السلام عليكم ورحمة الله
Tajuk ini sepatutnya terlalu biasa dalam kamus hidup seorang dai'e kerana dengannya kita mencari bekalan.
Ada sebuah hadith yang meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bertahajud 10 rakaat dan solat sunat witr 1 rakaat diikuti dengan 2 rakaat solat sunat sebelum subuh. Jadi, sebenarnya terpulanglah kepada kita untuk bertahajud berapa rakaat pun. Ada golongan yang suka memanjangkan bacaan dalam solatnya, ada yang suka panjangkan sujudnya, ada yang suka panjangkan wirid selepas solat dan bermacam² lagi. Tapi yang penting ialah khusyu' dalam munajat kepada Allah
Dan Qiamullail juga salah satu pembeza antara mukmin dengan munafiq.

Rasulullah bersabda
" Sesungguhnya orang munafiq sukar untuk menunaikan solat subuh dan
asar. Jika mereka mengetahui pahala yang menanti, nescaya mereka
sanggup daang walau dalam keadaan merangkak "

Di sini ana nak kongsikan cara untuk kita melatih minda supaya khusyu' . Ini pun ana ambil dari pengisian seorang ustaz.
1. Baju - Kita perlu sediakan baju yang terbaik yang kita ada, yang bergosok. Kain pelekat ataupun seluar. Bagi perempuan, kain telekung yang paling disukai.
2. Sejadah dan tempat sujud - Kita perlu tetapkan satu tempat di rumah kita sepertimana yang Rasulullah buat. Tempat itu khas untuk kita bersolat dan bermunajat. Dan kita kena mind set, bila kita ada dalam zon itu, maknanya kita perlu fokus dan lupakan semua perkara yang tiada kaitan.

0 comments:
Post a Comment