Bismillahir Rahmanir Rahim..
Alhamdulillah ke hadrat illahi, kerana masih diberikan kesempatan untuk menulis di ruangan blog yang tak seberapa ini. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w., Moga syafaatnya kita peroleh di Hari Akhirat kelak. Kali ni, ana bawakan satu keadaan.
Suasana di kelas tafsir.
Seorang Ustaz yang alim bersyarah.
Katanya : “
Allah berfirman [[ Sesungguhnya orang yang bertaqwa mendapat kemenangan, Iaitu Taman-taman dan kebun anggur, Dan gadis-gadis montok yang sebaya… ]]
(surah An-Naba’ : 31-33)
Insya-Allah, bagi orang yang bertaqwa, mereka akan mendapat kemenangan di akhirat kelak. Mereka akan diberi nikmat syurga.. Di dalamnya terdapat taman-taman yang indah. Penuh dengan pelbagai jenis buah. Apa yang dihajatkan dan apa yang menyedapkan mata bakal dinikmati. Dan mereka bakal dikurniakan bidadari-bidadari yang cantik, montok lagi muda…. “
Mahasiswa-mahasiswa yang sedang asyik mendengar, mula menunjukkan reaksi yang agak rancak. Rasa tidak senang duduk. Kedengaran sesuatu yang menarik disembangkan di belakang. Cerita Bidadari la katakan. Ada yang terawang-awang.. macam-macam reaksi pada malam itu.
Tiba-tiba, Ustaz itu seakan meninggikan suara. Untuk mengambil tumpuan mereka yang hampir tidak berpijak di bumi realiti. Ustaz kelihatan agak marah. Namun keadaan berjaya dikawal dengan baik. Ustaz itu meneruskan syarahannya.
“ Bidadari, dalam bahasa arab berbunyi [ hur ‘ain ] kerana pada mata mereka terdapat satu tanda yang sangat cantik.. Bahkan kain yang menutup kepala mereka lebih baik daripada dunia dan seisinya.. Barangsiapa yang melihatnya, akan ditimpa penyakit gila ataupun mati kerana terlalu cantik, tetapi di syurga kelak, tiada lagi kematian ataupun penyakit…“
Sidang pendengar bertambah gelora jiwa mereka.. Maklumlah.. majoritinya bujang belaka..Mereka memberikan perhatian sepenuhnya terhadap syarahan itu.
“ Mesti kamu semua rasa tak sabar nak jumpa bidadari tu kan ?? Rasa macam nak je bidadari tu ada kat sini sekarang kan ?? “
Para pendengar mula mengangguk, tersenyum-senyum, tanda membenarkan pandangan ustaz tadi. Ustaz itu sambung lagi :
“ Tapi… apa syarat untuk dapatkan bidadari tu ?? Ok, kita lihat semula ayat Qur’an tadi, [ sesungguhnya orang yang berTAQWA itu mendapat kemenangan ].. “ Ustaz itu fokuskan kepada perkataan yang di ’bold’ kan.
“ Hanya orang bertaqwa sahaja yang layak dapat semua ini. Semuanya kerana Hati mereka bersih, suci dari segala syirik, hasad, dendam, takabbur dan macam2 lagi penyakit hati. Hati mereka khusyu’ dalam solat.. Hati mereka tenang dengan alunan ayat-ayat suci Al-Qur’an dan Zikrullah..
Sesungguhnya Allah tidak melihat pada paras rupa kamu, tetapi Allah melihat jauh ke dalam lubuk hati kamu… Inilah penilaian Allah… Manusia menilai sesama mereka dari sudut kebendaan, paras rupa, bakat, pangkat dan harta. Namun penilaian Allah lebih utama.. Tiada manusia yang mampu mengetahui dan menilai isi hati manusia. Itulah untungnya kita.
Namun, bukan senang nak pelihara hati.. mudah berbolak-balik.. lagi parah jika hati telah mati. Pernah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. dikhabarkan baginda s.a.w. bahawa syurga itu pasti baginya. Seorang lagi sahabat Rasulullah cuba menyelidik amalan apa yang membawanya ke syurga. Rupa2nya, sahabat itu ada satu prinsip:
[ Aku tidak akan tidur malam kecuali setelah aku membersihkan hatiku daripada perasaan yang buruk terhadap orang lain dan aku memaafkan kesalahan mereka padaku… ]
Jadi para pemuda sekalian, malam ni, kita mesti mula bersihkan hati kita.. Buang segala perasaan buruk sangka, takabbur dan dendam terhadap orang lain. Yang ada hanyalah perasaan cinta dan ukhuwwah sesama kita. Tentang bidadari tu, kita serahkan sahaja kepada Allah. Kita tak perlu cuba membayangkan kecantikan bidadari-bidadari itu. Kerana aqal kita terbatas di dunia sahaja… So, kita mesti berazam menjaga hati kita.. insya Allah.. itu sahaja untuk malam ni.. Assalamualaikum wbt.. “
Para pendengar mula muhasabah diri.. termasuk yang menulis post ini.. layakkah kita bergelar orang berTAQWA ?? Siapa yang lebih kenal akan hati ini melainkan Allah ?? Ku pinta rahmatMu Ya Allah.. hanya kernanya, ku bisa ke syurga.. Wallahu ‘alam…
0 comments:
Post a Comment