Wednesday, November 12, 2008

Lawatan ke Planetarium..




Hari sabtu yang lepas , ana dan seorang lagi kawan.. adakan lawatan sendiri² ke Planetarium yang terletak di Kuala Lumpur. Ana bertolak seawal jam 1000 dan tiba di stesen ktm Kuala Lumpur sejam kemudian. Tiket masuk ke Planetarium bagi dewasa ialah RM3 seorang termasuk slot tayangan.

Sejak Angkasawan Negara kita, Sheikh Muzaffar terlibat dengan kajian di ruang angkasa sana, pelbagai bahan baru terdapat di Planetarium Negara. Antaranya set katil, tandas, makmal, dan banyak video yang menarik tentang angkasa. Subhanallah..


ni contoh katil bagi para angkasawan di
sana.. tidur dalam keadaan tegak..
ana pun sempat tidur gak..



Semasa slot tayangan yang bertajuk " Ancaman Dari Angkasa " , ana agak terkejut kerana sebenarnya bumi kita ni dijangka akan dilanggar seketul komet pada tahun 2023. Manusia akan cuba untuk menghalang komet itu dari terus menghentam bumi kita ni. Lagi satu, bumi kita ni sebenarnya penuh dengan sampah angkasa. Kalau kita tengok bagaimana sesebuah roket itu berlepas ke angkasa, banyak serpihan² roket yang ditanggalkan dan dibiarkan di lapisan atmosfera Bumi. Sampah² itu berputar juga sebagaimana bumi kita ni. Cuma kalau sampah itu terlari dari landasan putaran itu, ia akan jatuh ke atas permukaan bumi..
Subhanallah.. sebenarnya bumi kita dalam bahaya dan kita lah ( manusia ) punca kefasadan ini..



Dalam audotorium sebelum tayangan bermula..

0 comments: