Sunday, November 23, 2008

Futsal Intisar ..

Assalamualaikum wbt semua.. baru² ni kami (pelajar Intisar, Kajang) mengisi masa lapang kami dengan main futsal di kawasan yang berhampiran dengan kediaman kami. Kami mula main pada jam 10.30 mlm dan jam 0100. Sebenarnya bagi kami, main futsal ini adalah salah satu program berkala dan ianya untuk merapatkan ukhuwah di samping menjaga kesihatan badan.


Futsal ni sebenarnya merupakan satu wasilah yang sangat berkesan untuk kita meluaskan lagi jaringan dakwah kita. Futsal yang kita ( daie ) buat , tidak sama dengan futsal orang lain. Kita ada matlamat yang lebih mulia. Oleh kerana itu, bagi ana, walaupun kita tidaklah sehebat mana nak dibandingkan dengan orang yang lain, tapi kita ada matlamat yang lebih besar berbanding mereka.di kicksport, taman jasmin

Bila kita main futsal, kita amat menitikberatkan akhlaq dalam gelanggang futsal. Kita pastikan biah ( suasana ) yang solehah dalam gelanggang itu. Kita suruh tutup aurat.. Kita gunakan perkataan yang baik.. bukannya dengan ungkapan keji dan mencarut. Setelah selesai main pula, kita dengar sedikit tazkirah dan peringatan untuk perbaiki semula amalan dan tingkahlaku kita. Bila kita haus, kita minum sama² dan utamakan sahabat kita dalam hal ini.

Dalam perkara ini, amatlah penting untuk kita pastikan yang kitalah ( daie ) yang mendominasi suasana. Sebab kalau lah mereka yang tidak menutup aurat lebih ramai daripada yang menutup aurat, maka tidak nampak biah solehah itu. Dan jika kita lebih ramai, maka mereka yang tidak menutup aurat akan terkesan dengan biah itu. wallahu a'lam..


semoga ukhuwah kita berkekalan..

0 comments: