Tuesday, July 6, 2010

Cermin kita..

“ Cermin, cermin di tanganku, siapakah perempuan yang paling cantik dalam dunia ni ?? “ Tanya ahli sihir perempuan.

“ Snow white “ jawab sang cermin

“ Snow white ?? Aargh !! tak guna.. aku mesti bunuh itu perempuan.. “

Ini antara dialog dalam cerita kartun SNOW WHITE. Kerana dengki akan kecantikan seseorang , sanggup dia melakukan apa saja, hatta membunuh.

Cermin, mirror, مِرَايَا atau مَرْءَ (bahasa arab)

Rasanya majoriti manusia suka lihat cermin. Ada apa ye kat dalam cermin ??

Ada diri kita.. ada wajah kita.. walaupun mungkin wajah kita tidak sekacak dan secantik orang lain, tapi kita suka juga tengok.Biasanya, kita perlukan cermin untuk buang kekotoran yang melekat pada muka dan urus diri. Kalau orang yang tinggal di hutan, mereka jadikan sungai sebagai cermin.

Mengikut ahli psikologi, bila seseorang tengok sesuatu gambar ramai-ramai, dia akan mencari gambarnya terlebih dahulu. Barulah orang lain. Ini menunjukkan kita suka untuk mengenali diri kita lebih mendalam.

Ada jerawat ke tak ??
Tahi lalat ??
Mata bulat ke sepet ??
Apa warna mata kita ??

Akan tetapi, hasil pantulan di cermin itu hanyalah sudut fizikal dan penampilan kita sahaja. Ada sudut lain yang lebih penting daripada itu yang perlu diketahui. Sudut yang menjadi ukuran di sisi Allah. Sudut perilaku dan akhlak. Kita takkan dapat kesan ia dalam cermin di dinding. Tapi kita perlukan cermin yang lebih canggih. Cermin yang bernyawa dan bergerak. Cermin yang ada perasaan. Cermin yang bernama sahabat..


Fungsi sebenar seorang sahabat : menunjukkan kita akan kelemahan diri dan membantu kita mengikisnya sebagaimana cermin berfungsi. Bukanlah dinamakan sahabat, mereka yang merahsiakan kelemahan kita lantas merosakkan lagi akhlak kita.

Tips untuk kenal seseorang :
Kenali siapa kawan baiknya. Siapa yang lebih banyak meluangkan masa dengannya. Fitrah manusia suka bergaul dengan mereka yang ada persamaan.

Teringat masa di kolej Jaiputra dulu, ada ustaz tanya kat seorang siswa tentang faedah merokok. Siswa tu jawab :

“ Ustaz, dengan merokok ni, kita boleh rapatkan ukhuwwah. Contohnya time saya naik bas ekspress balik kampung. Masa saya tengah bersantai-santai hisap rokok di perhentian, ada sorang abg datang minta pinjam lighter. Saya pun bagi la.. lepas tu kami start berkenalan dan bertambah mesra.. ukhuwah kan tu.. hehehe… ”

Oleh kerana itu, antara cara terbaik untuk kita membuang akhlak-akhlak buruk dalam diri, adalah dengan kita mendampingi orang yang soleh. Agar kita tambah lagi akhlak mahmudah dan singkirkan yang mazmumah. Dan akan tiba masanya, kita pula yang jadi orang soleh itu. Soleh wa musleh.. (soleh dan menjadikan orang lain soleh pula).

Lagi beruntung jika kita menjadi tumpuan utama bagi mereka yang ingin berubah. Itu menunjukkan ‘cermin’ kita paling berkualiti lagi berkesan. Pabila nama kita disebut, sudah makruf (terkenal) dengan sifat muslim sebenar. Itulah dia Du’at.. (pendakwah). Ya Allah, jadikan kami di kalangan mereka ini.

Zaman makin maju. Kawan juga begitu. Manusia lebih banyak menghabiskan masa dengan kawan baru. Kawan yang tinggal dalam beg atau kocek. Nama dia Hanset.. Siang, malam, tidur, jaga, gembira, sedih, semua dengan hanset. So, kalau apa yang ada dalam hanset tu baik, insya Allah baiklah dia.. kalau isinya buruk, harap dimuhasabah balik. Ada benda yang perlu di’servis’..

Akhir kata, pastikan kita ada ‘cermin’sendiri dan kita juga jadi ‘cermin’ untuk orang lain. Tiada orang yang suka wajahnya penuh dengan debu, peluh apatah lagi berbau. Cermin yang buat kita sedar semua itu. Oh ya, jangan lupa baca doa waktu lihat cermin sebenar.

الَلَّهُمَّ كَمَا حَسَّنْتَ خَلْقِي , فَحَسِّنْ خُلُقِي

“ Ya Allah, sebagaimana kau cantikkan kejadianku (wajah), kau cantikkanlah akhlakku ”

Wallahu ‘alam… semoga bermanfaat dan selamat beramal..

p/s : ukhuwwah yang dimaksudkan oleh siswa di atas, tidak betul.. ukhuwwah hanya dalam perkara kebaikan. Hmm.. dan harap dapat bezakan antara cermin hakiki (sebenar) dan cermin majazi (simbolik). Takut tertukar.. hehehe…

3 comments:

abdul hakim said...

ya Allah, hensemkanlah akhlakku sepertimana hensemnya wajahku~~~

Ramadhan Aldin said...

Harap saling menjadi cermin

DIANAROSE said...

#cermin