Sunday, January 17, 2010

Khabar Angin..

Bismillahir Rahmanir Rahiim..

Alhamdulillah segala puji bagi Allah. Selawat dan salam dipanjatkan ke atas junjungan mulia Rasulullah s.a.w. Salam ditujukan kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga post kali ini diterima Allah sebagai amal soleh ana. Insya Allah.

Pernah dengar nama permainan ‘telefon berkarat’ ?? Rasanya mungkin banyak istilah digunakan bagi permainan yang sama. Permainannya berbentuk begini:

1 1. Bahagikan kepada beberapa buah kumpulan. Bilangan ahli setiap kumpulan lebih kurang 5 orang atau lebih.

2. 2. Orang yang pertama (setiap kumpulan) akan menghafal sebuah petikan. Kemudian dia akan sampaikan apa yang dihafalnya kepada orang kedua.

3. 3. Orang kedua akan sampaikan apa yang didengarnya kepada orang ketiga. Begitulah seterusnya.

4. 4. Orang yang terakhir akan tulis apa yang didengarinya dan membacakannya di hadapan orang ramai.

5. 5. Kumpulan yang paling hampir dengan petikan asal dikira juara.

Kebiasaannya apa yang disampaikan oleh orang yang terakhir itu tidak sama dengan petikan yang dihafal orang pertama. Ada kalanya ternyata jauh terseleweng daripada yang asal. Inilah yang ana nak fokuskan kali ini.

Perkara sebegini amat bahaya. Pernah sebuah negara yang terlibat dalam suatu peperangan telah menerima berita kekalahan mereka. Maka dengan sekelip mata, harga saham turun menjunam. Ketika itu, datang seorang lelaki dan dia membeli semua saham yang ada dengan murah. Setelah diteliti keputusan peperangan itu, ternyata sebenarnya mereka menang. Harga saham melonjak naik. Namun semua saham telah digondol habis oleh lelaki itu. Untung besar dia. Rupa2nya berita kekalahan itu palsu dan rekaan semata. Ekonomi mereka dipegang oleh orang lain. Inilah akibat percaya bulat2 dengan khabar angin.

Menurut parent salah seorang sahabat kami, Khabar angin di Malaysia mengembar-gemburkan keadaan peperangan yang sangat dahsyat berlaku di San’a, Ibu negara Yaman, tempat di mana kami berada sekarang. Sedangkan keadaan kami di sini tidak seperti yang dikhabarkan. Setakat ini, di San’a, tiada situasi peperangan yang berlaku. Cuma terdapat sekatan jalan dan kem pelarian mangsa perang yang berlaku di Sa’dah. Dapat la tengok kem pelarian kat sini. Medan perang agak jauh daripada kami.

So, apa pendirian kita sebagai seorang muslim apabila menerima ataupun berdepan dengan berita-berita yang disampaikan ?? Allah berfirman dalam Al-Quran :

“ Wahai orang yang beriman, jika seseorang yang fasik datang kepadamu membawa suatu berita, maka telitilah kebenarannya, agar kamu tidak mencelakakan sesuatu kaum kerana kebodohan (kecerobohan) , yang akhirnya kamu menyesali perbuatan kamu itu. “

(Al-Hujurat : 6)

Kita perlu selidik dengan teliti, pastikan berita itu benar-benar sahih, dari mana sumbernya??, Thiqah(boleh dipercayai) ke orang yang sampaikan tu?? Ramai ke yang sokong?? Ada bukti ke ?? Macam-macam lagi perlu diteliti.

Begitulah juga dalam periwayatan sesuatu hadis. Jika seseorang itu tidak thiqah maka hadis yang diriwayatnya lemah dan tidak boleh dijadikan hujah. Terdapat syarat-syarat yang perlu dipenuhi. Dari segi peribadi seseorang itu, dari segi Sanad* yang tidak terputus. Anda boleh rujuk dalam buku istilah hadis ataupun Ustaz-ustaz yang mahir lagi arif.

Namun ana dan sahabat2 di Yaman ini perlu lebih berhati-hati kerana apa-apa yang buruk boleh berlaku. Semua itu terpulang pada Allah. Beriman dengan ketentuan dan ketetapan Allah merupakan salah satu rukun Iman. Redha dengan ujian. Pasti ada hikmah. Kami berharap urusan kami dipermudahkan. Sejak akhir-akhir ni, pihak polis mahupun tentera sering kali menahan sahabat-sahabat kami (foreigner), minta passport, dan mengesyaki kami terlibat dengan Al-Qaeda dll. Tambahan pula, Universiti kami dilabelkan sebagai pusat pengganas. Baru-baru ni, ramai wartawan membuat liputan di situ.

Akhir kata, Doakan yang terbaik buat kami di sini. Baru 3 bulan ana di Yaman, banyak ujian kami lalui. Masih berbaki 7 tahun untuk menamatkan pengajian. Mohon maaf atas segala salah silap ana selama ini terhadap sesiapa yang mengenali diri ini. Wallahu ‘alam..

اللّهم انصر دين الإسلام... اللّهم يسّرلنا ولا تعسّر...

*rantaian perawi hadis.


alhamdulillah.. masih aman setakat ni..

1 comments:

Ibnu Roslan said...

InsyaAllah..kami disini sentiasa mendoakan akh disana..bittaufiq wannajah