Tak pernah ku tinggalkanmu walaupun satu malam… Aku amat memerlukanmu… Tanpamu, hidupku huru-hara… fikiranku kusut… badanku lemah… Tatkala aku mendakapmu, fikiranku tenang… badanku cergas… hidupku teratur… Dikaulah… yang bernama TIDUR.
Pernah tak kita fikir tentang tidur?? Betapa nikmatnya tidur ni.. Rasa sakit dapat dikurang atau dihilangkan. Badan yang lemah dapat disegarkan. Tension, marah dan pelbagai lagi perasaan yang tidak baik dapat dihindarkan. Memang hebat kesan tidur ni.
Namun jika tidur berlebihan, ia akan memberi kesan yang buruk. Sangat buruk. Otak jadi lembab, badan jadi lemah, hidup kucar-kacir, kita jadi malas dan macam-macam lagi. Ini sangat mencabar bagi orang yang sedang menuntut ilmu. Memang semua orang dalam proses menuntut ilmu, tak kira yang sedang bekerja ataupun sudah pencen. Tapi di sini ana fokuskan title PELAJAR itu sendiri. Ana bawakan satu situasi.
Suasana di asrama pelajar (khusus student IPT).
Setelah solat subuh ‘gajah’ (lingkungan jam 6 – 7 pagi waktu Malaysia)
“Eh Mat, pagi ni kelas kita pukul bape ?? ” Tanya Dol
“ Hm.. Ari ni mula pukul 9 pagi…” Jawab Mat
“ Yes !! blh la aku gi makan sarapan dulu.. “ Dol gembira
“ Hm.. sejak bila kau ni pandai makan sarapan? Setahu aku, kau ni tak pernah sempat sarapan.. Qada’ sekali dengan lunch ada la.. “ ujar Mat
“ Sbnarnya, aku sarapan dalam mimpi la. Hehe.. Nanti nak gi kelas, kejut aku ye? “ pinta Dol
“ La.. gitu pulak, k la, nanti aku kejut… “ Mat setuju
-Tamat-
Rasanya perkara sebegini selalu berlaku di kalangan pelajar. Ada la sedikit pengalaman jugak dalam bab ni. Hasilnya, rasa mengantuk masih tersisa semasa guru mengajar dan tiba lewat di kelas. Bila tengok hanset, ada banyak missed call dan 1 sms. Classmate yang call. Lelaki mahupun perempuan. Sms pun dibuka. Satu mesej terpapar di skrin :
Woi!! Pensyarah dah masuk kelas la…
Ada juga sms yang dihantar begini :
JaaA Al-Ustaz, Aina antum ?? (bahasa Arab)
Maksud : Ustaz dah datang, kamu semua kat mana ??
Sahabat sekalian,
Ada satu hikmah Arab yang bermaksud :
“ Wahai katil, engkau tampak empuk sekali… Sungguh nikmat tatkala badan ini berada di atasmu.. Akan tetapi, kau terpaksa ku tinggalkan.. Kerana katil di Syurga Allah jauh lebih empuk dan nikmat daripada kau di dunia ini. “
Memang benar katil itu sedap di ‘landing’.. Tapi itulah cabaran kita ber’title’ pelajar ni. Belajar agar menjadi insan berguna kepada Islam dan Ummah. Memang letih. Berjalan dari dewan kuliah ke dewan yang lain. Terpaksa selesaikan assignment yang bertimbun-timbun. Kena ikut halaqah ni la halaqah tu la. Tasmi’ Qur’an hari-hari. Program kemasyarakatan lagi..
Namun ketahuilah, Perkara yang meletihkan itulah yang membuat kita ini dapat memberi manfaat kepada orang lain. Perkara itulah yang jadikan kita ni kuat azam, tabah, sabar dan cekal. Tidak mengenal erti putus asa. Itulah sifat mukmin. Ilmu itu dituntut dan diamal serta diajarkan agar masalah Ummah dapat diselesaikan. Besarkan skop tujuan kita belajar. Bukan sekadar nak hidup senang bila bekerja nanti. Tapi nak hidup tenang dalam perjuangan menegakkan Islam dan melihat Islam kembali gemilang.
Ana teringat satu hadis Rasulullah s.a.w yang pernah dijadikan syiar kami (pelajar Hira’) sewaktu di bangku sekolah dulu. Rasulullah s.a.w. bersabda :
يا خديجة , قد مضى عهد النوم
"Wahai Khadijah, Telah berlalu masa tidur (berehat) “
Terlalu banyak kita tidur sebenarnya. Menurut perkiraan jam kita tidur dan purata umur manusia, kita telah habiskan lebih kurang ¼ daripada hidup kita dengan tidur. Bahkan lebih dari itu. Bukan di sini ana maksudkan kita kena tidur 2 jam je sehari. Ataupun kurang daripada itu. Tapi kita perlu seimbangkan tempoh tidur kita. Islam itu agama Wasatiyyah (bersifat sederhana). So, kita perlu sederhana dalam tidur. Jangan terlampau lebih dan jangan terlalu kurang. Ambil pertengahan.
Akhir kata, tidurlah kita dengan niat bekerja keras esok hari, memperbaiki kekurangan diri dan menjadi lebih baik daripada hari sebelumnya. Bersediakah kita untuk menghadapi tidur yang tidak akan terjaga kembali ?? Tidur yang memindahkan kita ke platform alam seterusnya dalam kronologi hidup manusia yang telah ditetapkan Allah ke atas kita. Tidurlah kita dengan adab dan kalimah Laa ilaha illa Allah… Moga diri ini diberi kekuatan untuk melaksanakannya terlebih dahulu.
Wallahu ‘alam..
Selamat menikmati tidur yang sederhana..
0 comments:
Post a Comment