Tuesday, November 11, 2008

Berangkatnya seorang mujahid..

Semalam kami dari kolej Intisar, Kajang bersama beberapa orang lagi sahabat pergi ke KLIA untuk mengiringi keberangkatan seorang sahabat yang tak sampai 5 bulan kami berkenalan. Sahabat itu ialah Ibrahim bin Hussein @ Baim. Baim pulang semula ke Ardul Kinanah untuk meneruskan pembelajarannya setelah bercuti musim panas di Mesir.


Kami bertolak dari Kajang pada jam 2230 dengan menaiki van kepunyaan eming. Kami tiba di KLIA sejam kemudian. Kami tunggu hampir sejam barulah Baim, Pak Andak dan Mak Andak sampai. Baim selesaikan urusannya barulah kami bermesra² sekejap.
Flight Baim pukul 2 pagi.. Lebih kurang pukul 1.30 pg , Kami bersalaman dengan Baim dan sempat bergambar bersama. Kami tanya " Baim, bila anta nak balik Malaysia lagi ? , ataupun anta tunggu kitorang kat sana.. " Agak sayu bila kami semua tengok Baim berpelukan dengan ibunda tercinta.
Setelah selesai operasi pengiringan pergi, Pak Andak ajak kami semua makan² kat medan selera Bandar Salak Tinggi. Kami ber ' kopi radix ' dan ber ' char kuew tiaw'

bersama. Lepas kami semua balik ke Kajang dan melelapkan mata pada jam 0400.Wajah seorang pengembara..

1 comments:

Ukhti Syahid said...

Salam alaik...
baru seminggu sebelum Baim balik, 5 akhawat hantar Una dan Ali balik...memang meriah la tiap kali anak2 pak Andak balik kan...ade je yang nak mhantar..tu la indah ukhuwwah namanya..
and..haha...pak andak..singgah bandar salak tinggi lagi??pekena plak malam tu??hari tu da nasi kurus ..eh..nasi kukus kan??haha..