Sunday, July 25, 2010

Just Imagine...

Bismillah.. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menulis walaupun sedang bertarung dengan final exam. Exam exam jugak.. tanggungjawab lain tak boleh tinggal.

Biasanya program-program motivasi, ada sesi berkhayal. Sesi anda membayangkan yang anda berada di tempat yang indah.. atau membayangkan wajah ibu..wajah ayah.. Semua guna otak sebelah kanan. Cara membina gambaran di minda ni sangat efektif untuk mengekalkan ingatan. Pelajar tahfiz juga bila membaca Qur’an, akan membayangkan susunan ayat dalam mukasurat itu.

So, kesimpulannya, cara berkhayal ni beri kesan baik pada ingatan. Ada segelintir pelajar tak suka subjek sejarah. Alasan : susah, banyak sgt fakta, kisah lama2, susah nak ingat dll. Sedangkan peristiwa2 itu dulunya terjadi, di tempat sama yang kita pijak, sama oksigen, sama cahaya matahari, dan macam2 persamaan lagi.

Persoalannya, kenapa kita tak guna cara berkhayal untuk belajar sejarah ?? Cara ni mudah dan bertahan lama. Insya Allah boleh skor subjek sejarah.

Bagaimana pula dengan sirah junjungan kita s.a.w ?? Sirah Para Nabi terdahulu ??

Ana ingin mengajak mereka yang berkesempatan berada di bumi Anbiya’ untuk berkhayal, menggambarkan peristiwa2 itu. Bagaimana mereka bekorban menegakkan kalimah Allah.

Mahasiswa di Mesir, bayangkan keperitan dakwah Nabi Musa a.s terhadap Fira’un laknatullah. Bayangkan laut itu dulu terbelah menjadi dua. Piramid dll. Mahasiswa di Makkah dan Madinah, sirah Muhammad s.a.w secara terperinci dan diyakini, berlaku di sekitar antum. Just imagine..



Mereka yang di sini (Yaman) bersama ana, banyak juga peristiwa berlaku di bumi Hikmah ni. Antaranya, kisah Nabi Hud dan kaum ‘Ad yang berlaku di Al-Ahqaf, berhampiran Hadramaut (belum berkempatan pergi lagi.. ). Bayangkan kaum ‘Ad membina istana-istana pada setiap tanah tinggi tanda bermegah-megah. Mereka bina benteng-benteng agar mereka boleh kekal di dunia ini.

Namun tiada makhluk Allah yang kekal hidup. Atas keengganan mereka terhadap dakwah Nabi Hud a.s, diutuskan awan yang disangkakan mereka membawa hujan. Tidak !! ianya adalah AZAB. Maka dihancurkan semua mereka. Yang tinggal, hanyalah sisa2 tempat tinggal mereka. Untuk generasi akan datang mengambil iktibar. Siapa generasi tu ?? kita..

2. Peristiwa Abrahah membina rumah ibadat untuk menandingi Baitullah Al-Haram. Rumah ibadah yang dinamakan sebagai Qullais, terletak di San’a. Tentera Abrahah, yang siap dengan gajah-gajah, ingin meruntuhkan Baitullah. Namun Allah tidak mengizinkannya. Tentera bergajah itu ditewaskan Ababil, salah satu jenis tentera daripada tentera-tentera Allah. Pada tahun itu juga Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan. Tahun yang dinamakan tahun Gajah, diambil bersempena tentera bergajah dibawah arahan Abrahah. Kesan keangkuhannya masih bersisa di Babul Yaman, San’a.



Qulais.. tiada nilai..


Pengalaman melawat Qullais ni, seolah-olah tempat pembuangan sampah. Tak terurus. Dihina sebegitu sekali. Mana keangkuhan Abrahah itu ?? Lihat sendiri.. Orang Yaman sendiri rasa pelik kerana kita melawatnya. Bagi mereka tiada faedah. Namun kita lawatinya, sambil bayangkan keangkuhan Abrahah membinanya. Bandingkan keadaan Qullais dan Ka’bah di Masjid Al-Haram sekarang.. Jauh beza sekali bukan ?? 3. Gejala murtad dan nabi palsu juga berleluasa di Yaman suatu ketika dulu. Antaranya Aswad Al-‘Ansi.. Tapi Alhamdulillah sekarang 100 % penduduk Yaman muslim..



di depan bab al-Yaman


4. Peristiwa akhir zaman. Akan ditiup satu angin dari Yaman ke seluruh dunia sebelum sedikit berlakunya Qiamat. Angin yang mencabut nyawa mereka yang masih ada iman, walaupun sebesar zarah. Apabila tiada lagi orang yang beriman di bumi ini, maka terjadilah Qiamat yang dahsyat..

Rasulullah bersabda :
“ Sesungguhnya Allah akan mengutuskan angin dari Yaman, (angin yang) lebih lembut daripada sutera, maka tidak akan tinggal orang, (yang) pada hatinya sebesar zarah Iman, melainkan akan dicabut nyawanya “
-Sahih Muslim-

Banyak lagi peristiwa yang ana tak mampu untuk cari atau sertakan di sini. Dan bersempena dengan Ramadhan yang bakal muncul ini, kita imagine Rasulullah s.a.w dan para sahabat r.a menjalaninya. Berlumba-lumba dalam kebaikan. Peperangan dan kemenangan. Bulan di mana Jibril a.s mengajarkan Rasulullah s.a.w akan Al-Qur’an.

Akhiran, kenali tempat kita berpijak dan hayati peristiwa-peristiwa yang berlaku. Khayalkan suasana itu. Suara mereka, tangisan mereka, ketakutan mereka.. Pasti kita terasa kerdil, jauh beza dan menumpahkan air mata. Itulah tangisan yang dirindui Allah. Tangisan yang memelihara mata dari bakaran neraka. Insya Allah. Ilmu akan bertambah, Iman boleh meningkat, Semangat makin berkobar, dan amal bisa berterusan.. wallahu ‘alam..

0 comments: