Bismillah..Dengan nama Allah, ana mula menulis. Hmm.. rasanya dah agak lama tak diupdate blog ni. Rasa macam modal banyak tapi sentiasa berubah-ubah. Mungkin kali ni, ana tulis benda santai2 kot.
Sepanjang 6 bulan di Yaman ni, byk benda yang telah ana belajar. 2 bulan yang pertama, kelas pengajian belum bermula. Tempoh untuk menyesuaikan diri dengan iklim dan budaya. Alhamdulillah sekarang ni dah tak ‘culture shock’ lagi. Sudah biasa lihat kesesakkan lalu lintas di sini, sudah biasa dengan stail arab panggil orang. Kadang2 terikut juga sikit2. Hehe..
4 bulan sesi pengajian di Jamiah untuk Fasl Awal (semester 1) mengajar ana kehebatan dan kemanisan ilmu itu sendiri. Dalam kelas terdapat lebih dari 300 orang student. Ramai.. Duduk di belakang pulak tu.. nak tidur dalam kelas pun senang. Hehe..
No kerusi dalam kelas : 358
No Kad Pelajar : 14311010506 (pnjang kn nombornya.. susah nak hafal)
Hmm.. lagi satu dalam kelas, ana duduk bersebelahan dengan seorang sahabat dari Kelantan dan seorang lagi orang Yaman sendiri. Tak silap ana, dari kawasan pedalaman. Badwi sikit. Agak susah nak faham dialog dia. Tapi sekarang ni blh tangkap dah apa yang nak disampaikan. Alhamdullilah dia ni mesra dan baik. Rajin jugak call kalau ada hal.
Satu lagi yang ana rasa sangat seronok bila berpeluang belajar secara langsung dengan Mudir Jamiatul Iman sendiri, Sheikh Abdul Majid Aziz Az-Zindani. Boleh nampak apa yang nak ditekankan di universiti ni. Adab dalam kelas..minta izin sebelum keluar kelas. Tazkiyah (pembersihan) diri. Untuk lahirkan mereka yang berilmu lagi berakhlaq..
Sheikh Majid suka gunakan panggilan “ Ya Abnaai “ yang bermaksud “ wahai anak-anakku” . Panggilan ini lebih mesra. Terpancar kewarakan seorang murabbi agung di Yaman ni. Tapi sampai sekarang ni, ana masih belum berpeluang untuk bersalaman dengan sheikh ni. Yela.. setiap kali sheikh bergerak ke mana sahaja, pasti ada lebih kurang 20 orang bodyguard yang melindunginya. Orang nak dekat dengan sheikh pun agak susah. Hanya blh bila sheikh sendiri yang izinkan ataupun dia nak salam kita. Insya Allah ana tekad untuk mendampingi sheikh ni.
Sepanjang ana berada di perantauan juga, ana berpeluang untuk beriadhah di kolam renang. Dapat juga nak rasa Jacuzzi, Steam dan Sauna. Di Malaysia tak pernah rasa semua benda ni. Di Yaman ni, negara yang kurang air dan beriklim kering. Biasanya mandi dalam 3 kali sahaja seminggu. Itu pun kira banyak la. So, bila dapat pergi berenang ni rasa sangat seronok.
Pengalaman mengikuti demo Palestin di Yaman ni. Ramai orang yang hadir. Mereka sangat sensitif dengan isu Palestin. Hm.. salah satu kelebihan orang Arab ni, mereka suka berselawat ke atas Nabi. Kalau di Malaysia, tulisan graffiti di dinding penuh dengan kata2 kesat ataupun yang tidak berfaedah. Tapi di sini, mereka tulis berzikirlah kepada Allah, selawatlah ke atas Nabi dan macam2 lagi. So, kesannya pada kita bila lihat tulisan tu, kita akan ingat pada Allah dan berselawat. Hebat kan ??
Hmm.. rasa setakat ni dulu apa yang ana nak kongsikan. Kalau nak tahu lebih lanjut dan inginkan pengalaman macam ni, boleh la datang Yaman sendiri. Seronok kenal budaya orang. Tapi kadang-kadang ada rasa geram jugak. Duit pun kena keluar banyak.. Hm.. kena sabar banyak2 kat sini. Rakyat Malaysia yang ada kat sini tidak seramai macam kat mesir atau kat tempat lain. Tak silap ana, tak lebih daripada 500 orang. So, siapa nak jadi generasi awal di Yaman, ana tunggu antum.. ilal liqa’.. Wallahu ‘alam.
Sunday, April 18, 2010
Yaman.. kongsi sikit..
Dicoretkan oleh unais at 6:22 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
seronok yer mengejar ilmu di negara org...tahniah..doakan kami yang masih disini..
Post a Comment