Bismillah.. mulakanlah pekerjaan dengan nama Tuhanmu kerana siapalah diri kita, hanya hamba yang lemah, tidak mengutamakanNya dalam setiap perkara. Pada namaNya ada barakah.. Oleh itu, dahulukan nama Allah di mana saja..
Teliti kisah ini :
[ Di suatu malam, seorang ayah pergi ke sebuah restoran bersama anak2 tersayang yang masih kecil. Si ayah kelihatan tidak ceria. Tiada senyuman terukir di bibir. Hanya membisu dan muram. Seorang waiter datang menjalankan tugasnya.
Setelah 5 minit berlalu, waiter datang ke meja mereka sekeluarga. Fresh oren dihidangkan. Namun segelas sahaja yang di’order’. Waiter berasa pelik tapi hanya menurut permintaan pelanggan. Si ayah yang masih bisu, memegang straw yang ada dan menggaul-gaul air itu. Fresh oren direnungnya. Fikirannya melayang entah ke mana..
Anak-anaknya yang masih kanak-kanak, terus bermain di halaman restoran itu tanpa menghiraukan ayah mereka. Maklumlah masih budak2.. Anak-anaknya makin bertambah lasak. Mereka main kejar-kejar di sana sini sehingga mengganggu pelanggan-pelanggan lain. Ada pelanggan yang marah kerana anak si ayah telah menumpahkan hidangan mereka.
Anak-anaknya bertambah agresif. Mereka berganjak ke bahagian dapur restoran. Habis tepung-tepung disepahkan mereka. Minyak, beras, daging dan semua yang ada di dapur tunggang-langgang. Semua orang yang ada di restoran itu sangat marah. Chef, waiter, tukang jaga parkir, tukang basuh pinggan dan customers..
Namun si ayah tidak menghiraukan insiden yang berlaku. Straw di tangan masih berterusan digaulnya.. Tubuhnya di situ tapi fikirannya entah ke mana. Ketika itu semua yang ada, mula berkata sesama mereka :
“ ayah jenis apa la ni.. tak reti jaga anak.. “
“ entah la.. dah la order air untuk dia sorang je.. anak-anak tak nak diberi makan ke.. “
“ kalau tak nak bagi makan anak pun, jaga la anak ni.. jgn susahkan orang lain pulak.. “
Macam-macam lagi yang dikatakan oleh mereka. Kerana sudah tak tahan, mereka semua mendekati si ayah dalam keadaan tidak puas hati.
“ eh encik !! awak ni tak reti jaga anak sendiri ke!! Cuba tengok anak-anak awak tu.. Abis huru-hara dibuatnya.. “
“ Dah la awak ni order segelas air je.. tak nak bagi anak makan ke !! “
Si ayah tersedar. Fikirannya sudah kembali ke tubuhnya.
“ Oh, maafkan saya.. saya tak perasan tadi pulak.. “ jawab si ayah.
“ kalau tak reti jaga anak, suruh la isteri yang jaga.. ni mesti kes queen control ni.. hahaha ”
“ hahaha.. kesian kesian..“
“ maafkan saya.. sebenarnya.. saya baru sahaja dapat berita tentang kemalangan isteri saya.. Dia disahkan meninggal dunia 3 jam yang lalu.. Saya sangat celaru dan buntu.. bagaimana nasib keadaan anak-anak saya selepas ni.. nasib keluarga saya.. Hmm.. tak pe, nanti saya bayar ganti rugi semua ni.. ambil no handset saya ni.. “ jelas si ayah.
Si ayah dan anak-anak mula beredar dari restoran itu. Mereka yang tadi asyik mengejek dan mengata si ayah tertunduk malu. Bisu seribu kata. ]
-tamat-
Sahabatku,
Apa perasaan kita tatkala melihat si ayah tidak menghiraukan anak-anaknya membuat kacau-bilau di restoran itu ?? Tentu kita ada rasa marah dan tidak puas hati. Tapi, apa perasaan kita bila tahu kesulitan si ayah ?? Pasti perasaan kita marah mula berkurang. Malah kita rasa kasihan dan memaafkan si ayah tadi. Lihat, betapa pantasnya perasaan kita berubah..
Sahabatku,
Tiada perkara dalam dunia ini berlaku tanpa sebab. Tentu ada sesuatu di sebaliknya. Pasti ada benda yang kita tak sangka-sangka. Kita tak boleh terburu-buru menghukum seseorang tanpa mengetahui perkara sebenar. Kelak, kita sendiri yang menyesal.
Pandanglah manusia di sekelilingmu dengan kaca mata kasih sayang.. Islam membawa rahmat untuk seluruh alam.. Rahmat adalah kasih sayang..
Kita perlu latih diri dan biasakannya dalam kehidupan seharian. Kadang-kadang, kawan sebilik kita buat perkara yang kita tak suka, mungkin dia ada masalah berat yang kita tak tahu.
Kalau kita tengok remaja sekarang yang bergelumang dengan gejala sosial, kebanyakkannya dari keluarga yang cerai-berai. Mungkin dari kecil lagi, sudah biasa dengan budaya dan suasana yang tidak soleh. Jadi, tak hairanlah mereka terlibat dengan masalah ni. Kita yang dari keluarga yang soleh, perlu bersyukur dengan nikmat ni. Dan kita pandang mereka yang bermasalah, dengan penuh kasihan dan doa..
Ana teringat sebuah kisah di zaman Rasulullah s.a.w.
[ Suatu hari Rasulullah s.a.w duduk bersama para sahabat radiallahu ‘anhum. Tiba-tiba berlalu serombongan puak Yahudi membawa seorang jenazah dari kalangan mereka. Lalu Rasulullah s.a.w berdiri dalam keadaan sedih.
Sahabat bertanya tentang tindakan Baginda s.a.w. lalu Rasulullah menjawab :
“ Aku sedih kerana hari ini, seorang Yahudi akan dimasukkan ke dalam neraka.. Dan aku terlepas dari membawanya kepada Islam.. Jadi, aku perlu kuatkan lagi usaha dakwah aku” ]
Sahabatku,
Begitulah pandangan seorang Rasul terhadap umatnya. Rasa cinta dan sayang yang sangat mendalam. Seorang dai’e juga perlu memiliki kaca mata ini.
أسس دعوتنا الحب والتعارف
“ asas dakwah kita, kasih sayang dan berkenalan “
Mudah-mudahan kita dapat berlapang dada dan menarik nafas panjang ketika berhadapan dengan masyarakat. Ya Allah, kurniakanlah kami kaca mata ini.. Wallahu ‘alam..
2 comments:
Syukran Akh Anas ata cerita yang sangat memberi kesan keatas diri ini..Memang benar perkara seperti ini hampir terjadi pada kebanyakan du'at... dan Alhamdulillah, moga entri kali ini membuka mata banyak pihak...
*Mohon izin buat cerita tu jadi teaer yer..hehe
sma2.. teater ?? hehe.. tak kisah.. silakan..
Post a Comment