Bismillah.. Dengan nama Allah yang agung, ku menulis. Harap diberikan petunjuk sepanjang menjalani hidup ini. Bila diterangkan dan diingatkan tentang ikhlas, hati ini gerun. Riya’ mudah merebak dan merosak. Sia-sia segalanya. Ya Allah, ikhlaskan hatiku..
Apakah perasaan seorang yang benar-benar sihat fitrahnya, sejahtera aqidahnya apabila melihat tajuk berita dan khabar masyarakat sebegini : Jenayah keganasan seks meningkat dan kes ragut berleluasa ??
Tidakkah kita sendiri benci dan sedih membacanya ?? Tapi inilah yang kerap berlaku di negara kita.
Agama rasmi : Islam.
Majoriti penduduk : beragama Islam.
Majoriti penjenayah : Melayu beragama Islam.
Cuba teliti petikan berita ni :
“ KUALA LUMPUR - Jumlah kes jenayah keganasan seks, termasuk liwat dan sumbang mahram yang dilaporkan meningkat hampir 50 peratus dalam tempoh lima tahun bermula 2005.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, pada tahun lalu 4,238 kes jenayah keganasan seks termasuk rogol, liwat dan sumbang mahram dilaporkan berbanding 2,427 kes yang dicatat pada 2005.”
Dan ini :
“ JITRA – Dia (perempuan) dihimpit peragut hingga jatuh motosikal dan patah kaki. Hasil yang mereka dapat daripada perbuatan kejam itu hanya RM5.
“Dia bekerja sebagai jurul tol, tinggal bersama abangnya di Taman Tunku Sarina. Mangsa melalui jalan itu setiap hari untuk ke tempat kerja. Awal pagi itu, dia diekori dua lelaki bermotosikal yang menghimpit motosikalnya hingga terjatuh di tepi jalan.
“Dalam keadaan dia mengerang kesakitan, mereka membuka tempat barang motosikalnya dan melarikan beg yang berisi RM5, telefon bimbit dan dokumen peribadi,” katanya.
Akibat kejadian itu, kata Sawaluddin, mangsa mengalami kecederaan serius patah kaki kanan akibat dihempap motosikal. “
Ana boldkan perkataan awal pagi. Bagi ana, pertama kali mendengar berita kes ragut berlaku awal pagi. Seawal jam 5.30 pagi. Kita boleh anggarkan yang peragut juga Qiamullail (bangun malam) .. bukan beribadah tapi berjenayah. Mangsa pula seorang juru tol. Bukannya juru tawan wang (jutawan). Teruk..teruk..
Sahabatku,
Tanah air sendiri dirasakan bukan lagi tempat yang selamat dan bersifat protactive. Anak kecil menjadi mangsa culik dan rogol. Nenek tua dan wanita menjadi mangsa ragut. Di manakah nilai negara Islam di sini ?? Adakah ini kerana agama rasmi negara kita Islam ?? Sama sekali tidak !!
Ini kerana negara sahaja bernama Islam tapi masyarakat masih lagi jahil dan tidak mengamalkan Islam. Keluarga-keluarga masih bergelumang dengan masalah sumbang mahram,dera, lari dari rumah dan macam-macam lagi. Rakyat secara peribadinya masih meraba-raba dalam kebutaan dan kegelapan.
Solusinya :
Kembalilah kepada fahaman Islam yang sebenar-benarnya. Islam yang syumul (menyeluruh). Teliti… Fahami… dan amalkan. Kesedaran dan kemahuan itu perlu dari dalam diri. Perlu ada yang memimpin (Dai’e).
Masalahnya di sini kerana masyarakat kita jauh… sangat jauh dari Islam dan tuntutannya. Inilah dia misi musuh Islam. Menjauhkan umat Islam dari Islam sendiri dan akhirnya benci dan membuang Islam.
Seterusnya kita bergaul dengan mereka sudah sedar dan cuba mengamalkan Islam.. saling menasihati, bahu-membahu dan kasih sayang. Dalam satu kumpulan manusia ikhlas membina peribadi muslim dan meruntuhkan selain darinya.
Wallahu ‘alam. Semoga kita tergolong dalam mereka yang sedar dan faham tentang hakikat Islam. Yang mengamalkannya secara keseluruhan. Kita ingin sedar dan menyedarkan orang lain. Moga Malaysia bertambah baik dari segi akhlak masyarakatnya, harmoni keluarganya, sihat peribadi rakyatnya, maju pembangunannya dan tertegak kalimah Allah di buminya. Amin.. Insya Allah.
0 comments:
Post a Comment