Sunday, March 14, 2010

Dunia oh dunia..

Dunia oh dunia… berapakah umurmu ??

Jika ada manusia masih hidup dan dia seusia engkau, sudah pasti tidak lagi menjadi buruan.. sudah pasti tidak diidamkan lagi.. malah diharapkan agar cepat mati (berakhir).

Akan tetapi kenapa engkau tetap menjadi rebutan ?? sehinggakan ada yang sanggup berbunuhan dalam memburu engkau.. Saling khianat mengkhianat.. Kawan menjadi musuh.. Musuh jadi kawan.. Kenapa ini terjadi ?? Apakah kerana mereka sangat sayang akan kau ?? Takut kehilangan kau ??

Apa istimewanya kau ?? Apakah kerana kelazatanmu ?? ataupun kerana perhiasanmu yang membuat kau tampak awet muda ??

Tidak !! Kau penipu besar..Hakikatnya kau sudah nazak.. Banyak penyakit ada pada kau.. Tapi mereka tidak nampak hakikat sebenar itu.. Mereka sudah termakan tipuan engkau.. Mereka masih lalai.. Mereka tidak sedar bahawa tempoh hidup kau sudah tak lama.. Kehancuranmu semakin menghampiri.. Ajalmu bakal menjelma..

Cuba perhatikan lirik nasyid ni :

Inilah peringatan buat diriku yang sering lupa..

Dunia tak seindah di mata.. Dunia bukan yang disangka.. Dunia negara bala.. Penuh dengan tipu daya..

Dunia penuh alpa.. dunia penuh gundah gulana.. Dunia memang fana.. Dunia pura2..

Yang kecil mahu yang besar, yang besar makan si kecil,

Yang miskin nak jadi kaya, yang kaya miskin jiwa.

Yang muda hilang malunya, yang tua lupa usia,

Yang lemah malas usaha, yang kuat tindas sahaja..

Kumpulan Raihan.

Album Gema Alam.

Sahabatku,

Dunia ini memang enak dipandang mata.. ada macam-macam kelazatan yang kita nikmati. Makanan yang membuatkan kita terliur dan minuman yang menyegarkan tekak.. wanita jelita dan jejaka tampan.. Duit dan emas.. Pangkat dan kedudukan.. Kemewahan dan kemasyhuran.. Kuasa dan senjata.. Kemudahan dan teknologi.. dll.



Sahabatku,

Ahli Psikologi membuat kesimpulan bahawa kecanggihan teknologi hari ini telah menambahkan kegelisahan dan kerisauan dalam diri manusia.. Biar betul ?? rasa relaks je ada la.. Nak call orang senang.. nak cari maklumat senang.. Itu memang benar. Kita lihat dari sudut yang lain.

Cuba bayangkan kita tak dapat pegang handset kita dalam masa seminggu.. okla paling kurang sehari..selalunya apa kita rasa?? Tak dapat nak call awek (bagi mereka yang kaki gayut), Risau kalau-kalau ada sms penting yang kita miss. Entah-entah ada parent call ke..Ataupun bos ada minta hadir meeting ke.. Ini baru hanset. Belum lagi tv, surat khabar, radio, internet dan macam-macam lagi kemudahan teknologi masa ni.

Adakah anda setuju dengan kesimpulan mereka ??

Pernah hilang barang kesayangan yang berharga tak ?? Kadang-kadang rasa lemah.. rasa rugi.. rasa nak marah.. rasa sedih.. macam-macam lagi perasaan yang timbul.


contoh hanset mahal..

Sahabatku,

Ini merupakan tanda kita sangat cintakan dunia dan takut kehilangannya. Seolah-olah ia segala-galanya untuk kita. Lalu Allah menghantar RasulNya untuk menyedarkan kita tentang hakikat sebenar dunia.. perlu menjadikan dunia sebagai wasilah (cara) bukan sebagai matlamat.. Menyampaikan khabar tentang hari pembalasan segala amalan.. hari yang kekal abadi.. Hari Akhirat.

Ketahuilah, sesungguhnya apa yang kau rasa nikmat sangat di dunia ini hanya satu sahaja daripada 100 rahmat Allah. 1 rahmatNya sudah membuatkan dunia ini cukup hebat dan kita rasa terlalu sayang dan takut kehilangan dunia. 1 sahaja rahmatNya sudah mampu untuk menanggung apa yang ada di langit dan di bumi. Hebatnya Rahmat Allah swt.

Sedangkan 99 rahmatNya akan diturunkan pada hari Akhirat. Apa yang diinginkan oleh hati dan melazatkan pemandangan. Ia bakal dinikmati oleh mereka yang berjaya menempuh ujian di dunia. Untuk mereka yang menjual dunia demi akhirat. Dunia tidak mengaburi mereka.. Mereka sedar akan hakikat dunia.. Mereka adalah orang-orang yang beruntung.

Allah swt berfirman :

1( وَالأَخَيْرِةُ خَيْرٌ وَ اَبْقَى )

“dan hari akhirat itu lebih baik dan kekal “

2( وَلَلْأَخِرَةُ خَيْرُ لَّكَ مِنَ الْأُولَى )

“dan hari akhirat itu lebih baik untukmu daripada yang pertama(dunia) “

1 : surah Al-A’la ayat 17

2 : surah Ad-Dhuha ayat 4

Sahabatku,

Ini merupakan tazkirah ana kepada diri ana secara khususnya. Dan alangkah baiknya jika ia dapat disampaikan kepada kita semua.Sedarlah hakikat dunia ini. Jadikan ia sebagai alat untuk memburu redha Allah. Allah sayang kita. Tapi adakah kita sayang padaNya ?? Allah inginkan kita berjaya menempuhi ujianNya. Agar kita menikmati kenikmatan yang sebenar-benarnya. Syurga.. Syurga bukan tempat kita seorang sahaja. Serulah orang lain kepada Allah. Alangkah bahagianya jika semua manusia berjaya menjadi ahlinya.

Wallahu ‘alam..

0 comments: