Sunday, September 26, 2010

Pohonlah.. segalanya..

Pohonlah apa sahaja…
Itu yang aku belajar…
Perkara biasa yang kian dilupai kepentingannya…
Mesti formal dan skema, adalah salah faham yang berlaku…


Setelah menjalani ibadah puasa Ramadhan yang lepas, ada banyak perkara yang ana perolehi. Antaranya : Kekuatan berDOA.

Ia senjata utama kita, selaku hamba Sang Pencipta yang mempunyai hubungan yang selari dengan kehendakNya. Hamba yang mengEsakan dan hanya berpaut padaNya. Secara terang ataupun sekadar bisikan hati, pasti didengari Yang Maha Mendengar.

“ Saya tidak reti bahasa arab.. “
“ Doa kejayaan di dunia dan akhirat.. kalau doa nak hanset baru boleh ke ?? ”
“ Kalau doa, betul ke boleh makbul ?? “

Ini sering diungkapkan oleh segelintir orang yang kurang jelas tentang fungsi doa.
Ada beberapa persoalan,

Ada tak Allah suruh kita skema dan formal ketika berdoa ?? Boleh doa yang besar-besar je ke ?? Tidak boleh berdoa dalam bahasa kita ??

Ana kongsikan, para sahabat r.a tatkala berdoa kepada Allah s.w.t , meminta apa sahaja yang diinginkan. Hatta jika mereka kehabisan garam di rumah, mereka turut selitkan ia dalam doa-doa mereka.

Ini bermakna, kita boleh minta apa sahaja, dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besarnya. Tidak semestinya perlu skema ataupun formal. Dalam apa jua bahasa kerana Allah Maha Mengetahui. Lebih indah, jika kita mulakan dengan adab-adab berdoa, seperti : berwudhu’, mengadap kiblat, memuji Allah, berselawat dll.

Allah juga tidak akan jemu mendengar doa-doa kita sehingga kita sendiri yang jemu untuk berdoa padaNya. Mohon Allah agar kita tidak jemu berdoa. Inilah yang dirisaukan Saidina Umar Al-Khattab, katanya :

“ Aku tidak risau jika Allah tidak memakbulkan doa-doaku, tapi aku risau jika Allah tidak memberikan hidayah padaku untuk terus berdoa.. “

Mengenai termakbulnya suatu doa itu, ada TIGA perkara yang akan berlaku.
1. Allah memakbulkan doa itu di dunia.
2. Allah menolak bala ataupun kecelakaan yang ditetapkan ke atas kita, hasil yang setimpal dari doa itu.
3. Allah menangguhkannya sehingga di syurga kelak. Tatkala di hari kelak, seorang bertanya, “ dari manakah datangnya semua nikmat ini ?? “ Ia adalah hasil dari doa-doanya di dunia dahulu.

Yang penting, kita yakin dengan Allah. Yakin ianya pasti dimakbulkan. Cuma dengan syarat kita menjaga batas-batas syarak dan adab-adab ketika berdoa. Seorang ustaz di sini, memberikan perumpamaan tentang kesungguhan berdoa,

“ Seorang anak kecil meminta RM1 dari ibunya untuk membeli makanan ringan. Si ibu tidak menuruti permintaannya. Anak itu merayu-rayu. Si ibu masih tidak memberi. Anak kecil itu mula menarik-narik baju ibunya dan menangis. Si Ibu mula menyedari kesungguhan anak kecilnya itu. Lantas memberikan RM2 kepada si anak. Lebih banyak daripada yang dipinta.“

Begitu juga Allah s.w.t terhadap kita. Allah ingin lihat sejauhmana kita benar-benar bersungguh dalam doa-doa kita. Dengan kesungguhan, mintalah apa sahaja. Kereta baru, Syarikat sendiri, Ayam goreng, Laptop Apple dan macam lagi yang kita inginkan.

Dan perbanyakkan juga doa untuk orang lain, lebih-lebih lagi orang yang masalah dengan kita. Doa untuk kebaikannya. Kerana Malaikat akan berdoa :

وَلَكَ مِثْلُهُ
“ Dan untukmu sepertinya “

Wallahu ‘alam. Moga empunya blog ini dahulu yang mengamalkannya. Betulkan ana jika terdapat sebarang kesalahan atau kekurangan. Insya Allah. Doakan ana..

Antara doa-doa yang ana tertarik sepanjang iktikaf di sini :

اللهم احيينا السعداء وامتنا الشهداء
اللهم ولّي علينا خيارنا ولا توالّي علينا شرارنا
اللهم ارحمنا إذا نزل بنا ملك الموت
اللهم اجعل آخر كلامنا لا إله إلا الله
اللهم يمّن كتابنا
اللهم إنا نعوذ بك من علم لا ينفع, ومن قلب لا يخشع, ومن نفس لا تشبع, ومن دعاء لا يسمع, ونعوذ بك من هؤلاء اربع
اللهم لا تحرمنا لذّة نظر إلى وجهك الكريم
اللهم حرّر المسجد الأقصى وارزقنا صلاة فيه

Memo : kalau tak faham makna doa-doa ni, silakan bertanya.

0 comments: