahasa Arab. Bahasa ahli syurga..

Ada segelintir pelajar yang agak ‘ALLERGIC’ bila tengok nombor, angka dan abjad dalam kelas. Bila tiba waktu pembelajaran Matematik je, dia terus takut dan tak suka untuk terus belajar. Ada juga yang tak boleh duduk senang dalam kelas Bahasa Arab. Takut tengok huruf2 arab. Ditambah pula dengan guru yang suka tanya soalan. Lagi cuak la dia. Bagi mereka yang selalu hadapi situasi begini, perlulah kita sedar bahawa keseimbangan itu penting. Kita tak boleh tumpukan sesuatu subjek dan abaikan yang kita tak suka. Kita perlu berani untuk berterus terang dengan guru akan kelemahan kita. Insya Allah ada jalan penyelesaiannya.

Ana meletakkan prinsip dalam diri ana, walaupun ada beberapa subjek @ matapelajaran yang kita tak minat ataupun kita lemah, pastikan kita tidak gagal dalam subjek itu. Paling kurang 1 markah je lagi nak gagal. Kalau gagal, target untuk masa akan datang kita wajib lulus. Subjek yang kita suka, kita skor habis-habisan. Itu prinsip yang ana pegang. Wallahu ‘alam.harap perkongsian ini bermanfaat.. Ilal liqa’..



0 comments: