Tuesday, January 31, 2012

Kembali bergelar pelajar.

  

 
     DARUL AMAN... Tempat baru bagiku.. Berkelana demi meneruskan jihad mata pena. KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH (KUIN) berpusat di Alor Setar, sedang aku jadikan 'lubuk' untuk mengutip seberapa banyak ilmu yang mampu.

    Allah musta'an.. Pernah sebelum ini, ana menulis tentang berbaik sangka kepada Allah. Yakin dengan segala Qada' dan QadarNya. Walaupun pada pandangan kita ianya merugikan, Yakinlah, ada hikmah yang tersirat.

    Kini, Allah menguji ana. Apa yang ana tulis dikembalikan kepada ana. Sejauhmana pula ana mengamalkan tulisan ana tadi. Allahu Akbar.. Berat sungguh. Ana terpaksa mengulang kembali pengajian ana di tahap Asasi (setaraf STAM @ STPM). Walaupun telah meninggalkan bangku sekolah menengah pada tahun 2007. Sudah 5 tahun berlalu, namun kelulusan tertinggi ana hanyalah SPM dan sijil itu hanya valid untuk tempoh 5 tahun sahaja.

    Allah.. Allah.. Perasaan ana gundah-gulana. Resah dan risau. Melihat sahabat-sahabat yang lain telah graduate @ hampir kepadanya. Di mana pula aku ? Allah.. Allah.. Melihat adik-adik di bawah sedang meningkat tahap pelajaran mereka. Aku pula masih di tampuk lama. Sampai bila Ummi Abah nak menanggung perbelanjaanku ? Allah.. Allah..

    Melihat beberapa orang Ikhwah yang telah kembali ke Yaman untuk meneruskan pengajian mereka, tambah rasa cemburu (Ghibthoh). Keadaan di sana masih belum stabil, namun mereka tekad menempuhnya. Moga Allah menjaga keselamatan Antum. Sebelum ini kami bersama, kini semuanya terpecah. Masing-masing menyusuri laluan Takdir yang Allah aturkan. Insya Allah, kita akan bertemu lagi.

    Allah.. Allah..  Paling menusuk hati ini, ketika seorang Pensyarah di sini menjawab permintaan dan rayuan ana untuk membuat pemindahan kredit (dari Yaman). Beliau menolaknya dan berkata :

                    " Kamu sendiri yang pilih jalan itu, kamu kena lah terima risiko-risikonya. "        

    Bagai kilat menyambar jantungku. Benar katanya. Cuma terlalu pedih untuk menerimanya. Aku menangis semahu-mahunya. Mohon ampun pada Yang Maha Mengatur, agar dijauhkan dari perasaan menyalahkan takdirNya, tidak redha dan putus asa. Aku banyak membisu. Berfikir.. Muhasabah.. Istighfar..

    Alhamdulillah.. Perasaan itu dapat dijauhi. Ana memandang diri sendiri dan membandingkannya dengan Allah. Jurang yang teramat jauh antara hamba dan Pencipta. Tidak pantas untuk kita berasa tidak puas hati denganNya. Keimanan terhadap Allah dan Hari Akhirat dijernihkan.

    Ana berfikir dan membuat satu prinsip baru. Dipandang hina di dunia bukanlah masalah besar. Yang penting, apa kedudukan ana di Akhirat nanti. Berjayakah ana memperoleh Ijazah Penghuni Muda Syurga Firdaus dengan kepujian ? Terselamatkah ana dari terpaksa mengikuti kelas pemulihan di Neraka Allah ? Allahu Akbar..

    Insya Allah, sekalung Ijazah di dunia ini, akan ku cuba dapatkan sedaya yang mungkin. Tapi yang lebih utama adalah tadi. Ijazah suratan amal di tangan kanan (Ashabul Yamin) dan Kad Matrik ahli Syurga. Itulah yang paling wajar ana bermati-matian menggarapnya. Wallahu 'alam.

    Mohon diberikan kekuatan untuk mentaati Allah dalam apa jua keadaan. Diberi perlindungan dari syaitan yang sentiasa menyesatkan. Akhir kata, Tiada had umur dalam menuntut ilmu. Ilmu menjadikan kita lebih takut kepada Allah. Moga dikurniakan Hikmah sebenar ILMU itu. Amin.  
       
  

5 comments:

Abdul Muhaimin Abirerah said...

tabahkan hati ya akhi!!insyaAllah,biar hina didunia asal tidak merana di akhirat, perjuangan jgan dihentikan..:)-pesanan untuk diri juga-

unais said...

Jazakallah akhi

mujahadah@khairul nisa said...

alhmdullah...ya akhi..emm sunguh terharu membace cebisan dari epiloq kehidupan akhi ni..benar kekadang agak sugar untuk kite terima apa yang telah direncanakan pada kite..berbicara tentang "berbaik sangka pada ALLAH.." ana teringat akan satu hadis yang ana petik dari buku AL-QURAN RAHSIA TERUNGGUL buah tngan dari nukilan ali ahmad..sabda BAGINDA.."sesungguhnya ALLAH berfirman:aku akan mengikut prasangka hambaKu dan Aku akan sentiasa menyertainya apabilanmerekaberdoa kepadaKU...dalam surah yunus.."sesungguhnya ALLAH tidak berlaku zalim kepada manusia sedikitpun,,akan tetapi manusia itu sendiri yang berlaku zalim kepada diri mereka sendiri.."sungguh..aturan ALLAH itu adil sebenarnya pada kite..ada ALLAH lakarkan dalam surah al-baqarah "dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu,dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.dan ingatlah,ALLAH jua lah yang mengetahui semuanya sedang kamu tidak mengetahui."ayat 216..ujian itu indah bagi mereka yang berfikir..dari kalam ALLAH menerusi surah al-kahfi "sesungguhnya segala sesuatu itu ada sebab musababnya"..indah jika kite dapat memahami kehendaknya..yang tak lain tak bukan hanya untuk kebaikan kite..maaf jika ada kesalahan di sebalik titisan pena ini..ana juga insan yang lemah..masih cuba beriman dengan ayat2 dari kalam-NYA..pesanan ini tak lain tak bukan buat santapan rohani diri ini dan jua kamu...berpengang kuatlah dengan tali al-fatihah wahai penerus juang RASULKU..moga ALLAH simbahkan kekuatan dalam jiwamu..begitujuga diriku..
~dari clasmate mu~kuin(asasi)

ahlamiyamany said...

nasib kita serupa...rat

k.sumayyah said...

Tak mengapa anas.. jangan risau..Allah sedang merancang yg terbaik buat anta. Kalau nak diikutkan akak lagi terasa tekanannya..lagi2 umur akak lagi dewasa dari anas.. Allah MAHA perancang kita tak tahu apa hikmah di sebaliknya. Banyakkan bersyukur insyaAllah hati tenang.